Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan kali ini............(BM entry)

Salam semua,

Sepertimana yg lain, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua. Semoga ibadah puasa dan ibadah2 lain kita di bulan mulia ini akan diberkati Allah. Ramadhan kali ini, saya berpeluang menyambutnya di tanahair tercinta  selepas hampir 4 thn meyambutnya di New Zealand. Cuma suami tercinta pula yg skrg ini bertungkus lumus menyiapkan kerja2 makmal dan kemudian tesis phd di NZ. Perasaan mmg agak sayu juga bila berjauhan di bulan mulia ni tapi inilah salah satu pengorbanan yg perlu kami lakukan.

Sebenarnya sepanjang perkahwinan kami, kami sudah biasa terpaksa berjauhan dek kerana tugas. Tahun pertama sehingga tahun kedua, kami hanya dapat sama2 berpuasa dan berbuka di hjg minggu. Thn ketiga, alhamdulillah kami dpt berpuasa, smbhyg terawih bersama2. Thn keempat hingga keenam, kami berada di NZ. Dan thn ini adalah thn ketujuh, kami berpisah lg buat sementara. Saya hanya dapat berharap suami saya akan dapat segera menyiapkan tugasannya dan pulang ke pangkuan kami.

Saya rasa saya tak pernah berkongsi pengalaman berpuasa di NZ kan. Jd, mungkin di entri lain saya akan cuba menulis pengalaman2 saya sewaktu berpuasa di sana. Kalau diikutkan, mmglah suasana tu berlainan kerana hanya umat Islam yg boleh dikatakan golongan minoriti sahaja di sana yg berpuasa. Bazaar Ramadhan pun tak de ye. Semua mknan perlu dimasak sendiri tapi kami terutama org2 Malaysia, ada juga bertukar2 juadah dan setiap hjg minggu berpakat utk mengadakan majlis berbuka puasa di rumah2 yg berlainan.

Rasanya saya perlu menyambung cerita tentang berpuasa di NZ pada lain kali. Hafizah dan Fathini pun dah tertidur ni. Saya pun dah mengantuk. Jd, sekali lagi..............SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA.

6 comments:

Ummi Hanie said...

salam ramadhan kak nur...

sabar yea...dugaan sementara tu..
Hanie pun dah merasa berpisah2 sbentar dlm proses suami nk siapkan PhD tu...bukan mudah kan?
dia lagi2lah terasa susahnya...

selamat berpuasa kak !

Nadiah Sidek said...

selamat berpuasa kak nur!

Tepi Sungai Batu said...

Selamat berpuasa........

munira said...

salam ramadhan kareem akak!
selamat kembali berpuasa di malaysia..

transformed housewife said...

Hanie: aah bukan mudah. semoga kali ini suami akk akan berjaya menyudahkan kerja2.

Nadiah: Selamat Berpuasa. Thn pertama berpuasa di US kan?

Pak Man: Selamat Berpuasa.

Munira: Salam ramadhan.

yatie chomeyl said...

nti kelik buka posa dgn adik2, mesti best