Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, March 20, 2011

Kota Seriemas- Teratak Impian bakal terbina. (BM entry)

Salam,

 Cuaca pagi yang mendung tak bisa menghalang hasrat kami. Seusai kami bersarapan, kami bersiap-siap untuk menuju ke destinasi pilihan. Tujuan utama yang menjadi sebahagian cita-cita kami perlu disegerakan. Keadaan yang mendesak dan harga yang semakin melambung tinggi telah memberikan tekanan yang bukan sedikit. Rasanya bukan kami sahaja yang merasai bahang kenaikan harga mendadak ini. Cuma yang benar-benar mampu dan bernasib baik akan berupaya memiliki dan melaksanakan impian masing-masing.

Seawal pukul 11 pagi, kami sampai ke destinasi. Niat kami hanya mahu membandingkan harga, keluasan dan keselesaan. Oleh kerana ramai yang sudah seakan berminat dan kami juga tidak mahu lagi menangguhkan hasrat kami, kami akhirnya bernekad.

Ini destinasi kami:

Sememangnya keputusan kami bukan lagi keputusan tergesa-gesa. Sudah lama difikirkan dan ditimbang-timbangkan. Iyelah, berapa lama lagi kami mampu menumpang kasih di rumah orang tua. Anak-anak perlukan ruang dan kami juga perlu berdikari. Perancangan pembinaan juga begitu tepat dengan perancangan kami. Jika tiada aral melintang, teratak impian kami akan siap di penghujung tahun hadapan. Sudah tentu, kami mempunyai cukup masa untuk menyimpan lagi duit demi membeli kelengkapan rumah. Insyaallah, perkara-perkara yang lain juga akan diikhtiarkan mengikut kesesuaian.

Syukur alhamdulillah kerana akhirnya pencarian kami sudah berakhir. Semoga segala-galanya akan menjadi seperti yang dirancang. Oh, ya.....mahu lihat rumah yang bakal kami duduki? Boleh saja. Silakanlah.


Maaf ye kerana hanya rumah berskala kecil yang mampu dipamerkan. Rumah contoh tidak diberi kebenaran untuk mengambil apa-apa gambar. Insyallah, apabila teratak kecil kami siap, bolehla dipamerkan di sini. Bukan ada niat menunjuk-nunjuk cuma berkongsi kegembiraan hari ini. Harap maklum.

9 comments:

Proud Mama's Dairy said...

Pun turut sama rasa gembira... Saya pun sedang tunggu urusan pembelian rumah selesai, mungkin dalam bulan 7 ni dapat masuk rumah baru... setelah projek rumah terbengkalai, terminate 1st loan... ( sia-sia bayar ansuran selama 5 tahun)... tapi mungkin ada hikmahnya...

Ummi Shira (AshAnas) said...

congrats kak nur... nnti share gambar rumah sebenar ya...

transformed housewife said...

proud mama- sseronok kan bila nak duduk rumah sendiri.

Shira- thanks. kena tunggu tahun depanla kalau nak tengok rumah.

yatie chomeyl said...

nanti buat housewarming party okeh...tp tunggu ti balik ekekeke

ICA said...

Nur, congrats to you. Ica dulu seblm pindah mmg duduk rumah sendiri, now pindah sini temp renting. Tapi mmg dpt rasa bezanya kalau duduk rumah sendiri vs rumah org lain (family ka/renting ka)...we dream of our own place here too. Good for you & I am sure your girls would love their new house bila pindah nanti.

RerameUngu said...

waaah..tahniah..akak ambik rumah yg mana satu?

harap semuanya berjalan lancar la eh:)

transformed housewife said...

Tie- insyaallah. Sene sapo2 nok singgoh sblm naik flight kat LCCT ataupun KLIA. hehehe

Ica- thanks. You'll be able to buy a house somewhere in Bangi too someday.

Rama2ungu: ambik rumah 2 tingkat yg bhgn tengah.

Lizan said...

Nur, alhamdulillah jumpa jugak rumah idaman. Moga project berjalan lancar dan housewarming party nanti jgn lupa jemput..hehe

Unknown said...

tahniah.. cantik tu Nur...