Kisah Tok Abah:
Sewaktu kecil, Tok Abah bukannya orang senang, Jadi bila suatu hari Tok Abah dapat peluang membeli kasut raya idaman, Tok Abah gembira sangat. Siang malam di cuba kasut tu dan dia tak sabar-sabar nak beraya dengan kasut baru. Apabila tiba hari raya, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Impian Tok Abah seakan lebur untuk keluar ke masjid dengan kasut baru. Bila Tok Abah menjenguk keluar, lopak-lopak air sudah penuh di halaman rumah. Oleh kerana tidak mahu berganjak dari keputusannya untuk mencuba kasut baru, Tok Abah tetap keluar rumah dengan kasut baru. Tetapi Tok Abah tidak memakai kasut tersebut. Dia menjinjing kasut baru ke masjid kerana tidak mahu kasut baru kotor. Tok Abah sanggup berkaki ayam ke masjid.
Kisah Cucunya:
Bukan setiap kali raya cucu Tok Abah akan dapat membeli kasut raya. Hanya jika dia tidak ada kasut yang elok untuk dipakai barulah ibunya akan membelikan kasut baru. Tahun ini, ibunya merasa kasihan melihatkan si anak tiada kasut yang masih muat untuk dipakai. Jadi, si ibu mengajak si anak membeli kasut baru di kedai kasut BATA. Walaupun hanya kasut biasa dan bukannya berjenama, si anak tetap gembira. Siang malam kasut baru seperti dibelai. Dia seakan tidak sabar untuk beraya dengan kasut baru. Dia berharap apabila raya nanti, dia tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Tok Abahnya.
Kasut raya cucu Tok Abah (a.k.a. Fathini)
p/s: Tok Abah tu sebenarnya abah saya dan cerita di atas adalah kisah benar abah saya semasa kecil. Saya kerap mendengar cerita tersebut dari abah saya apabila tiba raya. Cucu Tok Abah sudah tentulah anak sulung saya yang juga cucu sulung abah saya.
8 comments:
Nur....we have the same taste... the same shoes that I want to get for the girls..hahaha. Have a great weekend...
Kasut raya cik lin ? Heeee
chomeyl kasut rayo tini. cik ti xdop kasut rayo lg ni...sie ko cik ti
adam tak pernah ada kasut raya.. kalau rosak atau ketat baru ayahnya belikan dia kasut.. jadi tak kira.. raya ker, pergi jalan ker...ke sekolah ker... harung jer lah guna kasut yang sama hingga lah ke kasut tu rosak/ketat... baru lah carikkan kasut lain.. kalau nasib baik dapat kasut bata, tapi selalunya gi kedai bundle ajer.. :)
Ica: oh really. :D
Awin: Cik Lin kayo bulih beli kasut sediri.
Tie: Cik Tie tu muat ko pakai kasut loni? eheh
K.Ijan: Tini pun bukan tiap2 thn dpt kasut baru.
Post a Comment