Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, August 24, 2010

Kes rumah meletup, mercun dan bunga api. (BM entry)

Salam,
 Rasanya ramai yg dah baca suratkhabar smlm mengenai sebuah rumah yg menyimpan stok mercun dan bunga api meletup dan menyebabkan seorang kanak2 berumur 6 thn meninggal dan dua org lg cedera parah. Setakat ni, ini kes pertama yg melibatkan mercun dan bunga api thn ni. Setiap thn , masih ada kes2 putus jari atau cedera akibat bermain mercun buatan sendiri. Walaupun  dah diharamkan, ramai lg yg sanggup cari stok mercun dan bunga api di negara2 jiran seperti Thailand atau hingga di China. Selalunya mangsa2 yg putus jari, cedera parah atau meninggal adalah orang2 Melayu kita. Sedih kan bila baca kes2 sebegini terutama bila ia melibatkan kanak2 yg masih bersekolah. Kalau dah putus jari atau hilang jari, tak pasal2 dah hilang nikmat sempurna anggota badan.

Kami waktu kecil2 dulu pun ada main mercun dan bunga api. Mmg kami dpt stok dan bekalan yg banyak dr negara jiran, Thailand. Maklumla dah duduk di Tumpat, Kelantan yg dah dekat2 sempadan ke Siam tu. Cuma ahamdulillah tak pernah pula kami adik beradik cedera bila bermain mercun dan bunga api. Mungkin sbb kami tak berani dan tak memandai2 mereka mercun sendiri menggunakan serbuk Carbide dan mengisikannya dlm paip besi spy ia boleh meletup dgn lebih kuat. (SILA JGN LAKUKAN INI DI RUMAH YE :P) Bab2 lawan dgn budak2 kampung sebelah tu, biasalah. Tiap2 mlm lps Terawih, mesti ada bedilan2 dan das2 tembakan mercun  kedengaran. Saya pun sama2 juga menyertai adik2 lelaki saya. (Sbbnya adik2 lelaki ada 5 org!). Pakcik bongsu saya je yg pernah cedera (tapi tak parah pun) akibat mercun meletup di tgnnya. Kelakar juga masa tu sbb dia masuk rumah meraung2 minta tolong. "Aduh, tolonglah. Sakit ni", itu yg pakcik sy raungkan. Arwah Tok mmg garang, dia tak kesiankan pun malah suruh pakcik saya pergi sambung main sbb kalau dilarang pun mesti pakcik sy tak dengar. Suami saya pula ada bekas berparut di lengannya akibat dicucuh dgn bunga api sewaktu dia bermain2 bunga api dgn adik2nya. 

Skrg ni, semua tu tingga kenangan jelah. Kalau boleh saya tak nak pun anak2 saya main bunga api sbb sebenarnya tak de faedahnya dan hanya membazirkan duit je. Saya pun tak faham dan tak tahu (mungkin kena kaji ni) dari mana asalnya budaya main bunga api di bulan Ramadhan dan di mlm raya ni. Ada yg tahu ke asal-usulnya? Pengalaman anda pula bagaimana? Ada yg pernah tercedera bila main bunga api atau mercun?

14 comments:

Fid said...

saya mmg tak boleh kompromi dgn mercun

Ummi Hanie said...

kak nur..

hanie pun teringat zmn kanak2 dulu sll main bunga api..ala cap kucing tu jer...mercun2 xreti main,takut..abang2 main le,kite tgk je..tp bukan la jenis yg merbahaya tu..

owh i missed that time !

transformed housewife said...

mercun terlalu berisiko tinggi kan Fid.

Hanie- samalah kita. knur main bunga api je dulu2. mercun2 tu adik2 lelaki yg main.

yushida03 said...

bunga api cap kucing... hahahaa nostalgia betul.. ada yg stail tembak2 kaler biru merah hijau semua ada.. bunga api gasing.. bedil ayam, bedil kkatok (katak), bedil ttupat (ketupat- hak ni yg bising ni.. dulu dapat stok rm3/100, mana nk cari..)

yatie chomeyl said...

buke la..ayoh cik tepik gini.."adoooooilaaaaaaaa...adoiilaaaaaaaaaaaaaaaa...." hahahhaa lucu2x

Diyana said...

budaya mercun ni budaya cina.tapi org cina bakar mercun sbb konon nak kasik hantu2 takut bunyi mercun tu.tapi kita?saja2la kan..nak meriahkan hari beraya tu. dan saban tahun yg kaya tetap cina jual mercun.yang putus2 tangan,jari..anak melayu kita.hmm

transformed housewife said...

bila yushida sebut nama2 mercun tu baru teringat nama2 'bedil' tu. hehehe

meme lucu Tie sbb tu knur ingat sampai loni cumo tok ingat gapo hok dio kato tu jah.

betul tu Diyana. yg kaya tokey Cina yg jual, yg putus jari anak2 melayu kita.

Nia said...

hisyk,..sejak kecik takut dgn mercun ni..huhu

isabelle said...

main bunga api/mercun tu ada la...tapi xde la smpi terbakar rumah bagai.

transformed housewife said...

oh Nia takut ke. Knur pun taklah berani sgt tapi dah adik2 ajak. hehehe.

tulah Belle. yg meletup tu sbb dia simpan stok mercun banyak2 dlm rumah tu.

Anonymous said...

kita masa kecik2 tak pernah main bunga api pun, mercun tu apalah lagikan...
dah masuk sekolah menengah baru pandai beli bunga api kat depan pantai timur kota bharu... skolah di Maahad Muhammadi Perempuan tu jah

transformed housewife said...

ooo skoloh di maahad dulu.

Wan Anie said...

saya dulu pun selalu gak main mercun yg biasa2 tu jer... bunga api tu toksay kata lar

transformed housewife said...

Anie pun main jugok dulu deh.