Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, July 17, 2011

Menyesal tengok cerekarama "Ziarah" mlm smlm. (BM Entry)

Salam,

Sy sudah terlalu jarang tengok cerita2 Melayu. Bukan tak minat atau tak menyokong cerita2 drama Melayu tapi banyak drama Melayu yang masih tak berkualiti. Jalan cerita selalunya boleh diteka dan penyudahan yang mmg menyakitkan jiwa. Kalau takde orang mati, ada penyakit kritikal atau kemalangan, macam tak sah je. Kadang2 jln cerita mula2 dah cantik tapi bila sampai kat klimak, mulalah mengarut2.

Cerita "Ziarah" smlm yang berkisar pada seorang ayah yang menziarah anak2 di Kuala Lumpur selepas kematian isterinya. Anak2 nya sudah lama tidak pulang ke kampung melawat si ayah. Anak2nya yang banyak merahsiakan beberapa perkara sebenar dari si ayah, mula menggelabah dengan kedatangan si ayah. Bila si ayah mengetahui rahsia2 anak2nya, si ayah mula sedar kesilapannya selama ini yang hanya menyerahkan semua urusan mendidik dan mengambil tahu urusan anak2 ada si isteri semata2.

Saya suka dengan jln cerita yang ada  dan juga ada pengajaran di sebalik cerita tu. Cuma bila pengakhirannya, si ayah meninggal dunia di stesen keretapi apabila pulang ke kampung, saya rasa macam sya dan membazirkan masa 2 jam untuk menonton drama tersebut. Kenapalah tak tamatkan cerita dengan cara lain seperti si ayah meneruskan hidup dengan lebih tenang apabila sudah mengetahu keadaan sebenar tentang anak2nya?

11 comments:

mummy_ayu said...

Ayu pun tertengok...pun sama..tak puas hati bab ending tu...

mila.ibunajihah said...

sy tengok skit2 je citer tu smlm sbb ada tetamu menziarah. agak pelik jg tengok anak2 dia kalut bila ayah dtg lawat. apa pun, mmg betul ckp k.nur, bukan tak ada..tp sgt sedikit cerita melayu yg betul2 berkualiti untuk di puji.

SJNathaniel said...

ending nya mcm si ayah mati sbb tertekan dan terlalu sedih dgn rahsia anak2..agak sedih juga kan..

Wan Anie said...

Memang byk citer macam tu, tu yg saya pun kurang tengok citer/drama... so far nur kadih jer yg best tapi Nur Kasih the movie still juga saya x puas hati dengan pengakhirannya... haha

sib baik tak tgk cerekarama tu....

Pija Madzlan said...

Saya tak tengok...sbb tertidur awal malam tu...huhuhu

yatie chomeyl said...

cito melayu sokmo suko sad ending huhu

puanbee said...

memang byk cerita melayu nih tergantung , kadang2 .. bila dah habis rancangan tu .. kita mesti akn ckp..lor itu je ? haa tu tandanya cerita tergantung lah tu

transformed housewife said...

Ayu: tulah. syg je jln cerita dah ok mula2.

Mila: banyak yg tulis skrip cincai2 je. tu yg tak bagus tu.

Sati: mcm depressing ending tu.

Pijah: tak rugi pun tak tengok.

Tie: meme pong. sakit jiwo jah tengok.

Puan Bee: aah. malas sgt diaorg nak tamatkan cerita elok2 sikit.

Syida said...

tengah training aqid tido cepat, tak bole tgk cite tu.

Unknown said...

yg ni tak sempat tgk..

banyak sgt drama nya yg ending @ klimaks mcm 'menghukum' ... nanti nak g skodeng , kot ade2 yg dload link utk tele ni..

Lizan said...

kak ijan pun tak suka tengok citer yang ending dia ntah hapa2...rasa macam buang masa kan..