Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, October 21, 2010

Berbicara pasal hati- "REFORMAT HATIMU DALAM 354 HARI" (BM Entry)

Salam,

Anda suka ikut kata hati? Mahu jadi baik hati? Tetapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik hati dan menjaga hati? Hati selalu resah gelisah? Atau senang sangat makan hati/membawa hati yg lara? Yg paling penting, bagaimana anda menjaga hati yg sebenarnya pokok pangkal perbuatan anda?


Rasanya semua persoalan di atas akan dapat terjawab sekiranya anda mendapatkan buku "Reformat Hatimu Dalam 354 Hari" hasil nukilan Ustaz Norudin Draman @ Ustaz Cahaya. Sebenarnya saya telah menerima senaskhah buku istimewa ini setelah membeli secara terus buku ini dari Ustaz Cahaya pada bln lps. Hanya beberapa hari , saya berkesempatan menghabiskan/khatam dari membaca buku tersebut.

Berikut adalah rumusan saya secara ringkas mengenai buku ini:
  • ada beberapa kisah dan cerita teladan yg boleh dijadikan contoh untuk kita dalam menangani persoalan2 rumit yg kita hadapi dlm kehidupan seharian.
  • huraian dan perumpamaan2 yg menarik yg membuatkan kita berfikir panjang.
  • secara asasnya, bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita mendidik hati supaya sentiasa beribadah dan mengamalkan suruhan2 Allah. (sbb itulah tajuknya "354 hari")
  • huraian2 lain beserta dengan contoh2 yg mudah membuatkan pembaca akan tertarik untuk meneruskan pembacaan sehingga ke muka terakhir.
Sebenarnya ada macam2 lagi yg menarik dlm buku ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah beli sendiri buku ini dan baca. Nak kenal Ustaz Cahaya ni boleh ke laman blognya di http://ustazcahaya.blogspot.com.

12 comments:

Hamizah said...

cam best je..
nanti boleh beli.pandai promoternya..

Syida said...

selalu reformat pc je, tak pernah terfikir nak reformat hati....bagus ni kak!

Nia said...

eh,..menarik ni kak nur. thanks for sharing ya. nanti saya terjah.

transformed housewife said...

Hamizah- tolong promosi secara percuma je ni.

transformed housewife said...

Syida- beli dan bacalah sbb tk rugi.

transformed housewife said...

Ini buku sulung Ustaz Norudin- penulis kat MBP tu Nia.

Unknown said...

reformat hati... Insya Allah, nanti ade ruang nak cari lah di kedai buku..

UstazCahaya said...

Salam Kak Nur.

Terima kasih review buku ni. Menarik ulasannya.

Dah lama saya berhenti menulis di MBP. Rasa rindu pula. Tapi, itulah antara pengorbanan untuk memberi perhatian kepada proses menulis buku ini dulu.

transformed housewife said...

Kyong- cubalah cari nanti dan baca.

transformed housewife said...

Ustaz- knur nak cuba2 menulis ulasan mengenai sesuatu produk. mana tahu ada rezeki nanti boleh tulis review yg dibayar pula.

UstazCahaya said...

boleh kak nur. Kak Nur english tip top.. Untuk permulaan, cuba kak nur tengok2 dulu payutoblog.com

UstazCahaya said...

and ebay.. lupa pulak. Ebay tu yang paling senang. USD5 per review. Tapi, saya lama dah tinggalkan dunia review ni Kak Nur..