Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, November 2, 2012

Bila hujan: Contoh-contoh macammana kita kurang bersyukur. (BM entry)

Salam,

Sekarang memang hampir setiap hari hujan akan turun. Memang kebiasaannya di akhir tahun, hujan lebat yang kadang-kadang membawa bersama banjir. Apa yang saya nak kongsi hari ni ialah apa yang selalu terlintas di fikiran kita dan mungkin juga kita akan cakap BILA HUJAN.

A.
BILA HUJAN:
Alamak hujan pulak. Habislah baju di jemuran tak kering-kering lagi. Dah banyak hari ni.

BILA TAK HUJAN:
Kuatnya matahari hari ni. Habislah pudar warna baju kalau sidai lama-lama.

B.
BILA HUJAN:
Macammana nak keluar ke pasar malam ni? Hujan lebat sangat. Mesti tak banyak pun gerai kat pasar malam.

BILA TAK HUJAN:
 Susah jugak nak buat aktiviti kat luar kalau panas terik sangat. Nanti budak-budak demam pulak.

C.
BILA HUJAN:
Tak sukanya bila hujan sebab mesti jalan akan sesak sangat-sangat. Orang akan pandu kereta perlahan sebab jalan jadi licin.

 BILA TAK HUJAN:
Hoi...tak nampak orang ke. Main nak langgar je. Ni yang susah kalau matahari terik sangat, jadi silau pulak.

 D.
BILA HUJAN:
Kat kampung sebelah air dah naik. Kita kena simpan barang-barang. Kot-kot nanti kat sini pun naik air. Habislah sayur-sayur yang baru ditanam tu. Mesti rosak.

BILA TAK HUJAN:
Kering sangatlah sekarang. Bilalah hujan nak turun. Tanam apa pun tak subur ni.

Susah kan untuk kita betul-betul menerima semua keadaan dan bersyukur? Ada saja yang fikiran negatif yang kita terfikir. Cuba kita tukar semua yang negatif tu dan tengok dari sudut positif. Saya bukan cakap pasal orang lain, saya merujuk pada diri sendiri juga sebab kadang-kadang saya pun sama selalu terfikir perkara-perkara negatif saja bila asyik hujan. 



P/S: hujan-hujan ni teringat dulu-dulu arwah nenek suka rebus ubi kayu dan jering lepas tu makan cicah dengan kelapa parut. Ermmm sedapnya.

7 comments:

yatie chomeyl said...

hjg thn meme musim huje n banjir la...sedaknyo klu buleh main banjir thn ni hehehe

Nadiah Sidek said...

betul sangat tu kak nur. dah lama tak hujan merungut panas. bila hujan turun pun merungut juga...uhuhu..

transformed housewife said...

Tie: mano bulih main. Shahmi nok letok mano?

transformed housewife said...

nadiah: tulah. susah nak bersyukur kan.

Unknown said...

salam ziarah

bgus entry ni, akak suka. Kita ni kadang2 mmg x sedar dh jd manusia x pandai bersyukur. hujan di komen, x hujan dikomen. kalau jd mcm afrika, tak tau la banyak mana merungut.

Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

Puan Kutu said...

itulah tmpt sy setiapptg hujan.hujung taun nie kan musim tengkujuh.ada positif n negatifnya hujan ni.yg negatifnya la tu kadang2 buat kita tak bersyukur..:)

Wan Anie said...

Inilah manusia, jika tak bersyukur memang akan banyak komen/komplen

Dr Muhaya kata manusia keladak... tak pernah nampak betul, lihat yang salah sahaja :)

Biar kita nampak kebaikan....