Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, August 2, 2012

Kisah Puteri Fathini & Puteri Hafizah & Puteri Mandi. (BM entry)

Salam,

Tersebutlah alkisah sahibul hikayat yang tidak berapa lama dulu, (semalam je baru berlaku. hehe)
dua orang puteri teringin membantu ibunya membuat Puteri Mandi. Adapun Puteri Mandi adalah kuih tradisi dari tanah kelahiran ibunya dan kerana itulah ibunya mahu puteri-puterinya tahu akan kewujudan kuih itu.

Adapun kuih itu tidaklah sesukar mana kerana bahan-bahannya hanyalah tepung beras pulut, secubit garam, pewarna (ikut suka), sedikit air suam, kelapa parut, gula secukup rasa. Puteri Fathini & Hafizah suka akan proses mencampurkan pewarna dan sedikit garam ke dalam tepung sebelum memasukkan air suam sehingga boleh dibentuk. Proses yang seakan-akan bermain dengan "playdough" amat digemari dan agak lama masa yang diambil untuk membentuk Puteri Mandi.

Ibunya menyediakan air rebusan gula yang diletakkan daun pandan dan kemudian dicampurkan dengan kelapa parut sebagai air mandian si Puteri2 Mandi. Apabila siap dibentukkan, kesemua puteri bersiram di dalam air yang telah mengelegak. Siraman selesai apabila puteri-puteri timbul dipermukaan.

Puteri-puteri akan masuk ke dalam air rebusan gula yang telah bercampur kelapa parut untuk proses terakhir.

Inilah hasil Puteri Mandi dari Puteri Fathini & Puteri Hafizah:



13 comments:

Lizan said...

waaaaaaaaa...comelnya.....warna warni puteri mandi.... tak pernah terpikir pun nak letak kaler.. asyik kaler putih melepak dari dulu sampai sekarang..hihi

Izwa Kamaruddin said...

biruuuu???

Eliss said...

striking betul kaler dia. x der jual kat tempat lain ni :)

pB said...

sokmonyo kaler hija .... kan ?

ICA said...

Wooooow nampak soo yummy. I know it must be fun for the girls to help out in the kitchen kan... Untung ada girls...hehe.

transformed housewife said...

kak Ijan: Nur kan suka buat warna warni. hehe

transformed housewife said...

Mrs Eady: aah. heheheh

transformed housewife said...

Eliss: mmg takde jualnyer. Tu je pewarna yg ada dlm stok. kIra bubuh je.

transformed housewife said...

PB: memey. ade jugok napok ore buat warno warni.

transformed housewife said...

Ica: I guess that's why Allah gives us 3 girls. :D

SJNathaniel said...

cute la kak..but why putri tak pink or purple..?

hihi..apa2 pun,usaha mereka itu yg buat kita bangga..

yatie chomeyl said...

nant tuan puteri ber2 tulng buat ko cik ti retep deh

Izan Ishak said...

alolo... cantiknya kaler puteri mandi hasil tgn puteri2 kak nur ni...