Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, March 12, 2010

Keputusan SPM 2009: Tahniah untuk adik2 dan guru2 semua lebih2 lagi untuk rakan2 saya.(Bm entry)

 Salam,

Dalam entri kali ini saya hanya ingin mengucapkan tahniah untuk adik2 yg mendapat keputusan yg baik dan cemerlang dlm SPM 2009. Tahniah juga untuk guru2 mereka semua. Bila saya buka "mukabuku" (FB) hari ni, saya nampak rakan2 TESL yg bertugas sbg guru Bahasa Inggeris menulis ucapan tahniah di ruangan status mereka untuk pelajar2 mereka. Saya hanya mampu tumpang berbangga dgn kejayaan mereka. Saya yg hanya sempat merasa bertugas sebagai guru sekolah sewaktu di tahun kedua akhir pengajian, memang tidak dapat betul2 merasa bagaimana gembiranya seorang guru apabila anak2 didiknya berjaya. Yelah, dia sudah bertungkus lumus membantu anak2 didiknya sebelum itu. Guru2 juga setiap tahun akan merasa berdebar apabila keputusan akan diumumkan.

Arwah ma saya juga seorang guru sekolah yg pernah mengajar Sains dan Matematik berbelas2 thn dan lebih kurang 10 thn sblm akhir hayatnya, mengajar subjek Bahasa Inggeris. Saya membesar dengan melihat bagaimana seorang guru yg sentiasa memikirkan anak2 didiknya. Yg peliknya arwah ma selalu mengakui yg dia agak kurang sabar jika cuba mengajar anak2 sendiri. Tetapi kalau mengajar anak2 didiknya, dia akan lebih bersabar.

Pengalaman saya sendiri sewaktu mengambil keputusan SPM (sy ambil thn 1995)? Hmmm saya hanya menelefon ke sekolah untuk mengetahui keputusan saya. Kenapa? Saya bersekolah di SMSAH (atau nama popular Jenan) dan waktu itu saya tinggal di Bukit Mertajam. Jadi oleh kerana waktu itu agak susah untuk saya pergi sendiri ke sekolah, saya hanya guna telefon saja. Keputusannya? Taklah cermerlang cuma bolehla dan sebenarnya saya dapa mengagak. Arwah ma agak kecewa dan saya merasa bersalah kerana tidak berusaha bersungguh2. Abah saya pula bersikap positif dan menyuruh saya fokus pada matapelajaran yg mana keputusannya agak tinggi. Dan sememangnya saya cenderung lebih ke arah bahasa dan saya mencapai keputusan yg baik dlm matapelajaran Bahasa Inggeris. Sebab itulah abah saya menyuruh saya meneruskan pelajaran dlm TESL.

Ada satu pesanan untuk adik2 yg baru mendapat keputusan SPM, baik yg cemerlang, sederhana atau
mungkin kurang baik. SPM bukanlah penentu kejayaan masa depan kerana jika adik2 sudah berpuas hati dgn SPM sahaja, apabila adik2 masuk ke peringkat universiti, adik2 akan mengalami kejutan budaya. Kenapa? Apabil adi peringkat universiti, adik2 perlu berusaha sendiri jika mahu mendapat keputusan cemerlang. Pensyarah2 semua hanya dapat memberi panduan tetapi yg lain2nya terserah pada adik2 sendiri. Untuk yang kurang berjaya, adik2 boleh mencari peluang2 belajar dlm bidang lain kerana untuk berjaya bukan sahaja dalam budang akademik. Ada banyak lagi bidang2 lain seperti bidang2 kemahiran yg memerlukan tenaga adik2 semua.

Ok, rasanya dah panjang lebar sangat ni. Tahun depan saya pula akan tumpang berdebar untuk adik bongsu lelaki yg akan menduduki SPM tahun ini. Harap2 adik saya akan berusaha bersungguh2.

14 comments:

Diyana said...

oic,arwah mak akak cikgu jg ye?sy ni pun, darah pendidik jg yg mengalir dlm darah ni..;)[ayah pencen thn dpn,skrg di jpn kedah].analisis spm 2009, lbh krg 400 org mndpt A+ bg semua subjek dan lbh krg 7000 org mndpt kombinasi A+,A ,A- bg semua subjek.huhu.sungguh cemerlang budak2 zaman skrg ni. klu zaman kite dl kan, stkt 7-8 A dah bley apply medic. hmm, tp bebudak skrg ni,kene bersaing sungguh2 utk mendapat tempat trbaik..mcmana la zaman anak2 kita nnti kan?hmm

*analisis utk kedah:Jenan ranking no 3 utk result spm 2009,no 1 sek berintegrasi kbg pasu, no 2 smk asma..;)

Diyana said...

akak asal dr bkt mertajam ek?kat mn kak?saye skrg tnggal dkt bkt mertajam jg le,tp taman saya btul2 di sempadan dkt ngan kulim,tmn macang manis..;)

UstazCahaya said...

Salam Kak Nuradyani.

Oh akak ada TESL ek? Saya setuju dengan pesanan akak di bawah entry ni..

Izan@mamaAdam said...

masa first baca blog nur dulu, memang kak ijan dapat rasa nur ni memang budak pandai, entry nur pun semuanya bermutu..kdg2 segan lak sbb kak ijan tak pandai wat karangan bermutu cam nur..boleh cikgu nur ajarkan...hiks hiks.. (ni bukan perli taw...)

transformed housewife said...

Diyana,
Bagus jugak budak2 Jenan yg ambik SPM thn lps ye. Akk pun dok tertanya2 juga result SPM Jenan. thanks for the info.

transformed housewife said...

opps lupa nak cakap kat Diyana. Akk bukan asal Bukit Mertajam tapi keluarga pernah tinggal disitu dr thn 1995-1997.
dulu abah akk selalu pindah2 kerja. Akk ore kelate.

transformed housewife said...

K.Ijan,
jgnla segan2. Nur takde ler pandai mana.
K.Ijan tulis cara K.Ijan. Nur yg dah biasa tulis cara skema sikit sbb dah biasa tulis mcm tu masa belajar dulu dgn abah selalu ajar anak2 dia spy tak campur2kan bhs atau tulis bhs rojak. Jd mmg dah terbiasa.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Amiable post and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.

ummiluqman@azma said...

jenan no 3.. alhamdulillah..betul spm bukan penentu segala.. perjalanan masih jauh kan.. nur misti tengah menghitung hari nak balik, keep in touch ok..insyaAllah nanti bole la kita berjumpa

Nia said...

TESL? hoh..sama mcm adik i tgh buat..alamak, ni yg takut nak bagi komen english ni, segan le kalau byk salah..hehe.

transformed housewife said...

C'Ma: insyallah. boleh kita jumpa bila C'Ma balik bercuti ;)

transformed housewife said...

Nia,
eh jgnla mcm tu, my grammar pun kdg2 tersilap esp. kalau taip nak cepat2 sgt.
:D

yushida03 said...

salam.

i posted a link to your entry in my blog.. TQ.