Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, January 21, 2011

Perempuan suka berkain batik makin pupus? Iye ke? (BM entry)

Salam,

Alamak tajuk bukan main lagi. hehehe. Ni sebenarnya pendapat saya sendiri berdasarkan pemerhatian semasa. Bukannya saya ada buat kajian terperinci pasal hal ni. Kalau saya sambung pengajian ke peringkat Master dlm Pengajian Kebudayaan Melayu (eh ada ke MA ni?), mungkin ini satu topik yg agak menarik untuk dikaji. Yelah, kalaula di tahun 50-an dulu, perempuan2 Melayu (bukan terakhir :P) suka berkain batik dan berkebaya pendek. Malah pada masa itu, ia merupakan satu fesyen terkini sia dengan rambut tinggi macam sarang tebuan. Menurut arwah nenek saya, kalau dah pakai macam tu, cukup punya seksa nak berjalan sbb kena terkepit2 untuk nampak ayu. huhu. Malangnya saya tak dapat mewarisi baju2 kebaya dan kani batik sarung nenek kerana arwah tak suka anak2 & cucu2 berpakaian sebegitu. Menurut arwah itu pakaian di zaman jahiliah.

Jadinya sekarang ni, apa yg masih kekal ialah imej berkain batik di rumah. Cuma saya taklah pakai dengan baju kurung Kedah. Saya pakai kain batik dengan t-shirt. Ada yg tak pandai nak ikat kain batik ke ni? Saya bukannya pakar tapi masih bolehla pakai di depan mak mertua. hehe. Sebenarnya teori di atas tu saya buat kerana generasi yg muda sekarang tak ramai yg masih mahu dan pandai berkain batik di rumah. Mereka lebih selesa memakai t-shirt dan seluar. Sayang rasanya kalau tradisi memakai kain batik di rumah ni hilang sebab ini adalah salah satu identiti bangsa Melayu. Ada yg pakai sewaktu berpantang saja. Ada yg tak pernah lansung cuba pakai.

Sewaktu hendak bersalin anak kedua saya (Hafizah), saya memakai kain batik sewaktu hendak ke hospital biar pun pada masa itu musim sejuk (Winter) di Hamilton, New Zealand. Memang tak tahan sejuk tapi saya fikir saya memang lebih selesa ada kain batik dan doktor, bidan dan jururawat di sana pun memang hairan melihat saya memakai kain batik. Memang mencatatkan sejarah betul di Waikato Hospital bila saya bersalin dengan memakai kain batik! hehe.

Saya rasa saya nak ajar anak2 dara saya nanti memakai kain batik sbb ini memang salah satu budaya Melayu yg cantik. Kalau tidak, hampir setiap hari kita memakai pakaian seperti orang2 barat. Apa salahnya kita kekalkan budaya2 kita yg indah dna cantik ni. Betul tak?

10 comments:

yatie chomeyl said...

saya saya saya...saya x reti pakai kain batik, keno pakai dgn sleuar baru buleh..kalu dop, cabut terburai hahahaha

Shira Mary Jenn said...

hukhuk..terasa..sebab sy tak reti pakai langsung..
kalau ikat kain tu, kejap je dah boleh jatuh balik.. T_T

Nadiah Sidek said...

a'ah, ramai dah tak reti pakai kain batik. nadiah dulu mak selalu bising sbb tak reti pakai kain batik. tak ingat pulak bila nadiah mula berkain batik. dah reti pakai tu hari2 pakai kain batik kat rumah sampai la duk US ni..hihi. lebih selesa berkain batik dpd pakai seluar ;)

transformed housewife said...

Tie- tahu doh. meme terburaila sokmo kalu Tie paka.

Mary Ann- cuba je lg ikat betul2.

Nadiah- Knur pun pakai kain batik maasa kat NZ. hehe

isabelle said...

haha..baru igt nak wat entry kain batik... takpe..kita pospon dulu.

transformed housewife said...

takpe. nanti u buat, backlink pada entri Knur ni boleh?

Unknown said...

kakyong suka pakai kain batik.. sampai skrg kdg2 tidur berkain batik... hehehhe... selesa.. dan dah biasa...

masa dok hostel/mrsm dulu pun memang berkain batik.. ;)

transformed housewife said...

mmg selesa. rasa mcm perempuan melayu terakhir pun ye. hehe

Anonymous said...

I am a Chinese and sometimes, I also wear batik sarong at home ,including during sleeping at night, as I find it very soft and comfortable. hehee!...

Nowadays , we seldom see young Malay girls wearing batik sarong. Do you still wear them everyday? From Cindy

Anonymous said...

Tumpang iklan :)
Bole usha batik cantik2 di fb kami ---> calomera