Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, April 9, 2011

Setiap bulan nafsu ini mendesakku. (BM ENTRY)

Salam,

Kalau ada sesiapa yg cepat2 buka sebab tajuk di atas, mesti ada yg fikir yg bukan2 kan? hehhehe. Saya cuma nak cakap pasal nafsu membeli belah ye. Yg lain2 saya tak suka kongsikan di sini. Mungkin dah lumrah untuk wanita yang ada keinginan untuk memiliki dan membeli pelbagai barangan keperluan diri dan juga aksesori diri setiap bulan. Seboleh-bolehnya saya kawal juga nafsu tu dengan mengikut belanjawan setiap bulan supaya sebelum gaji seterusnya saya masih ada baki duit.

Yang jadi masalahnya, ada je duit lebih tangan mesti gatal je nak beli 3 benda ni:

1- Blouse panjang untuk dipakai ke tempat kerja dan juga berjalan2.

  gambar ehsan GOOGLE.

Rasanya mungkin bukan saya sorang yang selalu nak pakai baju baru kan. hehe. Kalau setiap minggu pakai baju yg sama, selalu perasan yang orang lain mesti fikir "Dia ni dah tak de baju lain ke?". Padahal orang tak pernah perasan pun apa yang kita pakai. Suami saya selalu tegur yang almari tu dah nak meletup sbb baju saya dah banyak sangat! huhuu :P

2- Beg tangan.

sekali lagi diambil dari GOOGLE.
 
Ya! Memang dah ada banyak jugak beg tangan. Yang tak bagusnya, setiap kali keluar pun pakai yang sama je.  Yg lain duduk diam2 dalam almari buat kutip debu. huhu. Ada yang dah anak-anak pinjam untuk diaorg berangan dan main konon-kononya jadi mak-mak. haha!

3- Tudung, tudung dan tudung lagi.
 A GOOGLE IMAGE

Sekarang ada macam-macam jenis tudung di  pasaran. Macam-macam nama juga. Yg belit, yg bersimpul, ada macam Gypsy, berbunga, berbatu-batu dan tak tahula apa jenis lagi. Kalau ikut hati mesti nak ada satu almari tudung je. huhu. Sekali lagi suami saya marah sbb memang tempat nak simpan tudung pun dah penuh sangat. Tudung yang lama2 dah buat kain lapik meja. hehehe. Kalau mak mertua saya nak, mungkin boleh bagi tudung2 lama untuk balut buah nangka kat atas pokok nangka belakang rumah! hehehe

Dah habis dah saya mengaku kelemahan saya kat sini hari ni. Orang2 yg baca ni, tak nak ke kongsi apakah antara barang2 yg mesti nak dibeli setiap bulan? Brang2 yg bukan keperluan tapi hanya kerna NAFSU!

11 comments:

nurmisnan said...

hai Transform...
nak kongsi jugak...

selalunya bila keluar shoppg complx
dan terpandang baju cantik dan menarik
dan harga pun menarik + less
sure punya beli satu dua...hu3
NAFSU ler tuh.. tapi still can control

yatie chomeyl said...

kita serupaa...*i know u know it* hahahhaha

nasib baik sini takdp kedai jual tudung, tp still beli muffler buat jd shawl ekekeke

Fiza Rauf said...

nafsu saya lebih kpd makanan.. tiap bulan mesti belanja lebih utk mkn di tmpt2 mahal.. hahahhaha

Susan Elsa Saiful said...

Nura, nafsu membeli buku hahahah tiap bulan lepas dapat gaji mesti nak menderma ke kedai buku.

Cik Lily Putih said...

kite pun sama, once bile dpt gaji mesti nak beli baju.. kalau x beli cam x best plak rasanya

transformed housewife said...

NUrmisnan- tula kan pantang nampak baju yg harga berpatutan. patutla org bukak kedai baju ada je pelanggan. hehehe

Tie- meme muloh ma dok ajar kito dr kecik kot. Tu hok payoh sikit tu.

Delima- utk beli mknan pun boleh tahan jugak mahalnya kan.

Susan- I know which Bookshop! hehe

Lily- mesti nak ada baju baru setiap bln kan. hehehe

Unknown said...

kakyong lagi lah teringin.. sbbnya badan dah makin berisi & byk blaus dah mcm sarung nangka.. lama benor dah tak berblaus baru..

NoEn said...

sy xbernafsu sangat tuk beli baju sendiri sebab p keje pakai uniform..hehe

Syida said...

kita tgh puasa shopping (kononnya),tp terbeli jugak.kita insan yang lemah =)

Eliss said...

eliss setiap bulan, baju anak mesti beli.anak diutamakan :p baju sendiri, tak beli, biasa mesti ada orang bagi..hehehehehe

Granny Hani said...

Adoiii..bab beli belah ni saya cukup pandai..ada aje benda yg nak di beli..come join the club!