Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, April 16, 2010

Malu (BM entry)

Salam semua,


Malu? Siapa yg malu? Mereka dan keluarga mereka. Anda tentu pernah dengar kan. Kenapa saya nak bercakap tentang hal malu ni?

Dalam masyarakat Melayu, perasaan malu memang sudah diterapkan dari kecil lagi. Kita diajar supaya ada perasaan malu untuk mencegah kita dari melakukan perkara2 yg tidak elok. Malah saya sendiri pun sudah mula menerapkan perasaan malu ini pada anak2 saya walaupun mereka masih lagi kanak2. Contoh yg paling senang, anak2 saya tahu malu kalau selepas mandi, mereka tidak segera memakai baju. Pernah juga sewaktu kami ikut rombongan playcentre ke "Waterworld" (kolam renang untuk org2 awam di sini), anak2 saya tak mahu menukar pakaian mandi di hadapan yg lain walaupun rakan2 mereka (kesemuanya org2 kiwi) dengan selamba berbogel sblm memakai baju renang mereka. Saya pun lebih selesa menukar ke baju renang mereka di dalam bilik persalinan.

Rasanya semakin kurang orang2 Melayu yg beragama Islam ni merasa malu. Mana silapnya? Kalau mereka masih ada perasaan malu, sudah tentu tidak banyak kes2 buang anak, bunuh bayi tidak berdosa, dera anak dan macam2 lagi penyakit yg kalau merka malu, mereka tidak sanggup berbuat perkara2 yg memalukan itu. Bukan mereka yg terlibat saja yg malu, bila yg lain2 baca di dada2 akhbar, kita pun tumpang merasa malu kerana ramai yg terlibat adalah di kalangan orang2 Melayu.

Perasaan malu ni ada kaitan juga dengan takut. Senang saja, bila kita malu nak berbuat perkara2 jahat atau yg melanggar syariat, kita sebenarnya takut dengan kemurkaan Allah. Saya bukan nak cakap yg saya ni alim sangat2. Tapi saya sentiasa nak berubah ke arah yg lebih baik. Sekarang saya fikir saya malu dengan anak2 kalau saya tunjuk contoh2 yg tidak baik. Kemudian sudah semestinya saya takut nak jawab apa nanti kalau saya tidak cuba sebaik mungkin untuk mendidik anak2 yg merupakan amanah dari Allah.

Okayla setakat ini dulu tazkirah untuk hari Jumaat ni. Tak tahu juga kenapa rasa menulis sikit tazkirah untuk hari Jumaat hari ni. Mungkin yg lain2 nak berkongsi pandangan pasal perasaan malu ni. Cuma bagi saya malu kena bertempat juga. Jangan pula kita malu bila nak bersuara atau melemparkan pandangan kita. Dari segi itu, saya galakkan anak2 supaya jangan malu untuk bertanya. "Malu bertanya sesat jalan kan".

13 comments:

SJNathaniel said...

betul tu,saya setuju..malu memang ada kaitan dengan perasaan takut,tapi bergantung pada keadaan lah kan..kalau malu betanya memang sesat jalan punya..hihi

Wan Anie said...

memang ramai yang tidak ada perasaan malu bila berpakaian tidak senonoh dan bercakap yang tidak sopan.

Bagaimana untuk takut dengan azab dan siksaan yang Allah janjikan jika tidak merasa kehadiran Allah di sisi, rasa diri seperti orang besar dan punya kuasa sedangkan kita semua sama dan sangat kecil di sisi Pencipta Agung.

syida said...

setuju sgt dgn tazkirah jumaat hari ni.bebudak skg ni mcm dah takde perasaan malu....uish, geram.

yatie chomeyl said...

tazkirah di hr jumaat..molek2 :)

transformed housewife said...

Sati, itu yg Knur cakap malu kena bertempat.

Anie, betul sgt2 tu.

Syida, tu yg kita kena ajak adik beradik dan anak2 spy ada perasaan malu ni.

Ti, sekali sekala bg tazkirah.

Sari said...

anak2 skang terutama remaja mmg kurang sgt sifat malu ni..dah xkira tmpt n masa mcm dunia ni diaorg yg punya..takut dgn keadaan skarang dgn masalah sosial yg melampau..tmbahan plak ksari ni ader berderet anak pompuan...nur kat sana lagi la byk dugaan kan?

transformed housewife said...

mmg menakutkan K.Sari. kita berusaha nak jaga anak2 kita tapi dugaan dan ajakan2 luar tu boleh mempengaruhi anak2 kita juga. kat sini, kebanyakan hormat dgn pendirian kita yg pegang pd agama.

alinalan said...

Betol betol betol... malu berjalan sesat jalan...

ICA said...

sangat setuju...the world now dah tunggang terbalik with so many things happening...due to org2 yg tak tahu malu nih...it's scary to think that our kids nanti mungkin terpengaruh dengan benda2 yg tak baik nanti...eshhh, mintak2 dijauhkan la ye..

Nadiah Sidek said...

yup, mmg perlu terapkn perasaan malu pd anak2 sejak diorg kecil lg. skrg ni perasaan malu dh byk terhakis dlm diri terutama anak2 gadis. dh tak segan silu nak bertepuk tampar dgn lelaki yg bkn muhrim. kita yg tgk pulak malu..huhu

transformed housewife said...

jom semua terpakan perasaan malu pd anak2 kita ye.

yushida03 said...

entri yg bagus. malu kena ada. takut kena ada. cabaran kpd mok ayoh juga, untuk terapkan kpd anak2, hidup kita ini bukan atas dunia ni semata2..

transformed housewife said...

mmg cabaran jd mak ayah zaman yg sungguh mencabar iman ni.