Salam,
Kepada wanita2 yg telah berkahwin: Pernah tak rasa bersalah pada suami bila kita dah penat, tak sempat nak masak dan hanya dapat buat masakan yang paling ringkas tiba2 suami cakap, "Takpela abg makan maggi je malam ni". Kalau pernah apa yang anda buat? Cuba juga masak lauk lain atau biarkan sahaja suami makan maggi?
Saya terpaksa mengaku di sini yang saya kadang2 adalah isteri yang kejam. Memang selalu terjadi pada saya bila saya dah masak macam lauk telur goreng kicap je dan suami tak selera nak makan tu. Jadi dia lg berselera nak makan maggi. Apa saya buat? Saya biarkan sahaja sebab kalau masak lauk lain nanti akan membazir dan tak de sesiapa yang nak makan. Kalau disimpan lauk lama2 dlm peti pun tak de yg teringin nak makan. Lama-lama dibuang ke tong sampah dan kan dah membazir. Tapi saya jadi kejam tak lama. Keesokannya saya akan masak apa yang suami suka.
Sekarang baru 2 org anak nak masuk 3. Diaorg dah ada selera berbeza. Jadi nak masak2 pun susah bila sorang nak makan tu, sorang nak makan ni, Suami nak makan kari, anak2 nak spaghetti dan saya nak makan tomyam. (bukanlah hari2 tapi sebagai contoh). Jalan penyelesaian? Ada hari khas untuk kari, hari lain untuk spaghetti dan hari yang lain pula untuk tomyam.
Jadi kejamkah saya sebagai isteri membiarkan suami makan maggi? Soalan cepu emas yang perlu anda jawab jika anda baca bebelan yang entah apa2 ni.
13 comments:
cubo byg ma dulu guao la anok 8, pastu selera sumo selero boya hahaha
Tak kejam lah....kejam klu x masak langsung walaupun suami minta ......
Tie: dulu muloh ma royak, "sapo nak make, make." "sapo tok sey masok sediri". Tu bilo muloh ma letihla.
mixed family: sy rasa mcm kejam. huhu
Salam,
Tak kejam .. LF rasa ok. Bila anak2 tu besar, mereka boleh tolong masak. Suami pun apa salahnya membantu sikit2 di dapur
tapi klu dia insist gak nak bedal maggie, takkan kite nak marah plak kan.. takut jadi citer lain plan nanti
eliss bab mkn kena tanya hubby dulu.kdg2 dia ada teringin nak mkn apa2. kalau tak der, eliss bagi menu.dia approve atau reject la :p kalo dia nak makan megi, semua makan megi lah.
my hub selalu ckp, "kalau malas masak,mkn megi pun bole" maksudnya dia redha kita masak megi utk dia.so bkn kita yg kejam kan?hehehe
suami saya redha je makan maggi..hihi, lagi dia suka kak nur...tapi sesekali jela kan, macam dalam sebulan 2-3 kali tu ok la...
Alhamdulillah,kak.. setakat husband zie xde la memilih sgt bab makan... mkn je apa yg zie masak even telur goreng sekali pun... cuma selalu kena komplen tawar je :)... Alya pun sama mcm abah dia kecuali jgn masak mknan yg warna merah, confirm dia x mau, pedas katanya...
takde kejam nye kak..kdg2 diorang sengaja xnak susahkan kita masak kot,meggi pun sedap,alih2 tumpang sekali..! *saye le tu..*ekekeke
kalau suami nak makan megi, dipersilakan..tapi ada syarat..tolong buat utk saya sekali ya bang..abang masak megi sodapppp...ahaha...(ok,tak kelakar...)
xkejam lah kak nur, no worries. with the amount of comments u get, looks like most ppl have similar situations, including me ;) maggi jadi penyelamat! :)
i like this posting, kak nur. so honest, n exploring mom's issue of preparing diff dishes for d family, sbb suami syigim suka makan asam pedas, tp kena buat lauk lain jgk for kids yg xmakan pedas - challenging kan? ;)
Post a Comment