Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Monday, August 6, 2012

Salahke kalau hanya ada anak perempuan? (BM entry)

Salam,

Entri ini entri beremosi kerana saya dah lama memendam rasa. Bukanlah kecewa atau mempersoalkan rezeki yang Allah kurniakan. Cuma saya agak kecewa apabila mendengar komen-komen dari orang lain. Ada yang cakap, "Ketiga-tiga anak perempuan ye. Takpe boleh cuba lagi nak dapat anak lelaki"."Muda lagi, sempat lagi nak dapat sorang lagi ni kalau nak anak lelaki". Ada yang memberikan pelbagai petua untuk mendapatkan anak lelaki. Ada yang meneka saya akan dapat anak lelaki sewaktu saya mengandungkan Husna (anak ketiga yang berusia hampir 2 bulan).

Kami bersyukur dengan apa yang kami ada. Mungkin ada sebab-musababnya kenapa kami dikurniakan 3 orang anak perempuan. Apa yang saya nampak, sekarang pun, kerja-kerja rumah saya semakin ringan sebab anak yang sulung dan yang kedua rajin mengemas. Kalau diaorang sepahkan mainan diaorang, saya tak perlu mengutip dan mengemas kerana mereka sendiri yang akan mengemaskan mainan.

Suami saya sendiri tidak pernah sekali pun kisah kalau kami tidak ada anak lelaki. Yelah budaya kita bukan seperti sesetengah budaya lain yang memerlukan anak lelaki untuk mewarisi nama keluarga. Bagi suami saya anak perempuan atau anak lelaki sama saja. Tanggungjawab membesarkan anak-anak sama dan mereka juga memerlukan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Ramai juga yang berpendapat kalau ada anak lelaki, kita akan dijaga apabila tua. Tapi saya tengok ramai je anak-anak lelaki yang melupakan ibu sendiri dan lebih mementingkan isteri. Kalau isteri tak suka dengan ibu mertua, dihasutnya suami supaya melupakan ibu sendiri. Mungkin ada yang akan berkata, anak perempuan pun susah nak jaga sebab anak perempuan bila berkahwin perlu mengikut suami. Betul tu. Kami tak pernah pun berharap agar anak-anak kami akan menjaga kami (jika kami panjang umur) apabila kami sudah tua. Cukuplah jika mereka tidak melupakan kami dan selalu menjenguk kami.

Jadi soalan saya, "Salahke kalau hanya ada anak-anak perempuan?". "Adakah jurang perbezaan yang besar di antara anak perempuan dan anak lelaki?".

12 comments:

yatie chomeyl said...

sapo yg oyat gitu tu? meh nok kok palor sikit

as for me pulak, 2 hero berturut2 hehehe. dale hati mem enk anok girl jugop, so that leh beli baju dress comey2 dan boleh teme mommy shopping bilo dio dh besar nanti ekekekke

bersama kak Es said...

Anak itu amanah.. tak kira lah lelaki ke perempuan. Yang nak menentukan jantina anak kita bukan dari kita kannn.. Allah yang nak bagi, kita terima je.

Allah tahu kemampuan dan kelebihan kita.

ICA said...

Nur, perkara ini mmg ica boleh relate sangat coz I too have 3 girls. But to Ujang and I, our girls are blessing from Allah. Its our job to raise them to be good and strong individuals. Until now, I do get those kind of remarks from people about having a boy. We can't shut everybody up on that matter I suppose. To me the girls are enough to complete our family...and at the end of the day, that's what matters kan. Plus, look on the bright side....we don't have to shop for boys cloths for raya... I beli ja 3 pasang yang sama for my girls...tak payah pening2 kan... :D

inahornaw said...

assalamualaikum, kak nur....tidak salah ada anak perempuan sahaja...kami pun dua beradik perempuan sahaja..alhamdulillah mak ayah, tidak terbiar masa mereka sakit dahulu...tp tu la...org kita....sabar la kak nur....

Syigim said...

interesting post kak nur! esp since i myself am blessed with 3 boys, n getting the same sort of Qs that you've been getting.

to me, how a child turns out at the end of the day is not based on gender - all boils down to how they're brought up. sons pun bole dididik pandai memasak, while daughters yg dididik sempurna pasti tak melupakan ibubapa disamping mentaati suami :)

transformed housewife said...

Tie: adola. sain2, dle family pun ado. takpola sajo jah nok luah perasaan sini.

transformed housewife said...

Kak Es: Betul tu kak.

transformed housewife said...

Ica: yup. I know we have that similarity.

transformed housewife said...

ina: terima kasih atas perkongsian pengalaman Ina sendiri.

transformed housewife said...

Syigim: Yup, we have to shape them and brought them up the way we want them to be.

Izan Ishak said...

izan sendiri punya semua adik perempuan kak nur. takde istilah mcm akak sebutkan tu. mak pun memahami bila kami adik-beradik dah berkeluarga dan ikut suami masing2.

dan skrg pula giliran izan yg akan ada 5 anak lelaki (insyaAllah). pada izan takde beza pun anak lelaki/perempuan kak. yg penting adalah didikan dan asuhan kita sbg parents kan.

Neny said...

salam, i pon ada 3 anak pompuan. Mmg selalu dpt komen mcm u dpt. Telan aje la walaupun rasa sentap. I notice gak kalau org tu semua anak lelaki mcm xpe pulak. Takde pon dgr org kata "cuba lagi utk anak pompuan lak".

Takpe, Allah s.w.t Maha Mengetahui.