Salam,
Dah lama saya teringin nak membuka tadika sendiri. Bila dapat peluang skrg, mmg saya tak tolak walaupun dah banyak berkorban duit, masa dan tenaga. Yang penting, puas hati sebab dapat buat apa yang kita minat. Cabaran-cabaran tu banyak.......................Bila dah ada semangat nak teruskan, saya tetap teruskan sebab tak guna buat kerja separuh jalan kan.
Ada ramai yang ingat jadi bos ni senang. Arahkan je pekerja-pekerja kita. Bolehla main arah tapi lepas tu kalau terlingkup, siapa yang susah? Sebenarnya bila nak jadi bos ni, kitalah bos kita juga jadi pekerja. Hah? Betul ke? Kalau yang baru bermula macam saya, memang tak boleh elak kena buat sendiri macam-macam kerja. Urusan2 penting, lebih baik buat sendiri sebab kita boleh tahu sendiri selok-belok perniagaan kita.
Setakat ni, kami dah dapat sambutan juga dari ibu bapa yang berminat dengan konsep kami "Learning through play". Secara ringkasnya, kami inginkan konsep yang seimbang dari segi segala rohani dan jasmani untuk kanak-kanak pra-sekolah. Jadi mereka bukan lah duduk di kerusi dan belajar saja. Kami akan pastikan ada pelbagai aktiviti yang boleh meransang pemikiran mereka.
Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum sekolah bermula. Saya dah kecut perut memikirkan banyak lagi yang perlu kami buat sebelum kami bersedia di hari pertama persekolahan. Minta-mintaklah semuanya akan berjalan dengan lancar. Doakan ye.
12 comments:
masyallah... tadika tu akk punye ke.... sorry baru tawu...
ye kak, bukan mudah jadi boss... kita bos kitalah juga kuli....
all the best diucapkan ye
wah,bagusnya kak..gud luck ya..!
nanti letak pic ye..ehehe
Hanie: berkongsi modal dgn suami & MIL. Tp semua urusan akk yg uruskan.
Sati: thanks dear.
ada beza jadi boss dgn mandur... bukan senang goyang kaki je. :)
❤ Tech Kini ❤
All the best kak
Akak sesuai bukak tadika. Sebab english akak bagus, ilmu agama pun ade. :) Semoga usaha akak yang baik ni diberkatiNya.
Wish u luck K.Nur...
Gud luck kak nur!!
;-)
mcm mana hari pertama tadika ni? nanti kongsilah cerita yer :)
tahniah kak nur. moga2 semuanya akan berjalan dgn lancar ye...
Tahniah dan best of luck. Semoga dapat menjadi tempat yang terbaik buat anak-anak syurga menimba ilmu dan memaksimumkan kemahiran mereka. Respect kepada pengusaha tadika, sebab bukan senang nak mendidik dan mengasuh kanak-kanak kecil. Moga dengan keberkatan, objektif tadika dapat terlaksana.
Post a Comment