Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, October 2, 2012

Karnival Ko-kurikulum & Hari keluarga SKKJ1 (BM entry)

Salam,

Ahd lepas sekolah Fathini menganjurkan Karnival Ko-kurikulum & Hari Keluarga. Karnival berlansung dari pukul 8-1 petang. Tetapi Fathini bersunggu-sungguh bagitahu kami yang budak-budak perlu ada di sekolah pukul 7.30 pagi. Terpaksalah papa Fathini bawa dia ke sekolah pagi-pagi lagi. Saya dan Hafizah pergi pukul 9 pagi. Husna ditinggalkan di rumah sebab hari tu nampak macam panas terik. Takut demam pulak kalau bawa dia ke tengah padang.

Acara pagi bermula dengan senamrobik. Fathini selalu cakap "senamrombik". hehe. Bila saya sampai memang saya nampak Fathini dan budak-budak darjah satu yang lain yang buat senamrobik tu. Papa Fathini pun ikut sama. Ada beberapa ibubapa yang lain pun ikut serta bersenamrobik. Saya tengok je sebab Hafizah asyik tarik baju saya dan suruh cari kakaknya.


Bila tamat senamrobik, Fathini sibuk ajak nak naik kuda. Sebelum Fathini dah ada beberapa orang budak menunggu giliran. Nak naik kuda kena bayar guna kupon RM5. Rupa-rupanya kupom RM20 yang dibeli sebelum karnival tu tak akan cukup kalau budak-budak nak main permainan dan beli makanan hari tu. Saya bagilah Fathini naik kuda sebab dia tak pernah merasa naik kuda. Memang seronok sangat bila dia dapat naik kuda tu. Bila orang yang pegang kuda suruh duduk tegak, bukan main tegak dia duduk. Hafizah pula, tak tahu kenapa takut sangat dan tak nak naik kuda.







Semasa Fathini sedang menaiki kuda, ada satu pertunjukan silat. Tak berapa pasti silat apa sebab sibuk perhatikan Fathini. Sempat jugak saya ambik gambar pertunjukan silat tu. Seronok jugak tengok demonstrasi silat tu. Teringat pulak demonstrasi taekwondo yang saya sendiri pernah sertai dulu masa belajar di PPP/ITM.


Kami sempat juga membeli beberapa jenis makanan dan minuman yang dijual di gerai-gerai yang ada. Kami beli laksa, dadih dan air kelapa. Tak banyak sangat gerai yang ada. Ada satu gerai yang menjual burger, ramai yang beratur nak membeli burger. Kemudian Fathini dan Hafizah mahu melihat pameran di dalam bas Pusat Sains Negara. Nasib baik pameran tu percuma je. Kalau tak kena guna  kupon lagi.



Ada satu lagi pameran yang anak-anak nak tengok iaitu Mini Zoo. Pameran tu di buat dalam salah sebuah kelas. Untuk masuk ke pameran tu kena bayar RM4 seorang. Jadi saya dan suami tunggu di luar kelas je. Saya ambik gambar anak-anak melalui celah-celah tingkap. Ada binatang kecik-kecik je macam ular, landak dan tikus belanda.



Kami tak tunggu sampai habis karnival sebab saya risaukan Husna yang ditinggalkan di rumah. Fathini merengek nak cuba naik "flying fox" tapi tak dapatlah dia nak merasa hari tu. Paintball pun ada dan barisan orang-orang beratur pun agak panjang. Mungkin kalau ada rezeki, lain kali anak-anak boleh mencuba aktiviti-aktiviti lasak tu.

2 comments:

yatie chomeyl said...

apo la kak ngah takut naikkudo..nazhan pun rilek jah naik kudo kui3x

transformed housewife said...

tok tahula dio.