Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Wednesday, February 10, 2010

Dialek Kelate vs B.Malaysia (BM entry)

Salam semua,
            Sebenarnya dah lama saya teringin nak berkongsi cerita lawak2 yg diperolehi dr ahli keluarga dan kwn2. Lawak2 ni terjadi oleh akibat salah faham apabila satu pihak menggunakan perkataan di dlm dailek Kelate dan satu pihak lg kurang mahir/ tak faham lansung dialek Kelate.

            Kalau ada yg pernah terdengar cerita2 lawak ini, bolehla komen dan beritahu sy cerita mana yg anda pernah dengar. Kalau nak pilih mana cerita yg paling lawak pun boleh. Cuma sy tak de hadiah la nak bg. hehe. Tengokla mungkin sblm balik Msia, sy nak buat satu contest.

Cerita Pertama:


Ada sekumpulan anak2 muda yg kesemuanya berasal dr Kelantan sedang menunggu di meja untuk memesan makanan mereka.Mereka memilih untuk makan di sebuah restoran mamak di Selangor.


Pelayan A: Mau makan apa? Minum apa?

Mamat: Aku nok roti cana' & teh tarik.

Dollah: Roti telur satu & milo.

Pok Jie: Roti sardin & teh tarik.

Mat Din: Ambo tok se' make tapi nok teh tarik.(tak mahu makan)


Setelah selesai mengambil pesanan, pelayan tersebut beredar ke dapur. Apabila makanan siap, pelayan tersebut kembali ke meja mereka dan meletakkan makanan & minuman yg telah dipesan.


Mat Din: Eh! Bilo pulok aku nok "Tosei"?( Bila pulak aku nak tosei)

Pelayan A: Tadi order satu Tosei? 

Mamat, Pok Jie dan Dollah dah mula terbahak2 bila menyedari silap faham yg berlaku.

Mamat: Tulah. Sapo suruh mung royak "Tok Se". Make jahla "tosei" tu. Buke mahal pung. hahahah. (Siapa suruh kau cakap "tak mahu". Makan sajalah tosei tu. Bukan mahal pun.)


Cerita kedua:

Tok Loh ni pernah jd ketua kampung. Apa2 masalah anak2 buah dia, dia mmg ambil berat. Satu hari, ada seorang anak buat yg meminta Tok Loh menelefon Doktor Haiwan kerana haiwan ternakannya sakit.


Tok Loh: Hallo. Ni klinik Nate ko? Bulih ambo kecek dgn Doktor Nate?( Ni klinik Haiwan ke?Boleh   saya bercakap dgn Doktor Haiwan?) 

Cik Minah: Hallo. Pakcik boleh cakap elok2 tak. Tak patut panggil "Nate" pd doktor.
Tok Loh: Doh oghe kelate tok panggil "Nate" tu "Haiwe". Not wat ghano. (Dah org Kelantam tak panggil "binatang" tu "Haiwan". Nak buat mcmmana.

Cik Minah: Baiklah. Kenapa pakcik telefon?

Tok Loh: Royak ko Doktor, suruh maghi ko pdg sebeloh sekoloh Kg. Ru Pjg sbb ado lembu sakit.(Cakap pd Doktor, suruh dia ke pdg sekolah Kg. Ru Pjg sbb ada lembu sakit).


Cik Minah: Baiklah.


Cerita ketiga:

Mama: Iffah! Mama letihla lagu ni! (mama letihla mcm ni)

Iffah: Kenapa mama?

Mama: Tengoklah nih. Mama "tok cekak"(tak larat) nok kemas baju2 dlm bakul ni.

Iffah: Nak "Check-up" apa pulak mama? (anaknya kebingungan)

Mama: Ish....budak ni. Tulah mama nak ajar dialek kelantan tak nak belajar. Bila mama  guna perkataan lain sikit, mulalah tak faham. "Tok cekak" tu maksudnya "tak larat".

Iffah: hehehe. Takpe2. Nanti Iffah susun balik. (muka dah merah sbb malu.)


Cerita keempat:


Isteri: Bakpo Abe buat lagu ni?

Suami: Lagu apa pulak ni. Lagu pop, rock, asli atau keroncong? (sambil terseyum sumbing)

Isteri: Ish...............Org cakap: Kenapa Abg buat mcm ni? 

Suami: Oooooo. Tapi org mana pulak?

Isteri: Benci lah. Malas nak layan Abg.

Suami: Alah merajuk pulak. Saje Abg buat "lagu" lawak bodoh utk "org" abg. hehehe.



Ok. Macammana? Ada unsur2 lawak tak? Saya tak berapa mahir sebenarnya nak menulis pasal benda2 kelakar ni. Kalau tak faham lawak2 tu, buat2lah faham ye. :P. Kalau nak tanya apa maksudnya lawak tu pd kwn2 org Kelantan pun boleh. Atau boleh tanya sy kat kotak komen.

13 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

hahaha.kelakar2.

Lagi satu aku nak tambah

Pemuda (Johor) datang melawat bakal isteri (kelantan)

Bakal bapak mertua mempersilakan dia masuk rumah sambil berkata "Silake Silake" tapi pemuda tu dengar, selekeh selekeh! dia ingat pak cik tu kata dia selekeh tapi bila kawen baru tahu yang pakcik tu sebut silakan instead of selekeh.sebab malu nak tanya dulu!

based on real story!-friend of mine

paij188 said...

to me it's funny! i am not a kelantanese, lagilah horror klu jumpe org kelantan, definitely tak faham ape! hahahah! good one sis! :)

Pak Man laksam said...

Pak Man ada satu cerita,
Pak Man order "teh 'o' ais lima(limau)......
lepas tu pelayan tu bawak 'teh 'o' ais 5 gelas.....hahahaha...tok leh ingat ...nok ssuko.

UstazCahaya said...

Salam ziarah, Kak Nuradyani.

Hehe. Lucu cerita tu. we want more;-) Nanti saya pun nak siarkan lah cerita2 lucu dalam dialek sarawak, brunei dan melanau.

e.l.i.s.s.m.i.e:

Cerita real tu? haha, memang kelakar;D

ajnie's said...

he he he cerita pertama biasa dgr tp yg lain x pnah dgr. tp mmg lawak citer pertama tu...sy mmg org kelate...tp tinggal di KL...blk kg jer ckp kelate sbb hubby org KL. dia x reti ckp kelantan..klu ckp jd mcm siam...

temp. housewife said...

Eliss,
ur version pun kelakar.

temp. housewife said...

fairus,
ada yg cerita kat atas tu cerita benar between me, hubby and my daughter. hehe

temp. housewife said...

Pak Man,
Habih ko minum 5 gelas teh o ais lima' tu?

temp. housewife said...

ustaz,
nanti tulis la. boleh org lain belajar sikit2 dialek Srawak, Melanau dan Brunei.

temp. housewife said...

Ajnie,
my hubby org Selangor. Dia pun kalau balik Kelate, tok pehe sgt lg2 kalu oghe2 tuo hok kecek.

Nadiah Sidek said...

hahaha! tq kak nur menceriakan pagi nadiah. nadiah takde mslh fhm dialek kelate (err..tapi nak menyebutnya payah skit) sbb kat usm ramai kwn dr kelantan (dpt suami pun ore kelate..ehe) tapi mmg kesian kat kwn2 yg tak fhm langsung dialek kelate..hehe..

mother of two said...

sy pun tak faham mula2 tapi dah lama menikah ngan org kelantan baru paham..tapi kena ckp slow2lah kalau laju2 confirm main anguk kepala ajer..then baru tanya hubby menda makna dia...:)

temp. housewife said...

Shiela,
Sebenarnya sy pun kalau org2 tua guna perkataan yg klasik sgt, sy tak berapa faham sbb kalau kat rumah pun our parents use dialek kelantan yg tak pekat dan sometimes English.