Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, August 30, 2009

Contest Kenangan Berpuasa Zaman Kanak2

Photobucket

Sempena bulan puasa ni, mama manja telah menganjurkan contest ni. Sekali lg, aku terpanggil utk mencuba kesekian kalinya. Memang tengok tajuk contest ni, menngingatkan aku pada kenangan berpuasa dolu2.

Ok kita tengok dulu syarat2 & cara2 nya sblm aku mula mengarang ceritera aku.

Syarat2nya ialah:
  • Menjadi FOLLOWER Mamamanja (dah lama ikut)
  • Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang (dah letak)
  • Upload gambar diatas sebagai BANNER DI SIDEBAR blog korang dan LINK kan ke ENTRY ini (ok)
  • Nyatakan LINK blog Mamamanja kat entry korang (nanti dah siap, link akan diletak)
Cara2nya pulak ialah:
  • Buat 1 entry tentang kenangan berpuasa korang yang paling menarik masa zaman kekecik dulu. X kira la... pertama kali berpuasa atau dah jenuh berpuasa, janji kenangan yang paling menarik masa zaman kekecik.
  • Bila dah siap, nyatakan LINK ENTRY korang kat ruangan komen entry ini supaya senang aku nak terjah.
Alkisah pada suatu masa dulu (masa aku darjah 4- 10 thn), aku telah berazam untuk berpuasa penuh. Sebelum tu, aku tak mampu untuk berpuasa penuh selama sebulan. Tahun sebelumnya, aku hanya berpuasa 27 hari. (3 hari lagi tak tahan sebab arwah ma dah buat biskut raya, so kenala jadi tukang rasa.hehe). Aku juga sebenarnya ada niat tak baik. Abah selalu berjanji dengan kami adik beradik, jika ada yang berpuasa penuh, abah akan memberikan duit raya yang banyak. Sebab tu jugalah aku berkobar2 untuk berpuasa penuh. (tak baik kan. huhu). Semasa minggu pertama dan kedua, aku masih bersemangat dan tak merasa penat. Apabila masuk minggu ketiga, aku mula merasa penat. Jadi setiap kali aku pergi ke surau untuk bersembahyang zuhur dan asar (sekolah sesi petang), aku akan cuba-cuba ambik air sembahyang lama. Masa berkumur, aku akan curi2 minum air paip. (hehe). Satu hari, seorang ustazah ternampak apabila aku berkumur2 lebih dari 3 kali. (dah lupa nama Ustazah tu sbb dah lama dah kisah ni. tahun 1988). Nasib baik ustazah tu tak marah aku depan kawan2. Dia panggil aku dan tegur aku secara baik. Aku malu sangat dan memang masa tu rasa nak nangis je. Balik rumah, arwah ma tanya kenapa aku diam je. Aku tak berani nak cerita pada arwah ma sebab takut kena marah lagi. Raya tahun tu aku dapat duit raya RM50 dari abah. Aku ambik jugak walaupun aku tahu aku dah mengelat sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, dah namanya budak2. Nakal lagi. huhu. Harap2 nanti anak2 aku tak de la buat perangai macam aku masa kecik. Oklah rasanya tulah antara kenangan berpuasa zaman kanak2 yg tak boleh dilupakan.

Ok Mama manja, terima kasih sekali lagi sebab sudi buat contest ni dan memang rajin pun buat contest. Ini linknya: www.mamamanja79/2009/08/contest-kenangan-berpuasa-zaman-kanak2.html

2 comments:

Mamamanja said...

semua suka amik kesempatan masa amik air sembahyang heheh

ok, lulus...

yatie chomeyl said...

oooo wat lolok poso yer..doh la dpt rm50, x aci...isk3x..