Salam,
Bukan mudah nak melatih kanak2 berpuasa di bulan Ramadhan ni. Tahun ini, Fathini (anak sulung saya) dah masuk 6 tahun. Jadi memang kami nak melatih dia berpuasa sikit2. Tahun lps pun dah mula tapi sempat bertahan 5 hari (puasa setengah hari) je. Hr ini, Fathini bangun bersahur sama2 dan dapat bertahan sampai makan tengahari di nurseri. Esok, dia masih bersemangat nak mencuba lagi sbb kawan2 sebayanya pun ada yg cuba berpuasa juga.
Teringat sewaktu kecil, sy pun mula berlatih puasa yang yok ni seawal usia 5 tahun. Tetapi hanya pada usia 7 tahun, barulah dapat berpuasa satu hari penuh dan dalam sebulan tu sempat berpuasa 27 hari. 3 hari lagi tu tak tahan dugaan membantu menyediakan biskut raya jadi berbuka sblm masuk waktu. hehe. Bila masuk umur 8 tahun barulah dapat berpuasa penuh sebulan.
Pernah dengar ni?:
Puasa Yang Yok, Bangun pagi buka periuk.
Apa kenangan puasa yang yok anda semua?
5 comments:
good job kak yong. u can do it!
dari aunty ida yg cute.
way to go Tini..good job darling :)
Ade jga pglmn mcm K.Nur ni, sy puasa 26hari je lg 4hari terakhir tu duk sibuk nk mkn kuih raya....hehe..
anak sulung saya 7 tahun , baru nampak boleh puasa penuh sehari , sebulan tak tahu lah masa 5-6 puasa yang yok juga ,,
kakyong mula puasa masa darjah 1, umur 7 tahun... time mandi siap minum air lagi.. ekekekke... darjah 2 baru puasa penuh sebulan...
Post a Comment