Salam,
Hari ini ada beberapa kwn di tempat kerja baru perasan yang saya mengandung. Itu pun kerana saya pakai blaus yg mcm untuk ibu mengandung tu. Sblm ni hanya rakan2 rapat je yang tahu. Yang masih bujang dan belum berkahwin siap cakap, "Akak ni kurus sebab tulah tak nampak sangat walaupun mengandung". Jadi betulkah teori yang mengatakan orang kurus ni kalau mengandung susah nak nampak perut besar? Kalau dilihat pada pengalaman sebelum ini, saya ni memang orang tak akan perasan mengandung sampailah bulan ke 5 dan seterusnya. Cuma kali ketiga ni je mungkin dah nampak lebih awal. Itupun biasanya tak nampak sebab saya suka pakai baju longgar. Tadi pun bukanlah baju ketat tapi mungkin bentuk baju tu yang menampakkan perut yang makin membesar ni.
Jadi, siapa nak buat teori lain kat sini? Sila jangan terasa kalau anda berisi ye. Saya tak de maksud apa2 kat sini. Cuma nak bandingkan pendapat2 yang saya dengar dan pendapat2 yg lain.
5 comments:
atas orang sebenarnya... saya mengandung lima bulan pun dah macam tujuh bulan... senang orang boleh nampak
tulah. ada org cakap kena tengok kulit perut tebal ke tak. itu mcm tak pasti betul ke tak.
jiran kakyong kurus tinggi orangnya.. masa dia dah nak due, kakyong matri2 ingat dia baru 5-6 bulan mcm tu..
bertuah tau dia sbb tak teruk2 bawa perut.. steady jer..
tak mcm kakyong ni, bil dah 8-9 bulan.. berjalan pun mcm robot.. hahhaha..
perut sy bila 8-9 bln boleh tahan besar jugak tapi rasanya sy pernah nampak org lain yg lg besar.
ada member ngandungkn kembar, kelakar campur kesian tengok dia sebb nak jalan punyalah tak stabil mcm nak jatuh.. mcm kejap ke kiri kejap ke kanan... masa dah nak masuk 9 bulaj tu perut dia besar betul
Post a Comment