Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, March 6, 2012

Acara demam berganti-ganti. (BM entry)

Salam,

Iye ini adalah acara tetap 3 bulan sekali di rumah ini. Acara ini tidak memerlukan tahap kecergasan yang tinggi malah ianya melemahkan tahap kecergasan dan meningkatkan tahap kemanjaan. Acara ini sudah cuba dielakkan dengan membekalkan para peserta dengan vitamin yang cukup tapi malangnya tahap antibodi mereka kadang-kadang dapat ditewaskan juga oleh si Virus durjana. Musuh yang satu lagi adalah Cik Puan Bakteria tapi bisanya tidah sekuat Cik Siti Virus.

Kalau minggu lepas, si kakak (Fathini) yang demam dek kerana serangan Cik Siti Virus pada tonsil. Selepas 2 hari memontengkan diri dari sekolah, minggu ini si kakak perlu menghadiri sekolah. Tambahan pula menurut si kakak ada peperiksaan sebelum cuti sekolah minggu depan.

Hari ini, si adik (Hafizah) pula telah dijangkiti demam juga. Si adik lebih merengek kerana tak tahan tahap kepanasan badan yang melampau. Jadi si adik pun ditinggalkan dirumah juga hari ini. Sekarang ini pun si adik masih lemah dan rasanya esok mungkin tidak ke sekolah lagi.

Rasanya ini adalah fenomena biasa untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Sesiapa yang ada anak di bawah umur 12 tahun memang sedia maklum tentang keadaan ini kan. Kalau dah seorang yang demam, lambat laun, yang lain akan kena juga. Kadang-kadang dengan mak dan ayah sekali turut demam.

Apa yang patut kita buat? Ada cara berkesan nak elakkan semua ini dari berlaku?

Dari apa yang saya baca sebelum ini, demam adalah perkara biasa yang susah hendak dielakkan. Hanya tahap antibodi yang kuat saja yang dapat melawan demam. Sebelum kanak-kanak dapat meningkatkan tahap antibodi mereka, mereka perlu sakit dahulu. Jadi, mahu tidak mahu kita terpaksalah melayan anak-anak yang selalu demam ni.

p/s: tak dapat nak letak gambar anak-anak saya yang demam sebab mereka marah kalau ambik gambar ketika mereka sakit ni.

2 comments:

Wan Anie said...

Bersabar, demam memang biasa terutama bagi kanak-kanak, tetapi jika deman terlalu kerap atau makan masa yang lama untuk sembuh kena juga jumpa dr.

1 benda yg Nur bleh praktiskan adalah menyebut anak2 sentiasa sihat dan cergas, terapi minda org cakap... bagitau anak2 mereka kuat boleh melawan segala virus dan mereka sihat, cakap semasa anak hendak tidur juga diwaktu pagi...

Terapi ini juga dilakukan kepada pesakit kronik, mereka semakin baik dengan izin Allah.

yatie chomeyl said...

sie ko fizah, jgn kak nur deme sekali sudoh la..sie ko baby dlm perut pulok