Salam,
Jika kita tengok dalam video untuk mempromosikan Malaysia, biasanya akan dipaparkan tentang betapa bersopan-santunnya masyarakat Malaysia ni. Tapi situasi sebenar yang dapat kita lihat setiap hari sebenarnya agak berbeza.Semakin ramai yang makin lupa untuk bersopan-santun dan berbudi bahasa.
Saya nak berkongsi beberapa insiden yang saya dan suami pernah saksikan sendiri di beberapa buah tempat. Mungkin ada yang akan berkata kejadian-kejadian yang saya saksikan itu hanya kes terpencil tapi kita tak patut pandang ringan. Kalau beginilah perangai kita sekarang, tentu tak akan jadi pelik lagi bila kanak-kanak pun bersikap kurang sopan.
Kejadian pertama:
Lokasi: Dlm lrt menuju ke K.L.C.C.
Setiap pagi biasanya kerusi di dlm lrt akan dipenuhi oleh penumpang2 di stesen pertama, stesen Kelana Jaya. Hanya kadang-kadang saya bernasib baik jika dapat duduk. Pagi semalam, di stesen Taman Jaya, ada seorang wanita yang sarat mengandung menaiki lrt. Tempat duduk khas semua dipenuhi oleh orang2 yang tak sepatutnya duduk di situ. Saya perhatikan dulu kalau-kalau ada yang akan bangun memberikan kerusi untuk wanita tersebut. Selepas 2 stesen, saya bangun dan memberikan tempat duduk saya kepada wanita berkenaan. Saya faham dan kasihan padanya kerana saya pun sedang mengandung (walaupun baru lg). Tapi saya geram pada yang lain yang sangat buta hati dan buat2 tak nampak!
Kejadian kedua:
Lokasi: CIMB (salah satu cawangan kecil)
Di salah sebuah kaunter, seorang pelanggan wanita nak memasukkan duit ke dalam akaun. Apabila kerani bank mengira semual duit, ternyata jumlahnya melebihi dari apa yang ditulis di dalam borang. jadi, kerani tersebut telah memberitahu pelanggan tersebut. Tapi pelanggan tu boleh je tak dengar sbb dia sibuk dengan telefonnya. Kerani tersebut terpaksa memberitahunya sehingga tiga kali barulah dia terperasan tentang kesilapannya. Tanpa berkata "terima kasih" dan muka selamba, dia boleh ambil je balik duit lebih tu dan menyambung perbualan di telefon. Kerani tersebut nampak macam nak marah tapi dia diamkan saja sbb tak mahu bergaduh dengan pelanggan kot. Bagi saya, perempuan tu mmg sungguh kurang bersopan sbb dahla dia yang salah, tak cakap terima kasih sbb kerani tu jujur bg duit yang terlebih tu, lps tu boleh buat muka selamba lg guna telefon bila tengah buat urusan lain!
Kejadian ketiga:
Lokasi: KFC (sebuah cawangan kecil)
Yang ni pulak, macam kejadian tak senonoh dan orang2 pemalas. Ni baru lagi terjadi tengah hari tadi. Suami saya dan anak2 baru masuk nak membeli makanan tengah hari. Apabila tengah beratur di depan kaunter, ada seorang bapa datang membawa anak yang berusia 3/4 tahun. Yang si bapa ni sibuk dengan telefonnya bila tengah tunggu gilirannya untuk memesan makanan. Tiba-tiba anaknya termuntah. Dia tak sedar sehinggalah suami saya yang menegurnya. Tanpa segan silu, dia terus je keluar dari situ bawak anaknya. Dia tak bagi tahu atau minta maaf. Kakitangan dalam KFC tu pun boleh buat2 tak nampak. Sekali lagi, suami saya yang memberitahu kejadian tersebut. Setelah beberapa kali, barulah ada salah seorang dari kakitangan membersihkan muntah tersebut. Kalaulah saya kat situ, saya memang dah tak boleh nak makan dan tak rasanya tak sanggup nak makan di situ lagi lain kali. Lelaki tersebut mmg kurang sopan sbb meninggalkan saja temopat tersebut dan kakitangan KFC pun mmg tak bertanggungjawab bila buat2 tak tahu pada mulanya. Padahal itu tempat makan dan macam mana orang nak makan bila ternampak dan terhidu bau muntah!
Rasanya cukuplah tiga kejadian ketidak sopanan (betul ke perkataan tu?) yang kami pernah nampak. Mesti ada yang lain pernah nampak macam-macam lagi kejadian kan. Saya bukan nak cakap saya ni cukup bersopan-santun dan berbudi bahasa. Tapi kita sepatutnya sama2 jadi lebih bersopan santun, berbudi bahasa, berhemah tinggi dan berfikir tentang orang lain. Kalau semua nak pentingkan diri sendiri, tak lama lagi Malaysia ni akan kucar kacir dan tak akan aman lagi. BETUL TAK?
3 comments:
Pernah jg melalui kejadian2 tsebut tp yg sedihnya kbykn mereka yg tlibat adlh dari klgn remaja.
anak2 kakyong pernah muntah di klinik.. biasalah budak2 tgh sakit kan.. memang terus jer beritahu dgn nurse aka staff yg buat pendaftaran.. tp depa pulak buat muka..
yer lah nak buat camana kan.. kalo ade mop ke alat utk buang muntah tu, memang lah kakyong boleh tolong buatkan.. mujur masa tu hanya kami jer yg dlm klinik tu.. at least bersyukur lah sbb kakyong x belah mcm tu jer... rasa bersalah pulak sbb anak muntah kat lantai mcm tu.
kes ke 2 tu, biasa jugak tgk.. kalo dah masuk bank tu.. off lah telefon kan.. as a courtesy... x payah lah nak tunjuk kat org lain g kita ni sibuk sgt.. sampai nampak mcm sombong lah sangat..
situasi nombor 1 pun penah kena.. masa awal kahwin, pergi kerja naik bas.. paling x tahan bila kena berdiri lebih 15 minit... adoi.. nak tercabut rasa pinggang... buat muka nak nagis pun org buat tak kesah, walhal bukan buat2 nak nangis.. tp memang dah tak tahan berdiri lama dgn perut mboyot..
situasi pertama saya pernah alami tapi dalam situasi yang sebaliknya... masa tu ngandungkan anak sulung dalam 5 bulan. perut tak besar mana pun tp sangat terharu bila ada org bangun dan kasi tempat duduk bila perasan saya mengandung :)
bila baca entry ni saya teringat satu kejadian kat JJ one utama minggu lepas... masa tu duk tunggu hubby solat asar. so anak-anak duk main kat kawasan kids activity. masa tu ada sorang bapa dengan dua org anaknya sedang main lego... danish duduk di satu kerusi yang kosong dan join sekali main lego. seorang dari anaknya kata,"jangan main kat sini!". Tiba-tiba bapanya menengking anaknya,"Eh biarlah baby tu nak main sama... apa kau ingat lego ni mak kau punya? bila masa pulak mak kau beli semua ni?". Dusshh! saya sangat terkejut dgn jawapan bapanya... tak boleh ke terangkan elok2 kat anaknya yg masih kecil tu? dan ia membuatkan saya terfikir, macam mana agaknya pekerti anak tersebut suatu hari nanti yang dibesarkan oleh ayah yang sebegitu?
Post a Comment