Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah & 8 tahun. (BM entry)

Salam,

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Hijriyah. Hari ini juga kebetulan merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8. Ia juga ulangtahun kelahiran suami saya yang tercinta. Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah 8 tahun kami bersama melayari bahtera dengan pelbagai dugaan, kenangan manis, pahit, masam dan lain-lain lagi.

Seperti biasa saya yang memang ada jiwa seni (konon-kononya), ada satu puisi.

8 tahun

Bukan mudah untuk kita disatukan,
Dugaan, perpisahan dan ujian,
Itu semua bukan penghalang,
Kerana ini semua memang ditakdirkan,

Akhirnya keluarga akur tanpa bantahan,
Mendoakan supaya berkekalan,
Silaturahim antara keluarga juga terjalin,

8 tahun suatu angka,
Bukan jangka yang dikira,
Rasanya cukup mematangkan kita,
Mengenali diri, memahami sesama,

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur pada Ilahi,
Semoga berkekalan dan bahagia yang dicari.


5 comments:

Nia said...

8 tahun kak? Tu double dari saya tu..Happy anniversary kak!! Keep the love alive!!

yatie chomeyl said...

happy 8th anniversary to both of u. may u live happily ever after..Ameen :)

Affieza said...

Happy Anniversary K.Nur...have a great life with your family forever and ever...

transformed housewife said...

Nia: you'll be there too. Akk dah berusia. hehe

Tie: Ameen.

Affieza: Thanks for your prayer.

kakyong said...

hepi belated 8th anniversary Nur.. kakyong tahun depan baru nak masuk 7..