Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, January 29, 2010

Mengajar mengaji cara klasik (BM Entry)


Assalamualaikum semua. selalu tak bg salam, lps ni sy akan mulakan entri dgn salam sbb lg elokkan Saya nak bercerita tentang bab mengajar mengaji cara klasik. Kenapa cara klasik? Sebabnya saya tak menggunakan Iqra' seperti yg selalu digunakan skrg. Saya mengajar anak2 saya menggunakan Muqaddam biasa.


Bila teringat masa zaman kecil2 dulu, saya dan adik2 saya belajar mengaji dari Arwah Ustaz Adam. Arwah akan dtg berbasikal ke rumah kami untuk mengajar kami mengaji. Mmg masa tu Ustaz Adam popular di kwsn tempat tinggal kami. (Kubang Kerian, Kelantan) Arwah ma dan abah kami membayar Ustaz Adam setiap awal bulan. Bila hjg minggu, kami biasanya akan pulang ke kampung Jal Besar, Tumpat, Kelantan. Balik kampung, kami kena belajar mengaji dari arwah moyang kami yg mmg terkenal dgn kegarangannya. Kalau dgn Ustaz Adam, dia mengajar kami dgn lembut. Tapi dgn moyang kami yg kami panggil "Mok Esoh", huiii takut sgt sbb dia mengajar pakai rotan di tgn kanannya. Silap sikit je, dush! dush!.


Ok, berbalik kepada soal anak2 dara saya. Sebenarnya saya telah mula mengajar Fathini semasa umurnya 3 thn 5bln. Awal ke? Bukan apa, waktu tu saya fikir lebih elok mulakan awal2 sbb lidah masih lembut dan senang nak diajar. Saya tak selalu sgt mengajar Hafizah sbb dia baru berusia 2 thn 7 bln. Cuma kdg2 dia berminat nak mengaji juga bila tengok kakak dah mengaji. Jadi saya ajarkan Alif, Ba, Ta. Alhamdulillah, bolehla dia sebut sikit2.


Skrg ni Fathini dah boleh membaca surah Al-Fatihah dgn lancar. Cuma masalahnya, Fathini belum betul2 mengenal semua huruf. Dia lebih suka menghafal surah2. Setakat ni, alhandulillah dia dah sampai ke surah Al-Humazah. Saya tak ada niat untuk berbangga2 dgn anak2 dara saya.  Cuma saya nak tahu mmg kalau kita ajar mengaji menggunakan Iqra' lebih baik dr cara klasik ke? Kami hanya ada Muqaddam sbb itu yg dijual di masjid di Hamilton ni. Lgpun insyallah apabila kami pulang ke Msia nanti, kami akan belikan Iqra' untuk Fathini dan juga Hafizah? Adakah saya terlalu memaksa anak2 dlm bab2 ini? Saya nak minta tolong yg baca entri ni, kalau sudi, bg pandangan anda tentang hal ini.





15 comments:

Izan@mamaAdam said...

kak ijan rasa tak perlu hadkan umur untuk start belajar mengaji. kalau dia jenis mengikut, sambil tgk tv pun kt boleh buat mcm lagu..kak ijan ada gk start ngan adam, tp dia xnk ikut, geram betul..jadi redha ajerlah satu hari nnti kot dia ikut jugak sambil2 dia xperasan tu..

yatie chomeyl said...

cara muloh mok esoh plg berkesan..terus alih surah klu ngaji dgn dio, cpt pandai sbb takut hehehe

transformed housewife said...

Tini kdg2 ada juga penyakit "M". ikur mood dia juga.

UstazCahaya said...

Salam Ziarah Kak Nuradyani;-)

Tahniah. Usaha yang baik. Maaf saya belum ada anak, tapi nak komen jugak;-) Adik bongsu saya dulu, umur 2 tahun tak silap (sekarang dia 6 tahun sudah..), bila dia sudah pandai sebut huruf, saya ajarkan dia Iqra 1.

Jika saya tak silap, dalam majalah Anis saya baca, ada bengkel ajar Kaedah Baghdadi (mukaddam) ini. Oh, tapi Kak Nurad masih di luar negara;-)

PS: Comelnya anak2 pakai telekung.. ;-)

Nadiah Sidek said...

nadiah rasa bagus tau ajar anak2 mengaji sejak diorang kecik. sama jugak la kita nak diorang belajar ABC, 123..kadang2 kita hampir terlupa nak ajar bab mengaji sebab asyik sangat ajar ABC & 123 tu. budak2 insyaAllah cepat absorb. dalam usia diorang tu, takleh la nak paksa2 kot, buat secara santai dan enjoy macam kita ajar dia ABC(ni pandangan nadiah je, belum ada experience lagi)

1 lagi..pasal iqra' & cara klasik ni..nadiah teringat kata2 sorang kakak senior..dia kata mula2 lebih baik ajar cara klasik sebab bila guna iqra', budak2 duk menghafal je, dia takleh nak kenal huruf pun. kakak ni bercakap on her experienced, dia pernah ajar budak2 sekolah mengaji guna iqra'

transformed housewife said...

Salam Ustaz,
Insyaallah balik Msia nanti saya akan cuba ajarkan guna Iqra' pula.

transformed housewife said...

Terima kasih Nadiah atas perkongsian experience org lain. Mugkin ada baiknya kita guna kedua2 kaedah kan. Knur mmg kalau boleh baik anak2 pandai mngaji dulu dr pandai membaca dan menulis rumi sbb belajar menulis rumi boleh belajar di sekolah. Mengaji ni kalau seeloknya sbg mak, kita yg ajarkan dulu dgn harapan bila kita dah tak ada nanti anak2 akan doakan kita.

Nurshahfamily said...

salam perkenalan,
mengajar ank asas2 agama dr kecil mmg sgt berguna tuk masa depan ank... semoga dipermudahkan semua proses ye...

#cdmHA said...

salam kenal... 1st time nak komen.. selama nie jadi silent reader je, dan selalu terbaca komen akak di blog org lain.. :)

saya pun teringin nak ajar anak2 saya mengaji dari mereka mula pandai menyebut...

dr pendapat saya, mengajar cara klasik lagi sesuai utk anak2 yg baru nak mengenal huruf.. mcm kita ajar mereka alphabet... A B C.. 1 2 3..

p/s : diharap lepas nie, saya dpt mngikuti cerita dari akak... salam...

transformed housewife said...

salam Nurshah dan Umi,
tq sbb sudi singgah sini dan bg pandangan.

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

salam,
sis, saya mengajar Fatini (my 1st born) dari awal jugak, dan menggunakan cara klasik, sebab itu je kamampuan saya. x pandai nak ajar cara iqra' tu. mahal pulak nak panggil org ajar.. lgpun sya rs lg berkat ajar sendiri banding dgn org... just my opinion.. i think we have the same opinion and method.. :) good entry anyway.

transformed housewife said...

good to know that the are other people using the same method.

Abam Kie said...

salam. ada sebuah maahad tahfiz persendirian kira2 1 km dari umah saya. Insya Allah sy akan antar anak sulung sy yg berumur 7 thn ke sana selepas CNY ni. Setakat ni nenek dia ajarkan dia selepas Maghrib.

Mommy Lyna said...

Kak, saya raso ajar caro gapo pun takdop hal asalkan ibu & anak selesa. Ado org sesuai cara iqra', ada org sesuai klasik. Janji kita huk mengajar pun enjoy, anak yg belajar pun enjoy. Lagipun takde prove cara sekian2 lebih baik dari yg lain2.

transformed housewife said...

Cikgu Juk: bagus tu.
Lyna: Akk nok tahu jah apa opinion ore2 lain. skrg ni happy sbb org2 lain ado lg guna cara klasik ni.