Bukan, bukan saya yg kena tahan dgn JPJ tadi. Saya letak kerata di stesen LRT, naik LRT dan jln kaki ke ofis.
Sebenarnya begini al-kisahnya.............................................................................................................................................
Tadi masa nak baik kerja, saya dan rakan saya ternampak beberapa org pegawai JPJ tengah menahan pemandu2 kenderaan. Mula-mula saya ingatkan saman atas kesalahan2 yg biasa. Tetapi bila kami nampak yg kebanyakan yg ditahan telah ditegur mengenai pemakaian tali pinggang keledar di kerusi belakang, kami agak terkejut. Cuma rasanya saya yg terkejut lebih sbb saya tak sangka yg mmg sudah dikuatkuasaka undang2 pemakaian tali pinggang keledar blkg mulai 1 Jan. 2009! (sy kan baru balik semua ke Msia hjg Aprill 2010, jd banyak juga perkembangan terbaru di Msia yg sy tak tahu. huhu) Kalau didenda boleh kena sampai RM300.
Tapi ada beberapa pengecualian. Informasi ni saya dapat dari website lain:
Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
1. kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
2. kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
3. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
4. kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
5. kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun bermula dari 1 Januari 2009.
Kereta saya Kancil mmg kami tak sempat lg nak pergi mana2 Pusat Perodua nak pasang tali pinggang keledar. Padahal anak2 selalu tanya, "Mama, do we have to wear seat belts?". Anak2 dah biasa pakai tali pinggang keledar masa kat NZ, jd mula2 bila balik Msia, diaorg selalu tanya mana tali pinggang keledarnya. Nampaknya kenala cepat2 pergi pasang ni sblm kena saman.
Siapa yg dah pasang tali pinggang keledar kat blkg? (ditujukan utk pemilik2 kereta yg tak ada tali pinggang keledar masa kereta dibeli)
8 comments:
teringat iklan pontianak duk kat blakang keta terhumban ke depan sbb xpakai seatbelt belakang...hihihhi..
dah psg utk kancil !
KIA plak mmg dah siap ade..tp masih degil x pakai pun..huhuu
Pak Man nak minta maaf. Minggu depan kami akan berangkat ke Tanah Suci.
Syigim- knur tengok jugak iklan pontianakk tercampak dr kereta tu. hihihihi
Wah Hanie dah pasang. Knur sebenarnya tengah tunggu giliran nak pasang kat Pusat Perodua.
Alhamdulillah Pak Man. selamat berangkat dan mengerjakan haji.
hai kaknur..bru sempat jengah blog kaknur..wifi problem 2 hari ni.hilang semangat saya dah..now dah ok balik dah..hehe
ooo ye ke. welcome back
Post a Comment