Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, December 4, 2012

Ibu bapa selalu menipu anak-anak? (BM entry)

Salam,

Kita sebagai ibu bapa selalu berniat untuk mendidik anak-anak. Tapi kita tak sedar dalam kita nak mendidik tu, ada banyak kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Bukan nak kata pada orang lain, saya dan suami juga ada buat kesilapan-kesilapan kecil tu.

Apa yang selalu kita tipu? Jom kita fikir-fikirkan semula situasi-situasi yang saya hendak kongsikan di bawah:

1. "Mama tak de duitlah kakak". 
   Padahal mama tu baru beli beg tangan Coach, tu yang tak de duit tu. Patutnya cakaplah, "Mama tak cukup duit untuk beli barang yang kakak nak tu sekarang. Nanti bila cukup duit, mama belikan ye".

2.  "Papa sibuklah hujung minggu ni".
    Kesian anak-anak nak keluar berjalan-jalan tak boleh sebab papa lagi sibuk keluar jumpa kawan-kawan dia dan lepak main snooker ke, golf ke. Patutnya lebihkanlah masa dengan anak-anak. Nanti anak-anak dah besar, anak-anak pulak cakap, "Adam sibuklah papa. Tak boleh nak jumpa papa hujung minggu ni."

3. "Mama tak pandailah nak masak lauk tu, kakak. Makan jelah telur goreng tu.
     Anak-anak tak kisah pun kalau mak diaorg masak macammana sekali pun sebab air tangan ibu tu sebenarnya ada perisa asli yang tak dapat dibeli di mana-mana kedai. Cubalah cari resipi makanan kegemaran anak-anak. Dah besar nanti, mesti diaorang akan teringat-ingat masakan ibu mereka.

4. "Papa dulu selalu dapat A. Mana ada dapat E atau F ni".
     Nak marahkan anak sampai cakap macam tu . Iye ke papa tu tak pernah dapat E atau F? Janganlah jatuhkan semangat anak. Patut bagi semangat nak dapatkan A.

5. "Mama dulu selalu rajin tolong nenek masak tau".
   Iyelah rajin lepas dah kena bebel 44 kali kan. hehehe. Kalau nenek tak bising-bising, mama tu bukannya nak turun ke dapur. Lagi seronok dok berlingkar atas katil dan berangan.

6. "Papa dulu juara main bola ni".
   Memanglah juara kampung je pun. Itu pun nak menunjuk-nunjuk sangat pada anak macam pernah jadi pemain kebangsaan. hehe.

Betul tak situasi-situasi tadi? Ada tak yang terkena batang hidung? Saya sekali bukan nak menunding pada orang lain tapi nak mengingatkan diri sendiri supaya selalu jujur dengan anak-anak. Kalau kita selalu menipu anak-anak, jangan salahkan mereka kalau mereka pun menipu kita.


5 comments:

mama wanie said...

kadang2 terpaksa menipu untuk kebaikan....

Oyis said...

setuju. saya lihat omputih mmg jarang menipu anak2 diorg, sejujur bole dia explain kalo anak2 bertanya. saya cuba aplikasikan mcm tu jg, dan kalo saya x tahu jawapan, saya ckp je 'i'm sorry, i really don't know'.

tp bab, 'i'm busy', saya ada jg guilty. especially baru2 ni saya terkejar2 nak siapkan tesis. nasib lah bapaknya rajin melayan anak huhu. kdg2 x ter'explain' knp kita x mahu diganggu sbb nak study pada budak kecik, especially bila stress nak mengejarkan deadline.

thanks di atas peringatan. moga saya lebih berhati2 di masa dpn.

transformed housewife said...

Mama Wanie: mcmmana tu?

transformed housewife said...

Oyis: sy pun kdg2 cakap sibuk walaupun boleh je cari masa utk anak2.

wan syamilah said...

dah jadi lumrah kan....