Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, August 24, 2012

Aidilfitri 1433H: Di KJ & KJB (BM entry)

Salam,

Hari ini hari keenam raya. Masih ramai yang beraya di kampung dan ada juga yang telah pulang semula ke bandar. Tahun ini kami beraya di Kelana Jaya terlebih dahulu dengan keluarga mertua saya. Petang raya pertama baru kami bertolak pulang ke (Kg Jal Besar)Tumpat, Kelantan.

Di KJ, kami beraya secara sederhana tapi meriah juga dengan kehadiran semua melengkapkan ahli keluarga. Susah juga nak berkumpul semua dan dapat bergambar bersama. Jadi inilah hasilnya:

Dari kiri: adik ipar saya & keluarganya, berbaju ungu: adik ipar bongsu, ayah mertua, bertudung ungu: kakak ipar yg sulung & keluarganya, bertudung hijau: mak mertua, saya & suami berbaju sedondon biru, anak2 kami dan juga anak kakak ipar yg sulung.


Kami sempat juga bergambar untuk keluarga kecil kami. Tahun ini ada seorang pertambahan ahli iaitu anak ketiga kami yang baru berusia 2 bulan. Jadi tahun ni kami bergambar berlima. Inilah gambarnya:

*Hafizah anak kedua kami seorang yang nampak berlainan kerana dia tidak mahu lagi baju sedondon dan sama dengan kakak sulungnya. 



Bila sampai di Kelantan (mlm raya pertama), kami agak keletihan selepas berada di dalam kereta selama 11 jam! Jadi, raya di Kelantan bermula pada pagi raya kedua. Banyak juga rumah yang dikunjungi dan sempat juga kami makan-makan dan berjumpa sanak-saudara. Petang raya kedua, sebelum senja kami dapat berkumpul dengan 2 orang emak saudara, ayah saudara dan sepupu-sepupu untuk bergambar beramai-ramai. Inilah gambarnya yang telah saya ambil di FB sepupu saya:




Antara banyak-banyak gambar raya tahun ini, saya paling suka gambar nenek saya memegang anak bongsu saya. Gambar ini sunggun bermakna buat saya kerana susah juga nenek saya mahu bergambar dan susah juga untuk anak bongsu saya tu untuk tersenyum bila bergambar.


*ini sajalah cerita raya kami sebab saya rasa malas nak bercerita panjang sangat pasal raya. Yelah raya maknanya berjumpa sanak-saudara untuk bermaaf-maafan dan makan-makan. Asalkan kita jangan berlebihan sangat dan kembali kepada fitrah kita.

2 comments:

inahornaw said...

kak nur,selamat hari raya..seronoknya keluarga besar!hehehehe....semoga kasih sayang kak nur sekeluarga kekal hingga ke syurga...

transformed housewife said...

ina: Amin....