Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, March 29, 2011

"Saya suka baca buku", kata Fathini. (BM ENTRY)

Salam,

Semalam Fathini balik rumah dan macam tak sabar-sabar nak beritahu ayat-ayat Bahasa Melayu yang dia dah belajar kat sekolah. Seronok saya dengar ayat-ayat pendek tu sebabnya macam tulah cara cikgu saya ajar Bahasa Melayu di sekolah.

Jadi, kat bawah ni saya akan kongsikan ayat-ayat menarik dari Fathini dan sesiapa nak kongsi ayat-ayat dari anak-anak atau ayat-ayat BM yg mudah yg dipelajari sewaktu di sekolah rendah pun, silalah kongsi dan jangan segan-segan. heheh.

AYAT-AYAT MENARIK DARI SEORANG KANAK-KANAK BERUSIA 6 TAHUN:

1- Saya suka baca buku.

2- Ini buku baru saya.

3- Saya tulis di dalam buku.

4- Adik saya suka minum susu.

5- Bapa membeli susu manis.

6- Saya suka makan nasi.

7- Siti suka makan roti.

Menarik tak? Saya tergelak juga bila dengar ayat-ayat tu. Tapi yang paling seronoknya Fathini sudah semakin bagus dalam Bahasa Melayu. Kalau dulu, masa mula-mula  balik dari NZ, terbelit lidah dia nak cakap perkataan-perkataan dalam BM. Sekarang dah makin baik walaupun "kedekut" dipanggil "Dukut" dan "Injit-injit semut" dinyanyikan "Incik-incik semut". haha

9 comments:

kakyong said...

tahniah utk Fathini...

anak2 ni cepat ajer dia catch up dgn bahasa...

teringat cerita p ramlee jadi cikgu tu.. surh murid2 baca buku, tapi cikgunya tidur...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

teringat pulak citer pramlee..

cikgu suka main bola.
hari-hari cikgu main bola..hikss

cikgu suka tidur,
hari-hari cikgu tidur..

jom main..hehehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila join tau kat bling tue.. insya allah..harap2 dapat join ..hubby pun kata ok.. jomla boleh jumpa kat sana....

yatie chomeyl said...

mace dale ito p ramlee pulop,

saya suma main bola.
hari2 saya main bola.

cikgu sudha tidur, mari kita main hahahaha

pB said...

alhamdulillah

pB said...

alhamdulillah

Ummi Hanie said...

lupe lak akk sebelum ni stay kat NZ..so ank2 akk mesti cakap english punye kan...hehe ;) yup,galakkan mereka terus berBM...tp english pun buleh terus digunakan...untung dpt 2 bahasa sekaligus...

klik ur HB too ;)

transformed housewife said...

kak yong: mmg budak2 senang belajar apa2 bhs pun.

eliss: mmg ada adegan dlm cerita Masam Manis P.Ramlee tu.

Ila: Nanti Knur tanya hubby pasal tu. teringin jugak nak jumpa Ila.

CIk Ti: nasib baik cikgu Tini tok tido. hehehe

Hanie: alhamdulillah Fathini dah semakin pandai BM. BI mmg dah ok.

transformed housewife said...

kak yong: mmg budak2 senang belajar apa2 bhs pun.

eliss: mmg ada adegan dlm cerita Masam Manis P.Ramlee tu.

Ila: Nanti Knur tanya hubby pasal tu. teringin jugak nak jumpa Ila.

CIk Ti: nasib baik cikgu Tini tok tido. hehehe

Hanie: alhamdulillah Fathini dah semakin pandai BM. BI mmg dah ok.