Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, January 12, 2012

Cara2 yang terbaik mengejutkan anak2 dari tidur (BM entry)

Salam,

Saya terbaca artikel ini dari myibrah.com. Rasanya sangat bagus untuk kita yang dah ada anak-anak ni. Saya sendiri kadang-kadang kalau mengejutkan anak-anak, adala juga guna cara kasar bila diaorg ni susah sangat nak bangun. Yelah kita dah penat kejut tapi masih tak bangun2 lagi. Macammana cara terbaik nak mengejutkan anak2 bangun tidur? Baca artikel di bawah ini dan renungkanlah dan fikirkan strategi kita sendiri bila nak kejutkan anak-anak terutama di waktu pagi.
**********************************************************************************


KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR

Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://myibrah.com/didik-anak-sebelum-selepas-tidur
***********************************************************************************
Rasanya esok kenalah saya cuba teknik-teknik lain bila nak kejutkan dua org puteri kesayangan saya ini nak bangun pergi sekolah.

11 comments:

Qaseh Suhaida said...

betul2 kita kena banyak sabar dgn anak-anak ini kena gunakan pendekatan yg lemah lembut...

tp kdg2 kesabaran ini nipis sgt hu huuu cepat sgt nak melenting bila anak tunjukan sikap ngada2nyaaa

Unknown said...

Salam,
Tkasih atas usaha perkongsian

Unknown said...

Alhamdulillah, anis senang bila dibangunkan pagi.. kakyong cuma goyang kaki dia.. pasti ambik tangan dia, seolah kita nak pimpin turun katil.. dia mengikut jer sampai la ke bilik mandi.. :)

yatie chomeyl said...

epik & awin payoh sungguh nk bgn subuh...keno guno caro gini jugop ko nk gerok? huhuhuhu

Syigim said...

kak nur, kdg i understand that even after waking up sometimes we like to just stretch n go back to sleep for a few more minutes... i actually let my boy do that. gerak softly, then let him sleep back for awhile hihi..after that he appreciates that i was lenient on him in waking him up.. dpt free few minutes winks :)

transformed housewife said...

Qaseh: itulah akk pun tak berapa nak sabar bila 2,3 kali kejut tu.

transformed housewife said...

Kak Yong: bagusnya Anis. Fathini & Hafizah kdg2 susah sikit.

transformed housewife said...

Tie: Knur tahu budok2 tu payoh nok bgn. keno gerok dekat 10 kali baru nok bgn.

transformed housewife said...

syigim: my hubby lg bagus bila kejutkan anak2. sbb dia boleh geletek dan bergurau dan senang je anak2 bgn.

Anonymous said...

I really like your writing style, wonderful info , appreciate it for putting up : D.

Lizan said...

nasib baik adam jenis mudah nak bangun, melainkn kalau mlm tu mkn ubat pagi tu liat sikit la