Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, August 7, 2010

Seksanya bila gaji masuk lambat. (BM entry)

Salam,

Hr ni dlm kepala otak ni tak de dok pikir benda lain dah. Mesti korang semua pelik kan kenapa sy nak membebel pasal gaji masuk lambat. Bg nak memahamkan korang semua, sy tak kerja tetap (only as a part timer) je. Mengajar kat pusat bhs bawah satu syarikat swasta kat KL. Syarikat ni kira syarikat franchise dr Amerika Syarikat. Gaji dibayar mengikut jam dan kalau kita sakit atau tak dpt mengajar kelas kita, org lain akan ganti dan dpt duit tu. Yg seksanya, gaji selalu lambat. Alasan diaorg, gaji part timer hanya akan masuk seminggu lps full timer dpt gaji dan slps diaorg ambil kira betul2 berapa jam yg kita dah ajar bln sblm tu. Cuma kalau korang pun kerja syarikat swasta, benda ni kira adatla kan. Bab2 kita lambat dpt gaji diaorg mcm sengaja tak dengar rungutan. Tapi bab2 diaorg pulak selalu suruh kita buat kerja tak berbayar tu tak pulak diaorg nampak. atau pun mmg sengaja buat2 takk nampak:p 

Kalau sy dah tahu pasal masalah ni, kenapa masih nak kerja kat situ? Masalah terbesar skrg, sudah tentu sbb bukan senang nak cari kerja part time kat tempat lain. Kenapa pula sy tak nak kerja full time? Sebenarnya, bukan tak nak tapi dah ada perancangan nak sambung belajar lps suami sy habiskan phd. Sy pun pernah kerja tetap di salah sebuah universiti tempatan. Walaupun gaji tetap tiap2 bln dan dpt setiap akhir bln, bab2 kena buat kerja lebih pun tak dpt gaji lebih. Bukan nak berkira sgt, tapi bila kedudukan kita sbg guru bhs pun mcm di pandang mcm kelas kedua oleh sesetengah pensyarah tu yg buat sy berazam satu hari nanti sy pun kena juga jd pensyarah. Cuma rezeki tu belum ada kerana dah buat perjanjian dgn suami bg peluang dia habiskan dulu. Yelah, kalau2 dua2 belajar takut anak2 tak terabai. Mungkin org lain boleh tapi kami rasa kami tak mampu.

Alamak entah apa2 membebel hr ni dah. Tujuan asal hanya nak redakan perasaan ni. Tambah2 kesiankan Fathini yg merengek2 nak minta belikan beg sekolah baru. Bukan tak cukup duit nak beli skrg tapi duit yg ada nak kena guna utk beli brg2 keperluan lain. huhu. Nasib baik anak2 bila kita minta bersabar, diaorg akan senyap bila 2, 3 kali kita cakap yg "Mama belum dpt gajila sayang".

Korang pulak mcmmana? Ada masalah pasal gaji lambat masuk? Atau selalunya duit ada je lebih sblm masuk gaji seterusnya? Kalau nak kata belanja ikut suka pun tak juga. Sebabnya skrg sy ergi kerja pun pakai baju2 lama, sandal yg dibeli dgn harga RM20 je dan bawa beg yg selalunya diguna utk letak brg2 keperluan anak. Sampaikan ada makcik yg jual buah-buahan kat stesen LRT tanya sy, "Adik kerja apa adik?, "Kerja cuci2 ke?". Huhu. Sy bengang juga bila makcik cakap sy ni kerja cuci2 je. skrg boikot tak nak beli buah2 dr makcik tu dah. teruk ke tapi sy dah kecik hati tau Kalau pening dgn entri ni, anggaplah ni entri paling merapu dan abaikan sajalah ye. huhu

12 comments:

Sari said...

mmg tension kan klau gaji lambat2 ni, nk plan apa pun susah..akak xpernah kena sbb keje gomen tapi hasben selalu la..skang ni pun gaji bulan 7 xdpt lagi, gaji bulan 6 pun baru dpt last 2 weeks, mmg efek gak la w/pun dua2 keje,sabor je la w/pun geram..
anyway teruskan perjuangan mencari dan memberi ilmu, insyaallah akan dipermudahkan rezeki nur sekeluarga, aminn

transformed housewife said...

Insyallah K.Sari. Semoga K. Sari sekeluarga pun dimurahkan rezeki.

Unknown said...

adyani,
beruntung juga ade kerja & bergaji..
mcm kakyong ni, dah tak mengharap apa2.. baju kurung terbaru adalah 3 tahun yg dulu... dlm tempoh hampir 2 tahun dok rumah, belum penah lagi merasa persalinan s/ada baju @ kasut baru.. sampai org selalu ckp ketinggalan zmn & tak berpesyen.. mujur lah tahun lepas dpt tudung hadiah dr GA.. :)

ya lah, surirumah jer, sapa nak pandang..
yg penting usaha utk sediakan keperluan anak2 mana yg termampu..

tp spt biasa lah, bila kita bekerja & ade komitmen bulanan yg menanti.. memang sgt haru bila semua terpaksa dianjak ke depan & harus sabarkan diri... semoga semua nya turn out well utk adyani.. & semoga dpt mencapai cita2 mnyambung pelajaran..

transformed housewife said...

kata2 Kyong buat sy insaf yg keadaan sy skrg taklah seteruk mana. Besar pengorbanan Kyong utk anak2 ni.

Fid said...

syarikat saya kerja masuk gaji mmg tepat hanya pernah patut masuk jam 10am jam 2pm x masuk lagi semua dah bising org HR terus tak nak angkat fon hahahahahhahahaha

lps tu depa serikkkk

Hamizah said...

alahai kesiannya..ada kwn kat cni dua2 amik phd,ok je..betul la kan mgkin cara masing2..mdhan success selalu..

Tepi Sungai Batu said...

Sabar.........jangan mudah putus asa dan jangan mudah kecik hati.....itu semua pengalaman berguna tu.

transformed housewife said...

Fid: kat sini kami "part-timer" ni selalu jugak complain tapi tiap2 bln lambat jugak.

Hamizah: mmg sy tahu ada org lain yg boleh je cope bila dua2 belajar. cuma mungkin sy rasa sy tak mampu.

Pak Man: kdg2 perangai sy ni pun pelik. Senang sgt kecik hati. Nak cuba ubah ni sikit2.

isabelle said...

kena buat 'tabung hujung bulan' nih.just in case

yushida03 said...

<-- tgh takder duit gak ni so agak2 bole faham la kot..

Diyana said...

huhu.saya dh merasa lambat2 gaji ni masa keje private dulu.dah serik.huhu

transformed housewife said...

Isabelle: simpanan ada dlm ASB tapi sayang nak usik. Kalau boleh mmg tak nak usik unless terpaksa sgt.

Yushida: seksa kan rasanya bila takder duit ni.

Diyana: Knur ni bersabar jelah skrg sbb nak guna duit hubby pun kesian. Dia dah banyak bayar bil2 dan benda2 lain.