Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, September 8, 2011

Hari Raya adalah hari untuk menunjuk2 utk sesetengah orang. (BM entry)

Salam,

Sebenarnya dah lama terfikir nak menulis mengenai hal ini sbb bukan nak mengata2 sesiapa tapi nak mengingatkan diri sendiri juga supaya tak besifat riak dan bongkak. Bukan seorang dua yang saya nampak cuba nak menunjuk2 malah jika diperhatikan, memang sesetengah orang yg mungkin tak sedar atau sedar  tapi sifat riak sudah menguasai diri bilaa mereka mula mempamerkan kemewahan masing2. Masa yang terbaik bagi mereka untuk menunjuk2 ialah di HARI RAYA AIDILFITRI.

Apa yang suka ditunjuk2. Jom tengok senarai ni, kalau ada sesiapa yang nak tambah dipersilakan. Kalau nak cakap saya pun sama, suka menunjuk2 pun, saya tak kisah sbb mungkin saya pun tak sedar yg saya dah menunjuk2 kat blog sendiri ni.

Senarai barang2 yg orang suka tunjuk di hari raya:

  1. Kerata baru yang mahal:Walaupun kereta tu dibeli dengan duit pinjaman bank, nak  juga berlagak dengan kereta tu sbb nanti bolehla kembang kempis hidung bila bawa balik kereta baru ke kampung. Lagipun mana ada orang beli kereta bayar terus (cash) sbb kereta import kan mahal kat Malaysia ni.

 2. Barang2 kemas baru: Ini kegemaran orang perempuan terutama yg sudah berumahtangga. Saya tak pasti dgn org2 perempuan dari negeri2 lain, tetapi kalau mek2 Kelate ni biasalah macam wajib ke ada barang2 kemas dari emas je. Emas Kelantan pula lain sikit dari emas 916. Sy ada juga mintak suami belikan tetapi setakat ni dia ada belikan yg biasa2 je sbb yelah dah banyak dok bayar benda2 lain. Bila dia cakap, "Kalau ada banyak2 nanti nak gantung kat leher, lengan tu sampai tak boleh nak jalan ke?". Mmg terus sy terdiam dan berfikir, "Betul jugak tu sbb nanti boleh mendatangkan perasaan riak". huhu. Macam Mami Pulau Pinang pun, mmg biasa ada brg2 kemas yg berlip-lap2 ni. Kalau sedang bercakap, kalau boleh nak tunjuk semua yg ada.


3. Baju raya paling cantik : Beberapa bulan sblm bulan puasa lagi, ramai yg sudah sibuk memikirkan baju raya. Kalau boleh nak yg paling anggun dan cantik. Tukang2 jahit pun 3 bulan sblm puasa dah nak tutup menerima tempahan. Banyak fesyen2 baru yg sekarang ni kat blog pun ada dijual. Sediakan duit je dan klik yg mana berkenan di hati. Sekurang2nya kena beberapa pasang utk beberapa hari di bulan Syawal. Lps tu ada banyak pula rumah terbuka utk melaram baju2 raya.





4. Perabot baru, langsir baru, karpet baru dan lain2 lagi: Masa rayalah masa untuk menukar kalau boleh brg2 dlm rumah. Kalau boleh nak serba baru supaya bila orang dtg beraya, bolehla kembang kempis hidung menerima pujian. Bukan susah pun nak tukar semua baru sbb banyak iklan2 sblm raya lg yg menawarkan tawaran2 menarik mcm tak perlu bayar dulu dan boleh bayar ansuran sehingga berthn2. Maksudnya hutang dan hutang lagi.





5. Jamuan rumah terbuka secara besar-besaran: Ini pun boleh jd pembaziran lebih2 lagi kalau ada banyak sgt rumah terbuka yg diadakan secara serentak. Kalau yg dijemput tu golongan yg susah, anak2 yatim bagus jugak. Ini jemputan pula org kenamaan sbb ada hajat lain. Kalau dah ada banyak sgt makanan pun, tak termakan jugak semua. Bila membazir, alangkah sayangnya terpaksa dibuang. Orang2 Somalia tengah kelaparan, kita ni terlebih makanan. huhu

Sy nak minta maaf kalau ada sesiapa tersinggung dgn entry ini. Niat sy hanya nak memperbetulkan niat kita apabila berhari raya. Sy sendiri pun mengakui ada terselit perasaan nak menunjuk2 tu. Cuma sejak2 dah semakin "muda" ni, sy lebih banyak nak bersederhana. Itu yg disarankan dalam Islam pun.








9 comments:

Syigim said...

saya setuju yg rata2 ade buat 1-2 yg listed kat atas tp dlm xsedar sbb mmg dah jadi budaya kita utk melaram dgn baju baru w/out niat menunjuk tp cuma nk sesuatu yg cantik utk hari raya.

alhamdulillah saya xgemar pakai emas so xde la bising kat hubby hihi (my only jewellery is my wedding ring) n suami yg nk tukar curtain tp i said they're still fine :)

yatie chomeyl said...

ngato pein ko? hehehehe

Nur Misnan said...

Oh dear.. jika semuanya yang diatas
ditukar semua masyaAllah kaya jadi kayap.. hik5

Bersederhana adalah lebih menyenangkan
tidak akan timbul rasa bersalah dgn suami isteri
kerana tiada berat nak tanggung hutang..

dear, bab baju kurung labuci tuh
tak larat den nak pakai.. takut
jadi ultraman plak.. hik5

nikaviolet said...

betol la ape yg di kate kan tuh...semua2 tu mmg tak boleh di elakkn....masing2 nk menunjuk ....

Hamizah said...

betul tu, nur..
saya suka beraya tempat org serba simple..

Aleyn said...

Saya setuju sangat2.....kadang tu kita bleh alpa kan...sedap berblog sampai niat asal bertukar kepada nak menunjuk2.....ramai blogger yang berada...tapi apa yg kita buat biarlah bersederhana....

Tujuan saya berblog....sebab utama untuk kenangan dan tatapan anak2 biler besar nanti...selain dari tu ...untuk info dan peringatan sesama kita...macam entry u ni...

"Selamat HAri Raya"

transformed housewife said...

Syigim: Knur dah tak nak meminta2 dah dr suami sbb tak tahan kena sindir.

Tie: buke Pein atau sapo2. Mmg ramai jah gitu. Pein tu kebetulan dio beli maso rayo.

NurMisnan: aah. kalau tukar semua tu, mmg boleh muflis. tapi maksud sy ada yg tukar beberapa benda di atas tu sempena raya.

transformed housewife said...

NIkaviolet: kdg2 kita tak sedar pun.

Mizah: mmg beraya diperantauan seronok sbb serba serbi sederhana tapi tetap meriah.


Aleyn: Mmg lebih baik bersederhana. KIta sama2 mengingatkan.

Wan Anie said...

memang perasan juga menda2 ni....

kami makin tahun makin tidak menonjol pun, raya macam tak raya jer... cuma nak raikan anak-anak :)

mungkin sebab sekarang ni kos hidup semakin tinggi banyak lagi keperluan menda lain yg perlu difikirkan....