Salam,
Lewat mlm smlm saya ada buat satu entri pasal teka teki loyar buruk. Ada beberapa soalan yg diberikan. Ada yg cuba jawab tak? Nak tahu jawapan sebenar? Tapi kalau dah tahu jawapan nanti jangan pulak cakap jawapan2 tu tak logik sbb mmg tak ikut logik pun. Sebab itulah saya panggil "Teka Teki Loyar Buruk" :P
Jawapan-jawapannya ialah (*dgn iringan bunyi drum untuk muzik berdebar2*)
1- Makan apa yang buat kita tak kenyang?
Makan apa lagi kalau bukan "Makan Angin". hehe
2- Mangkuk apa yg bodoh?
Jawapannya bukan mangkuk kaca, mangkuk tingkat, mangkuk tandas tetapi.............. "Mangkuk Ayun".
3- Kaki apa yang tak boleh digunakan untuk berjalan?
Kaki lembu, kaki ayam semua boleh digunakan untuk berjalan kan. Ni ada satu kaki istimewa ye......."Kaki Bangku".
4- Muka apa yang keras macam batu?
Mungkin soalan ni senang sikit kot. Kalau ada yg teka "Muka Tembok" maknanya anda bijak2.
Akhir sekali................................................................................................................................................
5- Lidah apa yang tajam dan bergigi?
Bukan lidah manusia atau lidah binatang tetapi lidah dari pokok. HAa........DAh tahu?
Kalau ada yg teka daun"Lidah Buaya", maka jawapan itu memang tepat. 10 markah untuk
ANDA!
1 comment:
Memang lucu la teka teki ni.
Post a Comment