Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Wednesday, March 14, 2012

Program NILAM.

Salam,

Pernah dengar tentang Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)? Saya pun baru tahu tentang program ni bila Fathini sibuk merekodkan buku-buku yang dia dah baca. Cuti sekolah ni, Fathini perlu membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku bacaan. Matlamat program ni bagus kerana nak menyuburkan tabiat membaca dikalangan murid-murid sekolah. Bila murid dah rekodkan, guru kena mengesahkan aktiviti bacaan tu. Ada pengiktirafaan Tahap Jauhari Sekolah Rendah untuk murid-murid yang dapat mencapai rekod membaca seperti berikut:

90 - 179 buah buku  -      Gangsa
180 - 269 buah buku -     Perak
270 - 359 buah buku -     Emas
360 ke atas               -     NILAM

Saya tak pasti bila pengiktirafan akan dibuat. Rasanya mungkin sebelum murid-murid tamat tahun enam. Cuma Fathini ni hanya banyak membaca dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh membaca dalam Bahasa Malaysia tapi dia kurang faham. Memang kebanyakan buku yang kami beli pun dlm BI. Jadi, sekarang kenalah beli buku-buku dalam BM pula untuk Fathini. Dalam 10 buah buku yang dia dah rekodkan, hanya sebuah sahaja buku BM.

Harap-harap program ni memang boleh menanam minat membaca. Jangan mereka nak kejar hadiah NILAM tu, baca buku bukan kerana nak ilmu. Lagipun apa guna kalau banyak buku yang dibaca tapi otak masih kosong kan? Fathini ni rasanya dah banyak baca buku sebab kami dah ajar sukakan buku sejak dari kecil. Kami tak suka paksa jadi memang kami cuba buat membaca tu sesuatu yang menyeronokkan bukan kerana nak ambil periksa atau nak hadiah. Rata-rata kebanyakan orang Malaysia membaca bahan bacaan ringan dan hiburan. Gossip artis lebih menarik dari jurnal-jurnal yang memberatkan kepala kan? Itu yang tak betul tu.
Patutnya lebih banyak kita membaca, lebih banyak yang kita tahu. Nak baca benda-benda hiburan tak salah tapi seimbangkan juga dengan bahan bacaan lain.

Rasanya program NILAM ni bagus tak? Anak-anak akan lebih rajin membaca atau mereka baca hanya nak kejar hadiah?
 

4 comments:

yatie chomeyl said...

molek jugop program gini..kat jepun pun ada program gini start dr tadika lagi

rahayu said...

Ibuayu guru perpustakaan.so memang menyokong program nilam.cuma masalah dihadapi murid2 suka membaca tapi malas menulis.menulis dibuku nilam menambahkan lagi kefahaman apa yg dibaca dan literasi maklumat berlaku. Sek ibuayu pemenang pertama nilam hadiah hp..tapi hrg utk anak2 lah....

Kiranya itu sebagai pengalak dan imbuhan...

transformed housewife said...

Tie: harap2 program ni memem galakkan budok2 rajin baco bukula.

transformed housewife said...

Rahayu: anak dara sy mmg suka membaca juga. Bila kena tulis dia suka tapi kdg2 tak tahu nak tulis apa bila sampai ruangan pengajaran dr buku tu. kenalah mama dia ni yg tolong pulak.