Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, July 6, 2012

Rahsia hati tenang. (BM entry)

Salam,

"Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang".

 Ini ialah kisah puteri Rasulullah(Fatimah Azzahra'), ketika mana beliau berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib. Beliau menguruskan rumah tangganya dengan memasak, mengisar gandum sehingga menjadi tepung dan seterusnya membuat roti ,sehinggakan tinggal kesan-kesan luka pada tanganya akibat terlalu berat kerja yang dilakukan'maka pada suatu hari beliau datang berjumpa bapanya (Rasulullah S.A.W)dan mengadu apa yang dialami dan meminta diberikan seorang khadam untuk membantunya dirumah dan nabi berkata: "Fatimah adalah sebahagian dariku apa yang dialaminya seperti aku yang mengalaminya" Maka Rasulullah berkata padanya "mahukah kamu jika aku tunjukkan perkara yang lebih baik dari itu ……..ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali,bertahmid 33 kali,dan bertakbirlah 33 kali, sesungguhnya zikrullah tersebut lebih baik bagimu dari seorang khadam "apa yang dimaksudkan Rasulullah ialah zikrullah memberimu kekuatan jiwa dan membantumu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan senantiasa bersamamu.

 Kita pun selalu mengeluh bila tengok banyak kerja-kerja rumah yang seperti tak habis-habis kan. Untuk ibu-ibu yang bekerja, balik dari tempat kerja dah kena selinsing lengan baju nak basuh pinggan, baju, sapu, masak dan macam-macam lagi. Kalau ada pembantu rumah pun, biasanya kita tak biarkan semua kerja dia buat kan. Kerja menguruskan anak-anak, kita akan buat sendiri jugak. Jadi, jom kita cuba tenangkan hati dengan berzikir. Mudah-mudahan terasa lebih ringan kerja kita dan pahala pun dapat.

4 comments:

Anonymous said...

muhasabah diri...

tq sudi share sesuatu yg sangat bernilai ini...

Nia said...

thank you for sharing kak :)
sangat berguna ni.

Nadiah Sidek said...

terima kasih mengingatkan kak nur :)

Maisarah said...

jalan-jalan tersinggah blog sini. Benar sekali apa yang dikongsikan. Dengan zikir hati tenang. Perasaan marah akan padam dan kalau diamalkan selalu, pasti kita sentiasa ceria.... :). Peringatan untuk diri sendiri juga