Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, June 11, 2011

Adakah anda bakal "Ustazah Pilihan" yg dicari oleh Astro Oasis? (BM entry)

Salam,

Semalam sambil2 dok tengok rancangann Imam Muda musim kedua, saya terperasan iklan Astro Oasis yang akan memperkenalkan rancangan realiti berunsurkan keislaman yang dinamakan "Ustazah Pilihan". Kalau Imam Muda hanya untuk lelaki (yelah dah namanya pun Imam), rancangan baru ni sasarannya adalah wanita2 muda dalam linkungan umur 18 hingga 27 tahun. (lebih kurang umur Imam2 Muda). Saya cuba mencari maklumat lanjut di laman sesawang (terjemaham website ye) Astro.com.my tapi nampaknya belum ada apa2 pengumuman disitu atau mungkin saya terlepas pandang. Saya bukanlah nak mempromosikan rancangan ini cuma nak rasa seronok apabila ada rancangan realiti sebegini. Kalau dalam Imam Muda, mereka banyak belajar tentang ilmu fekah, syariah dan macam2 lagi, rasanya untuk "Ustazah Pilihan" ni pun macam tu jugalah kot. Kalau Imam Muda ada Mudir dan 4 orang Mursyid, sudah semestinya "Ustazah Pilihan" ini ada macam tu jugak. Rasa-rasanya siapala yang akan menjadi Guru2 untuk ustazah2 pilihan tu? Anda ada calon2 yang sesuai yang anda rasa sesuai? Apa2 pun saya tak sabar nak tengok rancangan realiti terbaru ni. Harap2 nya selepas ini Ustazah2 yang terpilih boleh menjadi model ikutan atau contoh2 terbaik untuk anak2 gadis Muslim di Malaysia ni.

P/S: Akak ni dah terlebih umur nak masuk "Ustazah Pilihan". hehe. Tapikan kalau belum terlebih umur pun, rasanya tak cukup baik nak jadi seorang ustazah.

6 comments:

Syigim said...

alhamdulillah. mmg bagus ade realiti show yg educational mcm imam muda & this coming ustazah pilihan. suka sgt tgk episod2 imam muda. best kan. dah la hensem2 muka2 bersih belaka semuanya hahaha...

i mean, pls la...stop all this singing shows. dah byk sgt dah. terbaru ni i just found out ade 'idola kecil' - *tepuk dahi!* buat la show mcm masterchef tu utk budak2...bole jgk diorang blaja skill yg berfaedah. kan kak nur, kan...

Hamizah said...

saya yang dah ustazah pon xteringin nak join..kot xlayak..hehe

transformed housewife said...

Syigim: aah. cukup2la rancangan realiti nyanyian. banyak lg bidang lain yg patut org2 Melayu kita ni masuk. semua nak jd penyanyi, kaum lain hebat dlm bidang2 lain.

Hamizah: tok pasti gapo kriteria2 utk ustazah pilihan tu. mungkin buke utk ustazah jah rasonyo.

yatie chomeyl said...

bilo start?

Wan Anie said...

masa mulo2 tengok iklan tu teringin jugok nok cuba, tapi kecewa sebab dah terlebih umo... hehe

kalaulah ada program realiti isteri solehah.... :D

Ummi Hanie said...

jgn mcm gadis melayu udah le yer..hmm..insyaallah la...name pun Ustazah kan..kene le yg betul2 layak ;)