Salam,
Kami sekeluarga masih menumpang tinggal di rumah mertua sekarang sejak kami pulang dari New Zealand pertengahan tahun 2010. Bukan tiada keinginan untuk tinggal di rumah sendiri. Cuma rumah yang telah dibeli belum siap sepenuhnya. Kalau sebelum ni, barang-barang kami memang dah banyak. Sekarang bila bertambah lagi seorang ahli keluarga, lagilah bertambah barang-barang.
Masalah utama memang ruang untuk menyimpan barang-barang yang terhad. Di dalam bilik yang kami guna, sudah dipenuhi dengan kotak-kotak plastik untuk saya simpan barang-barang. Itu pun dengan dua buah katil, almari besar, meja solek, almari buku dan kotak-kotak plastik, bilik yang kami gunakan tak nampak seperti bilik tidur dah. (minta maaf, saya sengaja tak nak letak gambar ye sbb malulah nak tunjuk bilik yang berselerak)
Dalam banyak-banyak barang kami, saya paling tak larat nak tengok mainan anak-anak. Bukan semua mainan tu kami beli sebab anak-anak selalu juga dapat hadiah-hadiah dari ahli keluarga yang lain. Hampir setiap bulan, saya akan tengok dan cari mainan yang sudah rosak atau yang tak perlu disimpan supaya boleh dibuang dan ada ruang penyimpanan untuk mainan-mainan lain. Cuma mainan-mainan anak-anak macam tak berkurang malah makin bertambah.
Saya ada terfikir nak sedekahkah mainan-mainan yang masih elok ke rumah anak-anak yatim atau kepada keluarga yang kurang berada di kampung. Anak-anak pula yang tak berapa setuju sebab mereka sayangkan mainan mereka. Mungkin saya perlu yakinkan mereka tentang idea tersebut kerana kami tak perlu membeli lagi kotak-kotak plastik untuk menyimpan mainan tapi perlu menyedekahkah mainan-mainan kepada yang lebih memerlukan. Hmmm, apa pendapat yang lain?
3 comments:
izan pun punya pendapat yg sama kak nur... kalau dpt sedekahkan mainan tu pada anak2 org lain lebih baik rasanya. kalau dikumpul lama2 mesti lagi menimbun kan...
sama juga macam izan kak, barang2 byk sgt esp baju2. dah nak pindah rumah ni kena fikir mana yg nak disimpan, diberikan pada org lain n mana yg dah lusuh mmg kena buang.
x lamo dha kan rumoh nk siap, sabar je la sikit lg. maybe toys tu ado sentimental value ko tini & fizah..sbb tu diorg xsey buang kot
nadiah pun tak larat tengok mainan anak-anak. makin banyak (banyak yang orang bagi) dan makin bersepah jadinya rumah. rasa nak sorok je semua mainan tu :p
Post a Comment