Salam,
Orang selalu cakap lebih ramai perempuan yang boleh hidup sendirian berbanding lelaki. Lelaki walaupun gagah perkasa, mereka tetap perlukan perempuan dalam hidup mereka. Cerita-cerita mengenai lelaki yang kehilangan isteri, kubur arwah isteri masih merah, mereka dah sibuk cari pengganti. Memang bukan semua lelaki macam tu. Tapi kenyataannya, kebanyakan akan berbuat demikian. Di sekeliling kita pun, kita dah biasa dengar cerita2 begini kan? Alasannya, nak cari orang yang dapat menjaga anak-anak dan juga jaga makan minumnya. Sebelum kawin, janji macam-macam dengan anak-anak. Sudah tentu janji tak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Masalahnya, selepasa berkawin dengan isteri baru, pelbagai masalah timbul. Anak-anak makin dilupakan, Bini baru akan ditatang dengan penuh kasih sayang. Apabila anak-anak makin terpinggir, anak-anak akan buat hal masing-masing. Kalau nasib tak berapa baik, kalau bini yg disayangi sangat tu buat hal, anak-anak jugak yang akan dicari nanti. Bila anak-anak yang dah merajuk tak nak menerima ayah mereka kembali, adakah anak-anak itu patut disalahkan? Kalau anak-anak berhati mulia dan ada sifat pemaaf, ayah tersebut mungkin akan diterima kembali tapi hati anak-anak yang dah tercalar sudah ada kesan luka yang mendalam.
Untuk kes wanita yang kawin lain apabila kehilangan suami pun ada. Bukan saya nak bersikap berat sebelah dalam hal ini. Ada juga perempuan yang mengabaikan anak-anak sendiri bila dah ada suami baru. Ada yang sampai tak sedar suami baru mendera atau lebih teruk ada kes yang merogol anak tiri. Anak-anak pun tak ada tempat mengadu kalau ibu sendiri dah melupakan tanggungjawab. Mulalah anak-anak pun boleh terjebak dalam gejala-gejala sosial yang tak sihat. Nak salahkan anak-anak pun, macam tak adil kan? Tapi kisah macam ni pun kita biasa dengar dah lihat sendiri.
Entri ni dah jadi macam ruangan KISAH MASYARAKAT kat dalam akhbar Mingguan Malaysia tu. Mungkin selalu kita jadi tukang baca je. Tapi suatu hari nanti, mungkin terjadi juga dalam keluarga kita. Jadi renung-renungkanlah. Perempuan ke, lelaki ke, tak perlu kita salahkan atau tuding jari. KIta cari kesalahan sendiri dan sama-sama cuba memperbaiki diri masing-masing.
P/S: sebenarnya tak tahu apa yang saya merepek ni. tapi ada sebab kenapa saya merepek. Hanya orang-orang yang rapat saja tahu. Harap maklum.
8 comments:
bakpo nur?
ayah kawin lain ko?hehe
setuju.. lelaki zaman sekarang kerap melupakan tanggungjawab. ada lelaki zaman sekarang yang takde perasaan malu menganggap tugas mencari nafkah keluarga juga tanggungjawab isteri. tapi bila urusan rumah tangga tak pulak dia sedar itu tanggungjawab dia bersama isteri.
amat payah zaman sekarang nak cari suami/lelaki yang benar2 bertanggungjawab. sebab itu kebanyakkan perempuan zaman sekarang suka berdiri atas kaki sendiri/ ada pendapatan sendiri sama ada makan gaji/business sendiri kerana lelai berkualiti sukar dicari.
hmmm.....maybe usia perkahwinan kita masih di peringkat belum baligh, tak bole nak komen la kak.hehehhe
I understand why. U might as well ask 'him' to read this entry, mano lah tahu kot2 dio akan jadi lebih memahami.
bila tengok org bercerai yg blame psgn masing2... jenuh mrhubby & i fikir...diorg ni tak muhasabah diri sendiri ke? tak nak admit ke diorg sendiri pun maybe ada silap?
entry ni ada kena mengena dgn sy..maklum la dah berpisah dgn ex-wife. pas tu masing2 kahwin baru...
dlm kes kakyong, jumpa lebih ramai lelaki yg lupa tanggungjawab, lepas tangan., buat2 tak kesah, letakkan semua kat isteri, takde rasa bersalah bila abaikan anak isteri... yg betul2 baik & bertanggungjawab tu, teramatlah sedikit..
dan ade juga kes yg berkira.. kalo dia buat byk ni, dia nak isteri dia pun buat byk tu.. walhal bab mengandung dia tak leh nak buat pun.. hmmm...
macam2 perangai lelaki & perempuan ni... selagi ade iman & ada rasa takut pada Allah, selagi itu amanah terpikul di batu jemala.. jika iman hilang.. apa lagi kah yang tinggal..
mizah- yup. abah ambo hok nikoh lg lps muloh ma tak dok.
Ila- nak tunding jari pun tak boleh tapi kebanyakan lelaki mcm tu.
syida- knur pun bukan lama sgt dah kawin tapi ni berdsarkan pengalaman sedara-mara.
Tie-If he reads this entry, he might be so angry at me.
belle- susah nak akui kesilapan sendiri kan.
Cikgu Zuki- sy tak bermaksud nak menyinggung cikgu. Ini berdasarkan pengalaman sendiri.
Kak YOng- betul tu. semuanya berbalik ada kesedaran atas tanggungjawab masing2.
Post a Comment