Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, December 30, 2011

Kenangan Terindah tahun ini: Cherating 24-25 Dis. 2011 (BM entry)

Salam,

Bukan mudah untuk adik beradik yang semuanya sudah besar dan ada yang sudah bekeluarga untuk berkumpul beramai-ramai dan pergi bercuti. Sewaktu kami kecil, kami selalu dibawa abah dan ma kami berjalan-jalan ke serata Malaysia. Seingat saya, kami cuma tak pernah lagi ke Sabah dan Sarawak je. Negeri-negeri lain memang kami sudah sampai.

Bila masing-masing sudah dewasa ni, selain dari waktu perayaan, kami memang susah nak berkumpul. Jadi, mulai dari tahun lepas lagi, saya cadangkan pada adik-beradik saya supaya kami dapat bersama-sama bercuti ke satu tempat. Jika tahun lepas, kami hanya ke Gambang Waterpark kerana kami sudah sepakat untuk turun ke Kuantan. Adik nombor tiga saya yang tinggal di Gambang yang menawarkan rumah sewanya sebagai tempat persingggahan.

Tahun ini , sekali lagi kami turun ke Kuantan tapi kami bersepakat untuk bercuti di Cherating. Maknanya kami perlu menginap di situ. Oleh kerana kami ni ramai, jadi kami pilih Cherating Bay Resort yang ada kemudahan apartment. Kami sewa 2 buah apartment yang ada 2 buah bilik untuk setiap unit. 2 buah tilam tambahan juga diambil sebab tak cukup katil.



Tempat mendaftar, kolam renang & apartment yg disewa.

Harga satu apartment lebih kurang RM220. Bolehla kan. Lagipun kami berkongsi. Kami juga dapat diskaun sebanyak 10% kerana adik saya yang buat tempahan tu kakitangan kerajaan. Dia sebenarnya tak bawa kad kerja UMP tapi dia tunjukkan kad nama dia yang ada alamat UMP. Nasib baik dapat jugak diskaun. Dalam apartment tu bolehla tahan. Ruang tamu, bilik tidur dan ruang dapur (tidak boleh memasak) bersih. Cuma bilik air tu tak berapa memuaskan dan cuma ada satu bilik air sahaja.



 Saya dan adik, Rafie tiba dulu di tempat tu. 2 org lg yang datang dari Dungun sebenarnya dah tunggu kami. Diaorang dah pergi pantai dan makan-makan dulu. Rafie yang membuat tempahan beberapa minggu lepas. Jadi kami berdua berpakat membayar dulu penginapan sementara menunggu sebuah kereta lagi yang membawa beberapa adik yang lain.


Bila semua dah sampai, suasana meriah sangat-sangat. Ada 4 org kanak-kanak; 2 org anak dara saya, seorang teruna (baru 2 thn lebih) anak adik saya Yatie dan anak Rafie yang baru berusia setahun. Kami menjamu selera dengan keropok lekor dan satar dari Dungun yang dibeli oleh adik saya yang belajar di UiTM. Waktu tu tiba-tiba hujan lebat. Jadi kami terpaksa menunnggu sampai hujan reda sebelum ke pantai.


Lebih kurang pukul 3, hujan dah reda. Walaupun masih mendung, kami tetap meneruskan preancangan kami untuk bermain di gigi-gigi air. Nasib baik pantainya landai. Mula-mula adik2 lelaki saya dan suami terus menuju ke pantai. Diaorang berenang sakan. Kami yang perempuan ni ditinggalkan dengan anak2. Tapi kami tak kisah sebab memang kami dah ada 2 jenis permainan yang kami dah rancangkan. Permainan yang pertama ialah membina istana pasir. Sepatutnya ada 3 buah kumpulan tapi akhirnya hanya 2 buah kumpulan yang dapat menyudahkan istana. Satu lagi kumpulan tu adik ipar saya dan bayinya yang berusia setahun. Hana (bayi yang aktif) tu nak makan pasir bukan nak buat istana pasir! hehe. Adik saya Yatie, suaminya dan anaknya dalam satu lagi kumpulan. Anaknya, Nazhan tiba2 jadi raksasa yang memusnahkan sebahagian istana. Terpaksalah mereka buat semula. Pemenang untuk permainan tersebut ialah kumpulan anak-anak saya dan adik bongsu saya, Amalin. Yati hanya dapat tempat kedua. Permainan kedua lebih menarik kerana ia melibatkan acara larian berganti. Mereka berlari sambil membawa air dalam bekas kecil untuk diisikan di dalam bekas yang lebih besar. Ada 2 buah kumpulan. Kedua-dua kumpulan sebenarnya ada taktik menipu masing-masing. Yang menang akhirnya kumpulan yang paling bijak menipu. Sebenarnya kami bermain hanya untuk suka-suka. Saya dah membeli beberapa hadiah untuk permainan-permainan tersebut. 







Selepas puas bermain di pantai, kami terpaksa balik ke apartment tapi kami masih ingin bermain air. Jadi acara bermain air diteruskan di kolam renang di resort tu. Saya tak masuk pun ke dalam kolam. Saya sibuk mengambil gambar yang lain-lain. Lagipun antara ramai-ramai tu saya seorang je yang tak pandai berenang. huhu. Kolam tu agak dalam kecuali di bahagian kolam kanak-kanak. Yang paling seronok, ada gelongsor air di situ. Fathini, Amalin dan Yatie naik ke gelongsor beberapa kali. Hafizah takut dan hanya bermain di  kolam kanak-kanak. Semua main air sampai jari kesejukan dan biru. 



Bila dah bersihkan badan, saya sibuk memanaskan air dan buat milo panas untuk semua. Nasib baik saya bawa banyak jugak bekalan. Ada milo 3 dlm 1, maggi cawan dan kek Apollo. Bolehla semua makan buat alas perut sebelum kami keluar makan malam. Kebetulan kami tak makan tengahari sbb dah makan nasi lemak waktu pagi. Laku jugala maggi cawan, kek dan milo panas. 

Selepas maghrib, kami keluar makan di kedai Pok Su Ikan Bakar. Rafie cakap makanan kat situ sedap. Jadi, kami ikut sajalah. Kami ambik 2 set yang ada nasi putih, tomyam campur, kerapu 3 rasa, kailan ikan masin, telur goreng, daging masak merah. Suami saya cadangkan untuk tambah lagi satu lauk iaitu udang bersalut tepung. Penuh makanan di meja dan kami makan sepuas hati bila dah dapat makanan tu. Nak ambik gambar sebelum makan pun dah terlupa sbb dah lapar yang amat. Sebelum makanan sampai, Yatie bagi setiap sorang kek cawan yang dia tempah siap dengan nama kami semua. Kami makanlah kek tu sebelum makan nasi. Kiranya makan "dessert" dulu. hehe. 


Keesokan harinya, pagi-pagi lagi semua bangun untuk pergi bersarapan. Kami dapat sarapan percuma yang disediakan oleh pihak resort. Makanannya bolehla tahan sbb ada mee goreng, nasi lemak, keropok. Air biasalah ada teh,kopi dengan jus oren. Tiada gambar diambil sewaktu bersarapan sbb semua sibuk nak makan. Kami makan di restoran tepi kolam tu. Lps makan sekali lagi budak-budak semua nak masuk dalam kolam lagi. Yang lain-lain nak ke pantai sekali lagi. Saya, suami dan anak-anak pergi ke pantai lambat sikit sbb mula-mula tu hujan rintik-rintik. Bila kami dah pergi pantai, aadik-adik saya sedang bermain ombak dan jauh ke tengah. Fathini sibuk tarik tangan saya nak ke tempat yang lain-lain bermain air. Hafizah pulak mula-mula ok tapi lepas beberapa kali ombak besar datang, dia mengamuk ajak balik. Terpaksalah saya tinggalkan Fathini dengan mak sunya, Cik Lin. Dia seronok je bermain ombak dengan makcik-makcik dan pakcik-pakciknya. Lebih kurang hampir 2 jam juga kami di pantai sebelum kami balik. Sempat jugak kami singgah ke gerai-gerai di tepi jalan sbb adik saya Radzi nak membeli cenderahati. Saya pun ada beli sedikit cenderahati untuk kenangan. 


Bila hampir pukul 12 tengahari, kami sudah siap mengemaskan barang-barang untuk balik. Sebelum balik, sempat lagi kami bergambar di depan apartment. Macam-macam  gaya bila bergambar yang ada. Kami memang nak buat acara ni acara tahunan. Jadi, tahun depan, kami nak merancang dengan lebih teliti dan mungkin tinggal lebih lama. 

Cuba teka siapa yang paling tua hingga yang paling muda (1-8)
Saya (Nur), Amalin, Yatie, Pein, Dan, Epit, Aeji, Asul. 


Ahli rombongan kami. Gambar dicilok dr FB Yatie. Jadi kualiti di sini tak berapa cantik.

6 comments:

Unknown said...

ramainya adik beradik kak nur...sungguh meriah bercuti ramai ramai ni..

Saya teka yang kak nur pegang bahu tu paling tua, yg bongsu pula pakai T-shirt kelabu tu...betul x?

Nadiah Sidek said...

best buat aktiviti dengan family macam ni, kan?

Unknown said...

SALAM,
Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.

transformed housewife said...

Fadilah: mmg ramai. Sebenarnya K.Nur yg paling tua, dan yang paling muda adik perempuan yg pakai selendang cara Yuna tu.

transformed housewife said...

Nadiah: mmg best. kami nak buat setiap tahun kalau ada rezeki.

transformed housewife said...

LF: terima kasih. Sy doakan utk Dato' dan keluarga juga.