Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Monday, July 9, 2012

Cenderahati perkahwinan paling pelik? (BM entry)

Salam,

Sejak seminggu dua ni, banyak sunggu kenduri kawin. Saya tak pergilah sbb dah kalau pergi pun bukan boleh makan nasi & lauk sedap-sedap tu. huhu. Suami saya yang terpaksa pergi. Dia pulak bukannya minat sangat nak pergi tapi dah orang dah jemput tu tak eloklah kalau tak pergi.

Bila suami balik, saya sibuk nak tengok apa yang dibawa balik. Bukan apa, saya suka sangat tengok cenderahati yang menarik yang orang-orang sekarang hadiahkan untuk tetamu. Waktu kami kawin dulu, saya hanya buatkan beg kantung kecil dari kain renda dan isikan dengan gula-gula. Untuk tetamu VIP, kami bagi telur rebus sbb arwah mak saya masih sukakan tradisi memberi telur rebus. Beg untuk gula-gula tu saya yang jahit sendiri dengan bantuan adik dan sepupu-sepupu. Masa tu bajet saya tak banyak sebab saya baru je bekerja lebih kurang 2 tahun. Duit simpanan masa tu tak banyak sangat.

Entah bila cenderehati majlis perkahwinan berubah. Saya tak berapa pasti. Yang saya tahu, 9 tahun yg lalu (waktu kami kawin) dah macam-macam cenderahati seperti sabun wangi dan sapu tangan yang sudah siap mula timbul di pasaran. Kalau sekarang, ramai yang memberikan gelas atau cawan hiasan kecil, kek kecil, coklat dan macam-macam lagi. Setakat ni cenderahati yang paling pelik pernah saya tengok ialah "sarung bantal hiasan" dan "hiasan seperti lampu Aladdin". Nak tengok apa yang saya maksudkan? eheh....esoklah saya ambik gambar dan tunjukkan.

Apa cenderahati perkahwinan yang paling pelik yang pernah anda dapat? 

6 comments:

Syigim said...

interesting post! esp sbb now sibuk tgh carikan doorgift utk my youngest sis' wedding :)

penah jgk dapat kipas berlipat, teddy bear kecik, n yg plg menarik (tp xpelik) is a white box, dlm tu ade potpourri, minyak attar and koleksi love quotes yg bapak pengantin perempuan compilekan. menarik kan!

yatie chomeyl said...

nasib baik ti beli di indon dulu, muroh jah. dpt pun best2 mace kalendar kayu, bekas letak pen bentuk turtle...50sen jah so. klu beli bnyk siap dpt diskaun lg hehehe

SJNathaniel said...

belum pernah dpt yg pelik lagi kak..heheh

transformed housewife said...

Syigim: ada mcm2 idea utk doorgift skrg kan.

transformed housewife said...

Tie: Knur dulu ado beli di Golok. Tp muloh ma nok jugok suruh wat beg utk letok ceklat tu.

Lizan said...

kak ijan pernah dapat set sudu garpu tapi saiznya mak ai.. besar jari kelengkeng jer.. nak guna tak leh, buat perhiasan serba salah..last2 toing masuk tong sampah..rasa bersalah sebenarnya time buang tu tapi daripada buat semak ku luputkan jer terus ...