Suatu hari saya sewaktu saya hendak solat Zuhur di surau di tempat kerja, saya disapa oleh seorang pelajar. Beliau sedang bersedia untuk bersolat tetapi seakan teragak-agak. Beliau telah meminta supaya saya mengimamkan solat kerana beliau tidak berapa yakin lagi untuk solat sendirian. Menurutnya, dia tidak pernah melihat ibubapanya bersolat, puasa atau melakukan apa2 yang disuruh di dalam Islam. Keadaan itu agak biasa di Kazakhstan, negara kelahirannya. Hanya baru beberapa tahun kebelakangan ini apabila negara itu tidak lagi di bawah kekuasaan Rusia, barulah mereka lebih bebas untuk beragama.
Saya agak terharu mendengar kesungguhan gadis muda itu. Beliau sendiri mendapat cahaya hidayah dan sudah cuba bersungguh-sungguh belajar cara2 untuk solat. Beliau juga berpuasa buat pertama kalinya di Malaysia pd bulan Ramadhan lepas. Semuanya dilakukan atas keinginan sendiri.
Saya semestinya tidak menolak permintaan gadis tersebut. Kami bersolat Zuhur berjemaah dan juga selepas selesai solat, saya turut membacakan doa (secara kuat) dan saya mendoakan supaya gadis tersebut akan meneruskan niat murninya.
Seusai solat, saya menanyakan beberapa soalan lagi. Saya risau sekiranya beliau tidak sesiapa yang dapat membimbingnya. Apabila beliau mengatakan beliau mempunyai seorang ibu saudara yang boleh mengajarnya, barulah saya merasa lega. Beliau mula terbuka hati untuk bersolat dan berpuasa apabila beliau datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Malah sebenarnya beliau baru mula bersolat seminggu sebelum pertemuan kami.
Sebelum kami berpisah, saya ada memberikan alamat e-mail saya sekiranya beliau ingin bertanyakan soalan2 lagi mengenai solat, puasa dan ibadat2 lain. Saya tahu saya bukanlah seorang yang cukup ilmu agamanya tetapi bila memikirkan dapat membimbing seorang gadis Muslim lain yang mahu berubah, saya cukup merasa teruja.Gadis tersebut sudah menamatkan kelas BI di tempat kerja saya jadi saya tidak dapat bersua lagi dengannya. Saya selalu mendoakannya supaya ditetapkan imannya dan dikuatkan semangatnya.
6 comments:
sweetnya cerita ni. ye la as fellow muslims, kita cuba tolong mane yg boleh kan kak? semoga Allah terus berikan hidayah pada gadis tu, dan memberkati usaha kak membantu dia :)
Alhamdulillah..mitok2 dio kekal dalam Iman & Islam
Syigim: pertama kali rasa terharu sgt bila ada yg mintak tolong mcm tu.
Tie: tulah. mitok2 dio kekal dlm iman & Islam.
moga dia sentiasa dilindungi Allah..sama2 kita dokan yer
Alhamdulillah, bertuah Nur terpilih utk berjumpa dgn gadis tu.. semoga dia terus cekal mendalami Islam
K.Yong: sy pun berharap dia akan terus mendalami islam.
Post a Comment