Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, October 1, 2011

Tips untuk hidup bahagia: Wajah yang manis (BM entry)

Salam,

Saya tertarik dengan artikel dari Iluvislam.com ni. Rasanya elok kita sama2 praktikkan dalam kehidupan kita seharian. Saya pun nak cuba buat ini setiap hari walaupun dilanda masalah yang berat. Nak tahu? Silalah baca dan kita cuba amalkan:

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
- Artikel iluvislam.com

5 comments:

mommyYen said...

nice entry kak.satu panduan hidup bagi saya...kena la sentiasa senyum dan berwajah ceria..

Al-Manar said...

Secara kebetulan tajuk posting ini ada kaitan dengan posting yang sebelum ini - tentang umur persaraaan. Sila baca catatan saya disitu. Dengan rendah diri saya persilakan puan melayari blog saya dan mengenali lebih dekat apa yang kita boleh buat sebagai satu ibadat berteraskan 'khalifatu fil argi' yang dinukil dalam al Quran. Let us all spend a bit of our time 'berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan' while we watch the dimming light of our late afternoon.

Salam hormat dari Pakcik Almanar
(guru sukarelawan yang tak bertauliah)

Affieza said...

Penampilan pd wajah juga penting dan bkn hanya pd pakaian shj...nice info

yatie chomeyl said...

nk senyum sokmo la gini hehe

transformed housewife said...

jom senyum sokmo.