Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, October 7, 2011

Kisah Si Penjual Tudung. (BM entry)

Salam,

Saya baru pulang dari membeli 2 helai tudung di KL Sentral. Sewaktu membeli tudung2 tersebut, si penjual tudung tersebut telah menyatakan beberapa ayat (untuk menarik perhatian saya) yang tidak saya persetujui.

Lebih baik saya namakan si penjual tudung ni Kakak Z. Kak Z ni tidak bertudung tetapi dia menjual pakaian2 dan tudung2 di salah sebuah gerai di situ. Dia sebenarnya ramah dan mesra. Saya hanya membelek2 beberapa tudung dan bila dia bersungguh-sungguh menyuruh saya masuk  untuk melihat tudung2 yang lain, saya pun masuklah ke dalam gerainya.

Berikut adalah sedutan perbualan kami:

Kak Z: Pilihla dik. Banyak yang cantik2 ni. Ni tudung macam Siti. Cuma letak je atas kepala.
Saya  : Letak atas kepala? Nanti nampak leher kak.
Kak Z: (senyum saja tanpa berkata apa2)
Saya   : Saya nak cari tudung yang tak singkat sangat.
Kak Z: Ini ada banyak yg jenis kain Jeans. Cubalah dan tengok dalam cermin.
Saya  : Yang biru dan coklat ni elok. Berapa?
Kak Z: RMXX. Boleh kurang lagi. Tak nak beli anak tudung yang bersanggul. Cantik dik.
Saya  : Saya tak pakai yang macam tu. Takpela kak.
Kak Z: Kenapa? Rambut sikit ke? 
Saya  : Bukan sebab tu. Tak elok. 
Kak Z: (senyum je lagi) Tak nak ambil warna lain ke? Tudung Syria ke?
Saya  : Yang 2 ni jelah. Tudung Syria saya tak minat. Berapa? 
Kak Z: RMXX. 
Saya: (menyerahkan duit) 
Kak Z: Terima kasih dik. Datang lagi ye.

Kenapa saya nak berkongsi cerita ini? Adakah saya nak tunjuk saya ni baik sangat? Oh...bukan2. Saya hanya nak berkongsi ayat2 yang digunakan oleh kaka tersebut. Rasanya apa yang dia cakapkan tu bedasarkan apa yang disukai oleh kebanyakan orang memakai tudung sekarang.

Apa yang disukai ramai?:
  • tudung singkat.
  • anak tudung yang ada bonjolan (nampak seperti sanggul)
  • tudung mengikut fesyen semasa (walaupun tak menepati syariat)
  • tudung yang diikat dibelakang tengkuk sehingga menampakkan bentuk leher.
Saya hanya dapat mendoakan Kakak Z mendapat hidayah suatu hari nanti untuk bukan hanya menjual tudung tapi juga memakai tudung. Mungkin saya pun tidak menegur secara berhikmah sebab saya pun akui saya masih jahil. Semoga kjita semua sentiasa cuba mengikut syariat Islam lebih2 lagi bila kita bertudung kerana ingin menutup aurat dan kerana Allah.

4 comments:

ibuayu said...

betul tu..pemakainan tudung bukan hanya mengikut fesyen semata2 je...

SJNathaniel said...

setuju sgt dgn kak nur..

Unknown said...

SALAM,
SETUJU SANGAT

puanbee said...

saya pula jenis simple dan tk suka buat benda merenyahkan hanya tuk nampak cantik , sbb tu sy tk pakai sanggul , saya tak pin belakang.. heheh sbb rimas ..