Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, June 21, 2011

Kempunan nak tengok Upin & Ipin di Hari Terbuka MBPJ (BM entry)

Salam,

Ahd lps; 19 Jun 2011, MBPJ (Majlis Perbandaran Petaling Jaya) ada menganjurkan Hari Terbuka MBPJ di Stadium MBPJ di Kelana Jaya. Hari terbuka yang bermula dari hari Sabtu 18 Jun, sebenarnya mempunyai beberapa acara. Kami hanya berkesempatan menjenguk apa yang ada di Hari Terbuka tersebut pada hari Ahad. (smlm).

Kami menjangkakan tentu susah untuk meletak kereta di tempat letak kereta di hadapan stadium. Jadi, kami telah meletakkan kereta kami di tempat yang agak jauh. Apabila kami berjalan ke pintu hadapan stadium barulah kami sedar yang Hari Terbuka tu tidaklah semeriah mana. Hanya ada beberapa buah gerai menjual buku-buku, pakaian dan tudung, cenderamata Upin & Ipin, kedai  UNIFI dan beberapa gerai yang lain. Manakala gerai2 makanan pun tidaklah terlalu banyak. Hanya ada gerai2 yg menjual nasi campur, aiskrim, buah2, mee sup, keropok lekor dan coklat. Kami nampak ramaila ibu bapa yang bawak anak2 yg nak masuk Pertandingan Mewarna. Kami pun ingat nak daftarkan Fathini dan Hafizah. Malangnya, masa kami sampai tu, pendaftaran dah ditutup dan pertandingan dah pun bermula. Kesian Fathini dan Hafizah. huhu.

Bila dah tak de apa2 nak buat, kami sajala mengambil gambar dalam Stadium MBPJ tu sblm kami turun balik untuk pusing tengok gerai2. Sempatla makan aiskrim, beli coklat dan beli 2 buah buku cerita Dora The Explorer untuk Fathini dan Hafizah. Sampai dah dekat sejam lebih kat situ, UPIN dan IPIN tak keluar2. Tunggu punya tunggu, kami dah tak larat dah pusing2 kat situ. Suami saya pun dah tak larat dan ajak kami balik. Hafizah pun apa lagi, mulalah berdrama, "Nak tengok UPIN dan IPIN"!. Sepanjang perjalanan balik, dia menangis dan menjerit sbb kempunan nak tengok Upin &Ipin. Itulah al-kisahnya.

Tengoklah gambar2 kat bawah ni (kalau sudi. hehe)





7 comments:

Chik Na said...

Kanak-kanak tak pernah jemu tengok Upin & Ipin ...

yatie chomeyl said...

sie ko fizah x leh jupo upin ipin. nanti cik ti pakai kostum upin ipin la bilo jupo fizah hehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai kesiannya..nanti ada upin ipin kat shah alam tapi tak sure berapa hb..nanti eliss tengok balik banner tu yer..

SyidaGorjes said...

kak, opis kita betul2 sebelah stadium tu.tp kita pun tak dapat pegi.kalau tidak.......mesti da buat n3 jump upin ipin.

Drama Mama said...

la kesian dia..awat la lambat sangat upin ipin tu keluar kan. hehehehe

ummi Hanie said...

alahai kesiannye...kena pegi terus ke stesen tv9 le gamaknye... ;)

Nur Misnan said...

takper.. esok2 ada lagi ler tuh..