Salam,
Saya nak meminta pendapat sesiapa yang sudi baca entri ini. Ini bukan bertujuan mengumpat rakan sekerja (walaupun mungkin nampak begitu. huhu) tetapi saya teringin nak mengajak rakan2 saudara semuslim ni ke arah kebaikan. Kenapa saya tak tegur je secara terang-terangan? Saya dah ada banyak pengalaman yang agak pahit berkenaan menegur rakan2 saudara semuslim ni. Jadi saya macam agak serik sedikit walaupun saya tahu tak sepatutnya saya ada perasaan sedemikian.
Ok, kita namakan rakan sekerja saya ini Cik A. Cik A ni masih muda dan cantik orangnya. Dia jenis yang ramah dan ramai yang suka dengannya. Saya tahu Cik A ini merokok kerana sudah beberapa kali ternampak Cik A ni merokok. Yang menjadi masalah sekarang ialah, di bulan Ramadhan ini, sudah beberapa kali saya nampak Cik A ni dengan selambanya makan bersama2 rakan sekerja bukan Islam yang lain secara terang-terangan. Walaupun di tempat kerja kami ni, bilangan pekerja Islam hanyalah sedikit, saya agak terkejut dengan sifat Cik A yang tidak menghormati yang lain yg berpuasa walaupun dia uzur syarie. Selain itu, Cik A juga tanpa segan silu keluar membeli rokok bersama2 dengan rakan2 bukan Islam.
Saya berasa malu dengan rakan2 bukan Islam yang lain yang lebih menghormati kita. Ada rakan2 bukan Islam yang meminta maaf di depan saya jika mereka ingin minum di depan saya. Ramai juga yang makan secara senyap2 saja di meja masing2. Seorang rakan yg berasal dari Amerika tetapi berbangsa Korea, apabila tidak faham kenapa orang2 Islam perlu berpuasa, bertanyakan sebabnya pada saya. Sekurang-kurangnya dia ada inisiatif untuk memahami.
Jadi, kalau sesiapa ada cara terbaik untuk saya menegur secara berhikmah rakan sekerja saudara seislam ini, silalah kemukakan cadangan di kotak komen. Saya memang tidak bersetuju dengan tingkah lakunya dan saya juga ingin menegur tetapi iya memang saya kurang arif untuk menegur perbuatan orang kerana takut dikatakan cuba menunjuk alim pula.
5 comments:
kalu gitu keno sokmo duduk dgn cik A ni la. biar dio raso malu sikit nk make depe kito..*kalu dio reti malu la*
kita pun ada kwn yg mcm ni jgk kak.tp kita sound secara indirect shj sbb ditakuti menyakiti hati dia pulak.
haihh..susah nak tolong org mcm ni.kang dia kata kita menyibuk
ada jugak cakap indirectly tapi Cik A mcm tak faham. huhu
buat-buat berseluruh la nur, tapi sound betul2 tepat depan muka dia..harapnya mesej sampai dan dia segan nak buat lagi.
Post a Comment