Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, May 4, 2012

Kenapalah nak makan duit haram? (BM entry)

Salam,

Tak pernah lagi asyik buat entry dlm BM je berturut2. Hr ni nak pecahkan tradisi sbb dlm perjalanan balik dari kerja tadi ada kawan bagitahu apa yang terjadi di tempat kerja bulan lepas. Kira mmgla kami mengumpat (aah dah buat dosa di hari Jumaat-huhu).

Ceritanya adala beberapa orang guru di tempat kami (pusat yg menawarkan kursus BI) yang ambil mudah je bila mengajar. Diaorg ni bila masuk kelas biasanya tak mengajar sgt. Apa yang dibuat tak tahula. Tapi bila dah hampir dgn periksa akhir bulan, diaorg ni akan membocorkan tajuk2 karangan yang akan keluar. Siap bg idea atau bagi ayat2 yang boleh digunakan. Bila ada guru lain (kita namakan guru Y) yang perasan perbuatan diaorg ni, guru Y ni mengadu pada bos. Jadi bos ambil tindakan menukar soalan2 periksa di saat-saat akhir. Bila dioarg nampak kertas soalan yg ditukar, mulalah diaorg ni menggelabah. Yelah diaorg takut pelajar-pelajar diaorg tak tahu macammana nak buat karangan. Bila diaorg masuk kelas, sepatutnya diaorg bagi kertas2 periksa terus pada pelajar. Tapi apa yang dibuat? Diaorg bincangkan pulak soalan2 tu dan bagi idea lagi pelajar2 supaya diaorg tahu apa yang patut ditulis. Guru Y sekali lagi tahu tindakan tidak professional dioarg tu. Guru Y sekali lagi mengadu pada bos dan memberitahu yang dia malu nak mengaku guru2 tadi rakan sekerja disebabkan perbuatan tidak professional mereka.

Kisah tadi bukanla kisah benar yang pertama kali saya lihat dalam profesion sebagai seorang guru. Tak kira di mana pun saya mengajar ada sahaja guru-guru yang mencemarkan pekerjaan seorang guru ni. Mereka tak sedar yang perbuatan mereka tu akan menyebabkan mereka makan gaji buta dan duit gaji mereka akan jadi duit haram. Bukan saya nak mendabik dada mengatakan saya guru yang baikla sangat. Tapi saya takut kalau tak amanah dalam bekerja. Kalau dah kita diamanahkan untuk mengajar, kenalah ajar betul2. Barulah berkat duit gaji yang diterima.

Benda ni bukan dalam perguruan je. Dalam pekerjaan lain pun sama. Isu yang masih hangat sekarang pasal polis pukul orang masa perhimpunan BERSIH 3.0 tu pun sama. Saya rasa memang ada segelintir yang bertindak ganas dan orang ramai pun ada yang bertindak serupa. Kalau semua orang tu amanah, tak akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Jangan kerana segelintir yang kurang professional, kita katakan semua pun bersikap begitu. Saya percaya masih ramai yang amanak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing kan tak kiralah siapa pun anda.


9 comments:

puanbee said...

elok di buat dalam BM ,

ada juga cikgu macam tu ya sy tk sangka , so kalau macam tu siapa yg tuisyen je lah boleh jawab , tk adil ..

transformed housewife said...

pusat kami ni bukan ajar tuisyen. tapi menawarkan kursus BI utk dptkan sijil IELTS dan lain2 sblm masuk uni. Ada juga kursus utk yg telah bekerja. Kebanyakannya pelajar2 dr luar negara.

Yg buat kerja tak amanah tu, nak kerja senang. tapi tulah mereka dah merosakkan nama kami guru2 lain sbb perbuatan mereka tu.

Affieza said...

Ni bkn nk suruh diaorg jd pandai tp dh merosakkan mutu English para pelajar

Abam Kie said...

dulu sek sy jd pusat agihan soalan2 exam bagi daerah ini. bila soalan tu sampai ada guru yg x amanah mengambil satu salinan kertas soalan n membincangkan soalan2 tu di dlm kelas tusiyen mrka pd mlm sebelum kertas itu berlangsung. siap suruh hafal esei n skema pun. tp sy dpt tangkap murid2 tu sbb mmg jauh beza markah mrka dgn exam yg sebelomnya. guru tersebut telah pun ditukar ke sek lain.

transformed housewife said...

Affieza: mmg merosakkan. kesian pd pelajar yg mengadu kata tak belajar apa2 lps dah bayar mahal2.

transformed housewife said...

Daddy Zuki: masalah ni akan sentiasa ada bila ada yg tak amanah kan.

bersama kak Es said...

susah ssekarang nak cari yang betul2 amanah. Kalau dah diatas tak amanah, yg kat bawah ni...ada la 2 3 kerat yang betul2 amanah.

transformed housewife said...

Kak Es: memang betul. Ni nak kena sama2 betulkan balik kalau kita nak jd muslim sejati.

Izan Ishak said...

apapun kerjaya kenalah ada sifat jujur n amanah dalam diri kan kak. barulah duit gaji yg diperolehi tu berkat.

bak kata org... kerana nila setitik rosak susu sebelanga.