Salam,
Fathini sejak pertengahan Ogos ni, selalu bertanyakan soalan "Apa makna merdeka, Mama?". Di tadika Fathini, cikgu2 menyuruh semua kanak2 mewarnakan Jalur Gemilang dan menghiaskan tadika mereka dgn Jalur Gemilang dan lukisan 2 mereka. Setiap pagi juga, mereka perlu menyanyikan 'Negaraku'
Malangnya Fathini masih tak ingat lirik lagu Negaraku. Oh ye, berbalik pada soalan cepu emas
bukan perak Fathini tadi, jawapan yg saya berikan adalah jawapan biasa iaitu "Merdeka ertinya kita bebas dari penjajahan". Masalahnya, Fathini adalah seorang kanak2 berusia 5 tahun yg suka berfikir. Jadinya dia terus bertanyakan beberapa soalan lain sampailah saya pun dah tak tahu bagaimana nak menjawab lagi. Bila nak ceritakan tentang sejarah Malaysia, rasanya panjang sangat. Tapi dia nak tahu macam2 dan sepatutnya saya menggalakkan sifat ingin tahu Fathini.
Apa yg saya buat? Kami pun sama2 cari maklumat kat internet, saya bagi dia tengok sikit2 dan baca. Keputusannya, Fathini lagi tak faham sbb banyak maklumat yg berjela2 dan sukar untuk kanak2 semuda Fathini nak faham. Aduh! Pening kepala saya masa tu. (sebenarnya smlm dan hr ni dia tanya lg.). Kalau saya tak bagi jawapan yg dapat memuaskan hatinya, Fathini akan terus bertanya dan bertanya. Oleh kerana itu, saya pun terpaksalah cari maklumat2 lagi untuk cari jawapan terbaik untuk Fathini.
Bila saya rasa sudah cukup maklumat dan juga saya fikir2kan apa jawapan terbaik untuk memberi pemahaman pada Fathini, ini dia jawapan2nya:
- Merdeka tu maknanya bebas dari penjajah (org jahat yg nak merampas negara kita).
- Merdeka dari segi fikiran kita pun ye macam orang2 lain tak boleh nak paksa kita buat apa yg kita tak suka.
- Tapi Tini, walaupun kita merdeka, kita masih lg perlu ikut suruhan agama dan jaga perangai kita. Mama tak nak Tini rasa merdeka, maknanya Tini boleh buat semua yg Tini nak.
- Bila merdeka, kita kena ingat yg kita perlu sayang kat negara kita.
Selepas saya cakap semua tu, Tini akhirnya puas hati. Itu pun rasanya tahun depan dia akan tanya lg dan soalannya mungkin akan lebih susah untuk dijawab. Ada tak anak2 lain yg ingin tahu juga mengenai merdeka? Apa yg anda semua bagitahu?
10 comments:
Semalam hakim pun ada colorkan bendera... tapi dia tidak tanya pun apa makna merdeka, lagu negaraku memang hakim da hafal.
fuh..jenuh nak explain ye?
dulu zmn kita rasanya x pernah lak kita tanya parents kita soalan ni kan?
adyani,
fikri pun ade tanya.. "merdeka tu apa" "merdeka tu bendera ke ibu"...
kakyong akan bagi jawapan yang pelbagai.. yg dia boleh nampak & sesuai dgn umur dia...
merdeka itu -
1. ada acara org kibar bendera
2. ada acara org berkawad/perbarisan..
hahaha.. sgt tidak patriotik jawapan ni.. tp cukupalh utk umur dia..
then bg citer dia pasal askar lama2,,, pasal askar jepun.. tp sbb dia tak leh nak nampak benda tu.. so dia akan keep on asking...
mungkin kat sekolah Hakim, cikgu dia dah cakap sikit2 apa itu merdeka kot.
mmg kita tak pernah tanya parents kita kan pasal merdeka Belle. tapi budak2 zaman skrg suka bertanya mcm2.
tu yg susah nak cerita tu Kyong. Kan masuk bab sejarah negara pjg lebar sgt dan susah pulak dia nak faham.
salam..
sebenarnya memang seronok melayan kerenah anak2 bila
mereka bertanyakan tentang Hari Merdeka..
Lepas xplain, confirm diorang akan tanya lagi dan lagi... =)
betul tu Nur. terpaksaala layan sbb nak galakkan anak2 ada sifat ingin tahu.
bagus nya siap tanya apa makna merdeka! anak-anak sekarang makin cerdik kan. my 2 y.o son tengok TV, tetiba jerit MERDEKA!MERDEKA! hahaha
http://twinkywinkystars.blogspot.com
Fathini sbnarnya tanya "Merdeka tu apa?" tapi sy dah terjemahkan soalan tu sbb dia nak tahu kenapa kita sambut merdeka.
Post a Comment