Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, March 23, 2012

Menonton filem Hindi atau drama bersiri itu cara untuk lari dari kenyataan? (BM entry)

Salam,

Ramai tak yang suka tengok filem-filem Hindi? Drama bersiri? Telenovela? Kenapa agaknya kita suka sangat tengok cerita-cerita tu? Ada yang boleh bagi lebih dari sepuluh sebab?

Ni kenapa banyak sangat soalan ni? hehe. Takde la. Ini adalah andaian yang boleh saya buat kerana saya pun pernah terjebak dengan gejala menonton filem2 Hindi, drama bersiri dan telenovela. Bukan nak mengata kat orang-orang lain pun.

Sebenarnya bila kita suka menonton cerita-cerita tu semua, kita sebenrnya tanpa sedar cuba menggunakan cerita2 itu sebagai "escapism" atau kalau nak diterjemahkan ialah pelarian dari kenyataan. Tak faham? Nak faham rasa lagi elok baca dlm BI ni: Escapism is mental diversion by means of entertainment or recreation, as an "escape" from the perceived unpleasant or banal aspects of daily life.

Jangan melenting pulak bila baca kenyataan tu. Ini memang apa yang telah dikaji oleh ahli-ahli yang pakar dalam sosiologi dan psikologi. Ini semua berkaitan dengan kesihatan mental kita. Kebanyakan "escapism" tu tak memudaratkan pun. Kita perlukan saluran untuk kita berehat seketika dan menghiburkan diri. Tak salah nak berangan-angan macam "Kalaulah aku dapat suami macam Aaron Aziz dalam cerita ni, mesti seronok", atau "Kalaulah suami aku pun romantik macam Shah Rukh Khan". 


Yang bahayanya kalau "escapism" tu sampai membuatkan kita tak boleh membezakan yang mana realiti dan fantasi. Kalau di India, mereka begitu taksub dengan filem2 yang mereka tonton. Pernah satu ketika, panggung dibakar sebab penonton tak berpuas hati dengan penyudahan filem yang mereka tengok. HA.....itu dah bahaya tu. 


Saya sekarang dah kurang sikit nak tengok filem2 Hindi atau drama bersiri sebab:

1) suami bising2 kalau asyik dok layan cerita.
2) malas nak ikut dah dari episod pertama sampailah episod terakhir. (kes kurang sabar)
3) masa drama bersiri ada yang tak sesuai. (masa maghrib terutamanya sbb dah biasa kena tutup tv masa tu)
4) skrg masa banyak habis depan laptop. (yelah dok menulis kat blog ni. :P )
5) dah ada "escapism" yang lain iaitu "blogging". hehehehehe

Ada sesiapa yang ada "escapism" yang sama?

2 comments:

yatie chomeyl said...

kure laye hindi lo ni sbb xbyk yg best mcm dulu2. ado 1-2 jah cito hindi baru yg best

Affieza said...

Agree with u...tulis blog lg best kan dari layan cite Hindi yg berjam2 tu...hehe