Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, March 4, 2010

Insiden berkongsi aiskrim (BM entry)

Salam,

1March 2010       
@11.30
         Fathini dan Hafizah yg baru selesai menukar pakaian slps puas bermain air di dlm kolam di Waterworld Te Rapa meminta supaya dibelikan aiskrim. Ibu mereka tidak keberatan memenuhi  permintaan mereka. Jadi Puan N. pun menuju ke cafe yg berada di dlm bangunan utama. Dia membelikan 3 aiskrim di dlm kon; satu utk Fathini, satu utk Hafizah dan satu lg utk dia sendiri. Apabila Puan N. memberikan aiskrim kpd Fathini dan Hafizah, dua org kanak2 minah saleh dtg. Seorg bernama Madeline(bukan nama sebenar) dan seorang lg Bella (bukan nama sebenar). Madeline dan Bella nampak berminat utk mencuba aiskrim juga. Puan N. menyuruh mereka memberitahu ibu2 mereka tapi mereka berdua tidak berganjak dr situ. Oleh kerana kesiankan mereka, Puan N. dgn baik hatinya memberikan mereka aiskrim yg Puan N. belikan utk dirinya sendiri. Madeline dan Bella apalagi, mmg seronok sungguh. Puan N. merasa agak gelisah kerana dia merasakan tindakannya tidak betul. Sangkaan Puan N. mmg betul apabila ibu kpd Madeline tiba2 dtg dan kelihatan agak marah. Puan N. yg sememangnya rasa bersalah telah meminta maaf kpd ibu Madeline. Tapi ibunya 
yg bernama K. seakan tidak dpt menerima ucapan maaf dr Puan N. malah berkata kpd anaknya Madeline "Kenapa berkongsi aiskrim? Kamu tak tahu yg mungkin kamu akan dpt jangkitan kuman!". Puan N. yg mulanya rasa bersalah skrg merasa panas telinga dan hati bila mendengar kata2 dr Puan K. Puan K. dan anak2nya (Madeline ada sorg adik Z.) segera bergegas meninggalkan tempat tersebut.Lain pula reaksi dr ibu Bella, Puan A. Puan A. mengucapkan terima kasih dan tidak kisah apabila anaknya berkongsi aiskrim. Puan A. juga menyuruh anaknya Bella spy mengucapkan terima kasih juga. 


           Insiden di atas adalah kisah benar yg berlaku pd hr Isnin lps. Puan N. itu saya dan insiden tersebut menyebabkan sy panas hati seharian. Minah saleh Puan K. tu mmg jenis yg tidak berapa disukai ramai di playcentre kami. Sblm ini ada insiden2 lain yg melibatkan Puan K. dgn ahli2 lain. Puan K. ni jenis "free thinker" (org tak de agama). Dia lebih suka berpegang kpd cara hidup yg sihat contohnya melalui pemakanan yg sihat. Memang bagus tetapi kalau dah melampau sgt sampaikan apa yg kami bawa utk anak2 kami ke pc tu pun dia nak kontrol, itu yg membuatkan ahli2 lain marah. Sy mmg tak pernah ada apa2 insiden dgn dia sehinggalah insiden berkongsi aiskrim Isnin lps. Yg paling sy nak marah, bila dia cakap "nanti takut ada jangkitan kuman!". Anak2 sy setakat ini tak pernah
lg bawa penyakit ke playcentre tu. Lps tu yg betul2 berkongsi aiskrimnya anak org lain. Dahla
kita dgn baik hati bg aiskrim percuma je utk anak dia, dia boleh bg pandangan sinis kat kita.
Sy dah panas hati sgt dah skrg sbb sy anggap itu satu pengajaran utk sy. Cuma sy kesiankan
anak2 dia yg dikawal secara melampau oleh Puan K. tu. Anak dia Madeline tu sempat cakap yg
"Sy takkan bgtahu mak pasal ni". Nampak sgt yg itu bukan kali pertama anak dia buat begitu.

Habis dah luahan rasa tak puas hati kali ini. Sebenarnya ini kali pertama luahan perasaan
"panas hati" di sini. Harap2 sesiapa yg baca tak boring ye. Sy memilih utk menulis dlm BM
sbb kalau tulis BI kan tak pasal2 ada member2 Puan K. tu baca dan sampaikan pdnya. Yelah
mana tahu kan sbb NZ ni pun bukan ramai sgt rakyat dia.

Jom tengok gambar2 Tini dan Fizah mkn aiskrim hr Isnin tu. Gambar2 Madeline dgn Bella
tu mula2 ada tapi sy dah padamkan dr kamera sbb takut sy rasa panas hati tengok gambar2 tu.


9 comments:

K.Asna said...

Jiran yg setentang dengan rumah akak pun teruk jugak (bukan yg sebelah tu)...hari tu kwn2 kami datang & pusing kereta kat depan rumah dia sbb kws rumah kami kecik & byk kereta...dia keluar & kata this is the public area...lps tu kalau ada kwn2 ktaorg dtg dia mesti mengintai je kat pintu rumah dia takut org pusing kereta kat situ

yatie chomeyl said...

semula2 bo beli eskrem ko anok dio...biar dio beli sendiri

AJ said...

sedapnya aiskrim..minta skit...

Unknown said...

amboi, health concious sgt ya si Puan K tu ya..sabarlah kak nur, niat akak tu dah cukup baik kan tapi org plak salah faham..manusia ni mcm2 fe'el kan..jgn2 Puan K tu ada OCD(obsessive compulsive disorder) kut, hehe..

ummiluqman@azma said...

sabar je la dgn puan K ni, kalau berterima kasih apa salahnya, dan mmg sakit hati sbb dia mention pasal jangkitan kuman la pula.. adakah dia doktor??

Nadiah Sidek said...

sabar je la kak. manusia..mcm tu la. mcm2 ragamnya

transformed housewife said...

K.Asna: nasib baik kat depan rumah kami banyak sikit parking. tapi kalau jiran mcm tu pun pening kepala juga kan.

Ti: meme knur tok se bui gapo doh ko anok2 dio.

Sirna: entahla. tapi mmg dia melampau2 jaga pasal pemakanan ni.

C'Ma: bukan doktor pun. cikgu sekolah menengah tapi
jenis greenies yg melampau.

Nadiah: tula. kena pulak minah saleh kan. bukan kita nak racist tapi dah di abuat mcm tu kat kita.

#cdmHA said...

ish2... mcm perangai org nie kan... saya kurang berbual dengan jiran2, sebab saya byk masa kat rumah, melayan anak2 kecik... hehe.. nti dah tmbah sorang lg, lg la tak kluar rumah langsung gak ye, kecuali gi kerja.. :D

transformed housewife said...

tulah umi. akk kalau boleh tak nak cari pasal dgn org pun tapi dah benda nak jadi kan.