Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, March 3, 2011

Tak Faham Bahasa? (BM Entry)

Salam,

Kita semua tahu yang Bahasa Melayu adalah bahasa yang kaya dengan dialek-dialek berbeza. Kebanyakan dialek yang ada pun, siap ada istilah-istilah tersendiri dan kadang-kadang boleh membawa maksud lain. (ada yang menjadi maksud lucah). Oleh kerana saya dah biasa berpindah randah dari satu negeri ke negeri yang lain kerana mengikut keluarga, dan kawan-kawan rapat juga datang dari pelbagai negeri (dan juga pelbagai bangsa), ada beberapa peristiwa lucu mengenai salah faham mengenai maksud beberapa perkataan.

Nak tahu? Okay, cuba baca kisah-kisah pendek ni dan kalau ada yang nak berkongsi pengalaman sendiri bolehla tulis kat bahagian komen nanti.

Kisah pertama:


Peristiwa ni berlaku masa kami mengikut abah yang terpaksa bekerja di Alor Star dari tahun 1988-1990 (kaau tak silapla). Masa tu kami hanya akan ke Alor Star sewaktu cuti sekolah sebab arwah ma susah nak mintak bertukar tempat kerja. Saya dan adik-adik disuruh pergi ke kedai runcit untuk membeli sedikit barang dapur. Bila penjaga kedai tu cakap "Hangpa kena bayaq dua rhinggit lima kupang". Saya tak faham apa maksudnya lima kupang jadi saya cakap, "Tak de duit kupang". Penjaga kedai tu tanya berapa kami ada. Saya pun cakapla jumlah duit yang ada. Bila dia dah ambil duit tu barulah penjaga kedai tu bagitahu kami apa maksudnya "kupang" tu. Bila dah balik rumah, arwah ma saya tergelak dengar cerita kami yang tak tahu apa itu "kupang".

Kisah kedua:

Ini berlaku sewaktu saya bersekolah di SMSAH (a.k.a. Jenan). Ada perlawanan persahabatan bola tampar antara pasukan sekolah kami dengan Sekolah Menengah Tun Syed Shahbudin. (Kangar). Oleh kerana dua sekolah ini musuh tradisi, sewaktu menonton perlawanan (saya tak main pun, jadi tukang sorak je, hehe) budak-budak sekolah kami dan SOK SEK (itu panggilan manja sekolah tu) asyik dok berperang mulut. Bila diaorg cakap sesuatu, kami balas. Sampailah pada satu tahap, ada budak-budak sekolah kami cakap, "Alah hangpa tu yang dok cabut kasuit, cabut lutuit". Saya yang tak faham apa maksud perkataan2 tu, main ikut je sebut jugak. Saya ingatkan itu perkataan yang bermaksud tak baik. Rupa-rupanya, "Alah kamu tu yang dok tercabut kasut, cabut lutut".

Kisah ketiga:

Yang ini pula berlaku sewaktu saya sedang belajar di PPP/ITM. Rakan sebilik saya kebanyakannya orang Jawa, Johor. Walaupun biasanya orang-orang Johor akan bercakap bahasa Melayu standard, ada juga beberapa perkataan pelik yang kalau kita tak biasa, kita tak akan faham. Satu hari ni, kawan serumah mengirimkan "Jajan" bila  saya nak keluar pergi ke GIANT (seksyen 18, Shah Alam). Dengan muka yakinnya, saya cakap saya tahu apa tu "Jajan". Bila dah sampai GIANT tu, entah berapa kali saya pusing nak cari keropok segera atau keropok ubi kentang yangg ada tulis "JAJAN"! hahaha. Bila dah sampai kat bilik, saya pun cakap yang dah puas saya cari satu GIANT tu tapi tak de satu pun keropok yang tulis "JAJAN". Kawan saya punyala gelak sampai terguling-guling bila saya bagitahu macam tu.


Ha...macammana? Ada yang dok seronok baca entri ni pernah mengalami situasi-situasi seperti di atas. Nak gelakkan saya pun gelaklah sebab saya pun memang tak boleh lupakan pengalaman-pengalaman tadi tu.

9 comments:

Ummi Hanie said...

loghat utagha and jawa no problem kot for me...hehe...
jajan tu my mom dah biase mention kat saya since kecik (ada darah jawa sikit ;p) dan loghat utagha ni dah biase dengar kot...loghat klate dan nogori sembilan kot yg byk kureng faham... ;)

yatie chomeyl said...

maso duk alor setar tu pong, gi beli dgn abe de..ore kedai tu oyat harga 2 kupang 5 duit....sudohhhh, gapo pulop 5 duit ni? ekekekeke

Hamizah said...

tulah msia pon byk accent,kan?

ICA said...

Nur, i sbg org yg berasal dari Alor Setaq, mmg lawak betoi baca story 1 and 2...sebab mmg familiar sangat la dengan cakap bahasa mcm tu....Tergelak sakan bila baca tadi....hehehe.

have a great weekend ya.

Unknown said...

Adyani,

hahhaha... yg part jajan tu yg tak tahan tu... bertahun cari pun tak jumpa... ekekkeke

ohya, sepatutnya minggu lepas giliran blog Adyani di review.. tp kakyong tak sempat.. nak review hari selasa lepas, pun tak jadi juga... esok pun rasa mcm tak dpt, sebb kakyong hari ni dok sakit kepala sangat.. plus sibuk kat rumah ni persediaan kenduri adik nak bertunang hari ahad ni... (maap tak jemput sbb bertunang ni ahli keluarga jer.., nanti kenduri kahwin buleh la jemput) .. so kepala ni memang x leh nak buat review dgn sebaiknya.. harap Nur sabar menanti ya...


n3 terbaru kakyong.com

Buku cantik untuk ibu
My Wordless thursday (1)
Hadiah GA : Bookmark comel & keychain bunga

Jom join contest Aksi si Cilik Berbasikal

transformed housewife said...

Hanie- cerita2 tadi tu berlaku masa knur tak faham sgt dialek2 lain.

Tie- maso tu kito tok ghajin dop negeri lain lg. tu hok tok tahu tu. hihihi

Hamizah- tulah. kalu tok tahu, bulih silap pehe jugok.

Ica- ada lg beberapa cerita sbb sy tak tahu banyak perkataan dlm loghat utara.

K.yong- tak pe. Sy faham K.Yong sibuk jugak. Sy pun tengah pening bila nak cari masa nak tulis entri setiap hr.

Proud Mama's Dairy said...

my hubby orang aloq staq... tapi loghat kedah mcm dah biasa dgn my family yang berasal dari perak dan menetap di pahang... tapi ada certain2 word yang tak faham juga... masa mula2 kawin my FIL cakap "mai menyorok..." saya tak faham.. rerupanya ajak breakfast/sarapan pagi....

transformed housewife said...

haha. Sy pun tak faham "Mai menyorok" tu.

Idayu said...

bhs mak mertua sy, raun baut>> roundabout..
hehehe mula2 sumpah x paham, pas tuh ketawa guling2