Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, November 3, 2009

Berkorban apa saja........



Kali ini rasa macam nak tulis dalam Bahasa Malaysia sebab dah lama dah rasanya tak menulis dalam bahasa ibunda. Mesti semua tertanya2 kenapa pulak ada video clip lagu "berkorban apa saja" hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sebenarnya saya nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya dan anak-anak sekarang rasa. Kami sekarang kena berkorban apa saja untuk suami saya yang sibuk menyiapkan thesis PHD di Waikato University di sini. Mungkin anak-anak tak faham sangat tentang keadaan kami sekarang. Yang diaorang tahu, papa diaorang pagi2 lagi pergi buat kerja kat makmal (lab). Kadang2 sampai ke malam atau pun balik sekejap dan pergi balik sambung kerja. Hujung minggu pun kadang2 kami tak ke mana2 sebab suami saya perlu menggunakan sesetengah mesin yang ada. Biasanya hujung minggulah masa yang paling sesuai kerana tak ramai yang akan pergi buat kerja.

Keluarga yang lain di sini pun sama. Cuma kebanyakan yang menyambung pelajaran di sini adalah di kalangan kaum Hawa. Buat masa ini hanya empat orang kaum Adam (termasuk suami saya) yang sedang menyambung pelajaran di universiti yang sama. Jadi, suami2 mereka pula terpaksa menjadi sura rumah tangga di sini. Mereka pun berkorban untuk kesejateraan keluarga mereka. Ada yang terpaksa berjauhan setelah suami mereka perlu pulang bertugas selepas tiga tahun bercuti.

Saya tidak mengambil cuti sebelum datang ke sini. Sebelum ini saya hanya bekerja secara sambilan di ELS, KL. Cuma sebelum itu, saya pernah bekerja di Kampus Kejuruteraan USM selama 4 1/2 tahun. Saya meletak jawatan sebagai guru Bahasa Inggeris pada penghujung tahun 2005 kerana saya tidak mampu lagi untuk berjauhan dari suami. Saya tahu ramai juga pasangan lain yang berada dalam situasi yang sama. Malah arwah ma dan abah saya sendiri memang tidak setuju dengan tindakan drastik saya. Ketika itu apa yang saya fikirkan hanyalah mengenai keluarga kami. Anak sulung saya hanya dapat melihat papanya di hujung minggu sahaja. Saya juga yakin yang rezeki ada di mana2.


Kami juga telah berjanji (cuma tak ada hitam putihla) yang saya akan memberi peluang kepada suami untuk menyambung pelajaran terlebih dahulu sebelum saya mendapat peluang saya. Kami rasa anak2 terabai sekiranya kami belajar pada masa yang sama. Bukan senang untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Tanyalah sesiapa yang pernah menyambung pelajaran ke peringkat ini, pasti mereka akan mengatakan ianya menuntut banyak perngorbanan.

Sepanjang berada di sini (NZ), saya dan suami telah terlepas beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam keluarga kami. Kami tidak mampu untuk pulang menghadiri perkahwinan adik suami saya pada akhir tahun 2007. Arwah ma saya meninggal pada bulan Jun tahun lepas dan kami hanya mampu pulang seminggu selepas itu. (susah untuk mendapat tiket). Dua bulan selepas itu, adik perempuan saya (kami amat rapat) pula melansungkan perkahwinannya. Sewaktu kami pulang, kami sempat membantu membeli alat2 untuk hantaran. Jadi saya tidaklah terkilan sangat. Tahun depan, seorang lagi adik saya, kali ini adik lelaki yang sudah setahun lebih bertunang pula akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari. Nampak gayanya saya akan terlepas lagi peristiwa penting itu. Sebagai kakak sulung, perasaan terkilan tidak boleh dielakkan kerana saya rasa saya bertanggungjawab untuk membantu adik2. Apatah lagi setelah kehilangan arwah ma.

Seperti kata P.Ramlee dalam lagunya:
berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

Tanggumgjawab saya semestinya kepada suami dan saya perlu mengutamakan suami terlebih dahulu kemudian barulah kepada adik2 saya. Hmmmm bukan mudah......

4 comments:

yatie chomeyl said...

meme hidup ni keno byk berkorban..xkiro kito suko ataupun dop..hhuhuhu

zai said...

Salam Nur...

Very touching entry...mmg boleh terasa betapa hibanya hati bila kita tidak dapat bersama-sama meraikan detik2 penting didalam keluarga dan beramai-ramai bersama2 ketika detik itu yg merupakan masa terbaik utk berkumpul bersama ahli keluarga..

Apapun mmg benar ia spt lagu diatas berkorban apa sahaja demi utk orang2 tersayang..dalam hidup ini mmg banyak pengorbanan yang terpaksa kita lakukan demi org2 yg tersayang dan yang penting kita iklas berkorban tanpa mengharapkan apa-apa balasan meskipun adakalanya balasan yg diterima tidak setimpal dengan apa yg kita korbankan..

Anonymous said...

Assalamualaikum, anda berpeluang membesarkan sendiri anak2 dgn cara sendiri. Di samping itu, menimba pengalaman di negara asing berkaitan kaedah membesarkan anak2. Amat bertuah anda mendapat peluang ini dan merebut peluang pula mempelajari kaedah2 mendidik anak melalui tpt playcenter yg anda libatkan diri. Harap anda dpt kongsi melalui blog ini setiap pengalaman yg diperolehi di situ dgn pengunjung blog. Ini blh mengimbang pengorbanan yg dibuat dgn pengalaman berharga yg diperolehi. Walaupun terlepas byk peristiwa penting, yg penting mereka di tanahair tahu yg anda sentiasa mengingati mereka.

transformed housewife said...

Zai: mmg kalau berkorban tak mengharapkan balasan sbb Allah tahu apa yg kita buat.

To anonymous: insyaallah saya akan berkongsi lg apa yg saya pelajari di playcentre.